Baca : Menteri seru melayu bersatu boikot perniagaan cina.
Kenyataan menteri pertanian itu dibuat menerusi satu posting di laman rasmi facebooknya yang disiarkan secara terbuka kepada bacaan umum. Rentetan dari seruan berkenaan pelbagai pihak tampil memberikan respon. Ada yang menyokong namun ada juga yang membantah.
Selepas dikritik oleh pelbagai pihak, Ismail Sabri U-TURN. Dia keluarkan satu kenyataan yang dipetik menerusi Malaysiakini bahawa dia tidak menyeru untuk memboikot semua peniaga cina. Dia seru hanya boikot peniaga yang degil (enggan turunkan harga barang) semata-mata.
Owh. Ye ke? Ini ke maksudnya point kau kat bawah neh Ismail?
Sorry to say. Aku tak nampak macam itu pun. Kalau sungguh kau kata nak boikot peniaga yang degil dan enggan turunkan harga barang sebab harga minyak dah turun maka kenapa kau gunakan ayat peniaga cina? Bukan kah itu mensasarkan bangsa? Sepatutnya kau gunakan term peniaga tamak dan degil. Dan satu lagi. Kenapa kau sasarkan melayu? Pada kau takpe ke cina dan india atau lain-lain bangsa dianiaya dengan membeli barangan mahal2 dari peniaga tamak ke macam mana?
Kenyataan yang sebegini memang layak dianggap racist sebab itulah gambaran yang dinyatakan oleh kau menerusi posting berkenaan. Kalau sungguh kau tue adil, kau mesti seru agar pengguna boikot peniaga yang tamak haloba dan menindas. Jangan heret bangsa sebab bukan hanya satu bangsa aje yang jadi pengguna ataupun hanya satu bangsa aje yang jadi peniaga di Malaysia neh. Yang meniaga dengan logo KR1M pun belum tentu harganya murah beb.
Dan kau Ismail Sabri, tolong la baca kisah benar ini kejap ;
Kedai rakyat 1 Malaysia cina punya ke? Cina mana yang punya? KR1M ada turun harga barang ke tak yang beria2 nak suruh kita boikot peniaga cina neh? Kalau la kita ikut nasihat mereka tak ke tak pasal2 kita dah terbeli pampers yang 3 ringgit yang lagi mahal berbanding kedai lain.
Nampak? Nampakk?
Btw. Menteri kau, dah kena kritik beria pula nak uturn.
Kenyataan Ismail Sabri memberikan kita satu gambaran bahawa ;
- Asal tamak dan degil itu peniaga cina
- Asal peniaga cina tidak turunkan harga barang, itu DAP. (Rujuk jawapan balas menteri kepada komen Chris).
- Jika harga minyak turun automatik harga barang patut turun juga.
Itu hanya indah khabar dari rupa. Sejak harga minyak naik, banyak perkara telah naik dan dikaitkan dengan kenaikan harga bahan api dan kos sara hidup.
Antaranya ;
- POS MALAYSIA. Masih ingat kadarnya dinaikkan?
- TAMBANG BAS SEKOLAH, TEKSI dan segala bagai yang berkaitan. Masih ingat?
- ASTRO. Masih ingat? Takde kaitan dengan bahan api tapi KERAJAAN ada SAHAM dalam ASTRO okay. So, ini CINA punya kerja juga ke macam mana?
- Roti jualan GARDENIAR. Ini cina punya product ke hah?
- Segala macam harga barang makanan seperti SARDIN cap AYAM BRAND, TELUR OMEGA, IKAN, AYAM, DAGING, UDANG, TELUR MASIN, IKAN BILIS, IKAN LAUT, IKAN KERING, IKAN MASIN, SAYUR-SAYURAN dan segala macam la. Ini semua orang cina jek ke yang jual sekarang?
- Tarif elektrik. TNB ini CINA kah?
- Duit buku sekolah dan segala macam buku pendidikan. Ini semua air tangan cina juga ke?
- Rumah yang MAHAL nak MAMPOS. Sapa yang cipta polisi perumahan? Cina? DAP? Ngeh Ko Ham? Old Town White Coffee ke macam mana?
Ada tak mereka turunkan semula kadar perkhidmatan mereka dan sebagainya? Takde kan. Kenapa? Dan kenaikan harga minyak ialah salah satu faktor yang membebankan rakyat di negara ini. Selain dari harga minyak, rakyat kat negara ini juga kena beli rumah mahal2, kena bayar riba banyak2, kena tol sana sini, kena beli kenderaan mahal2, kalau sakit teruk kena berubat yang mana kosnya mencecah ribuan ringgit, tak masuk kena cukai kenderaan lagi tiap-tiap tahun, cukai rumah, cukai tanah, segala tok nenek kena cukai, lepas tue nak bayar GST lagi macam mana peniaga nak turunkan barang bilamana ada peniaga juga menjadi pengguna seperti kita semua? Pendek kata kalau nak semuanya turun dan ikut turun ianya kena bermula dengan apa yang mampu kerajaan buat bagi memastikan kos sara hidup kita berada di tahap yang mampu kita tawarkan. Bukan Najib ke yang mensasarkan ke arah negara yang berpendapatan tinggi? Nah, ini la akibatnya. Segala-segalanya mahal nak mampos.
Jangan tahu nak salahkan cina atau accumulate kesalahan semua kepada bahu peniaga cina semata-mata. As far as i concern la kan, i tak nampak pula roti Gardeniar turun harga since aku memang pemakan tegar roti jenis itu sejak harga minyak turun. Ada ? Ada ke takde? So, bercakap la dengan berpijak kepada dunia realiti wahai menteri. Kepada peniaga kecil kau laju2 menghukum. Kepada peniaga besar taikun gula taikun Astro, taikun internet, taikun barang pengguna dan segala macam taikun takde pula kau semua nak jadi jaguh. Macam gampang!
Dan dalam perkembangan yang sama, Ngeh Ko Ham mengamuk dengan kenyataan Ismail Sabri yang mengaitkan dirinya dengan perniagaan Old Town White Coffee.
Ini respon dia seperti yang dipetik menerusi TMI ;
1. Ismail adalah seniornya dalam jurusan undang2 semasa di Universiti.
2. Ismail dan dia ialah saling kenal mengenal antara satu sama lain.
3. Ismail sepatutnya bertanyakan dulu kepada dia samada betul atau tidak dia mempunyai saham dalam perniagaan tersebut.
4. Isu berkenaan adalah isu lama yang di ulang-ulang meskipun dia sudah menjelaskan berkali2 bahawa dia tidak pernah walau sekalipun memiliki saham perniagaan Old Town White Coffee. Perniagaan itu tiada kaitan dengannya sama sekali. Pada masa dulu dan juga pada masa sekarang.
5. Jika Ismail Sabri enggan memohon maaf, dia akan mengambil tindakan undang2 di atas fitnah yang membabitkan dirinya.
6. Dan Ngeh juga menafikan tuduhan bahawa dia anti Islam.
Bab Ngeh anti Islam itu aku tatau. Bab dia bersikap 'racist' kepentingan itu aku boleh sebut. Sesiapa dalam DAP Perak pun boleh cakap. Bagi aku. Kalau pun kau nak mengatakan seseorang itu jahat biarlah atas perkara yang dia benar-benar buat. Kalau dia tak buat tak perlu memandai-mandai nak tuduh apa bagai.
Dalam pada kerajaan dok huha huha seru peniaga cina turunkan harga barang, korang perasan peniaga di Malaysia neh bukan cina je. Bagaimana dengan peniaga Bangladesh, Pakistan, Myammar, Indonesia yang bersepah-sepah di KL tue? Dorang tue semua jual murah gak ke macam mana? Ke sebab talian hayat ke apa?
KAH KAH KAH
Bai.
Rujukan : http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/ngeh-demands-apology-threatens-to-sue-ismail-sabri-over-facebook-post
http://www.malaysiakini.com/news/288092