Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 3 Februari 2015

Ini BOD Old Town White Coffee - Takde Nama Ngeh Pun.

Jadi menteri tapi pemalas nak mampos. Sesuka ahti keluarkan statement merapu di facebook. Lepas dah kantoi bukan sahaja enggan mengaku bahkan mempertahankan diri dengan melakukan SPIN sana SPIN sini.

Menerusi posting di facebook, Ismail Sabri mengatakan Ngeh keluarga DAP Perak ada kaitan dengan rangkaian perniagaan OLD TOWN WHITE COFFEE.

Dan status halal pada OTWC adalah diragui.

Bila aku check website HALAL, di dapati OTWC memang ada sijil halal. Tapi menteri kau ragu2. Bila dah ragu2 walaupun pada syarikat yang dah diberikan sijil halal maka kepada siapa yang harus dipertanggungjawabkan?

Jawapan dia JAKIM la. Berani tak Ismail Sabri nak setepek sound JAKIM? JAKIM pun BODOH nak MAMPOS juga ke apa. Menteri terang2 sound status pemberian sijil halal kepada OTWC. Taknak ke mempertahankan diri korang? Ke memang korang jual sijil halal tersebut kepada OTWC? Takde intergriti ke staff JAKIM neh bila menteri sound setepek mempertikaikan skop kerja korang?

Di laman rasmi OTWC aku mendapati ;


Takde pangkal nama Ngeh yang tersenarai sebagai BOD syarikat berkenaan. Syarikat berkenaan juga disenaraikan di Bursa Malaysia yang mana ko boleh dapatkan maklumat berkenaan syarikat tersebut menerusi sedikit usaha jika kau rajin berbanding merepek di facebook macam Ismail Sabri.

Jadi agak2 kau si Ngeh keluarga DAP mana si Ismail Sabri kaitkan dengan perniagaan OTWC. Satu lagi. Aku pelik la.

OTWC ialah coffee berjenama Malaysia. Aku pun baru tahu sebab baru godek2 info tentang OTWC. Semua yang jadi BOD dia orang Malaysia dan ia mula diasaskan pada tahun 1999 oleh dua individu iaitu Tan Say Yap dan Goh Ching Mun. Kedua2 mereka ialah anak Malaysia. Rangkaian OTWC kini melebarkan sayap di Indonesia, Singapura dan China.

Tak bangga ke kau bila OTWC jenama Malaysia mula dikembangkan ke peringkat antarabangsa?

Dan jika kau tengok profile syarikat berkenaan, secara terbuka mereka senaraikan dan listedkan nama BOD yang mana setiap dari mereka mempunyai pengalaman yang berbeza bagi mengembangkan perniagaan OTWC. Ini la baru buktinya bahawa bila kau nak meniaga betul2 kau akan lantik orang yang betul2 boleh buat kerja bagi mengembangkan syarikat kau.

Satu lagi yang aku tertarik bila layari aset yang dimiliki oleh syarikat berkenaan. Selain rumah untuk kediaman para pekerja mereka, tanah dan rangkaian kedai, mereka juga sebenarnya membuat satu kerja amal sejak2 berjaya neh.

Tengok ;


Tanggungjawab sosial untuk membantu masyarakat yang tertindas tidak dilupakan selepas mengecapi kejayaan. Bagi aku ini satu tindakan yang bagus. Dan memang ramai sebenarnya ahli2 perniagaan yang berjaya atas usaha sendiri tak kira bangsa dan agama sebenarnya secara diam-diam menyumbang kembali kepada masyarakat. Jika orang melayu, mereka selalu membantu anak2 yatim dan anak2 orang miskin. Siap bagi bantuan bulanan berupa makanan pun ada. Mereka semua ini usahawan yang berjaya atas kudrat sendiri. Aku suka mendekati golongan seperti ini sebab nak tiru dan belajar. Buat motivasi. Bukannya macam sesetengah pihak yang dapat 250juta buta2 jek dari kerajaan kau neh lepas tue lingkup.

Aku pun tak faham la dengan umat melayu neh. Orang Malaysia bangsa cina buat satu brand tahap internationale, bukan nak puji atau tiru kesungguhan mereka, tapi kena kutuk, fitnah dan laju2 plak diseru untuk boikot atas alasan-alasan bangang.

Kalau betul OTWC anti Islam maka tunjukkan bukti.
Kalau betul pun OTWC sokong DAP, itu hak peribadi. Ini demokrasi. Sesiapa pun bebas sokong sesiapa dalam politik. Kerajaan atau mana-mana pihak tidak boleh tentukan idelogi politik kita.

Seperti DAP takde hak nak tentukan pandangan politik pekerja mereka di sektor kerajaan, seperti itu juga la kakitangan kerajaan pusat tidak berhak dipaksa untuk sokong BN. Semuanya bebas. Yang bekerja apa sekalipun. Hatta kalau kau jadi sukarelawan PAS untuk bantu mangsa banjir pun kau tak entitle untuk sokong PAS. Kau jadi sukarelawan itu sesuatu yang kau nak buat tapi idelogi politik kau ialah hak kau sepenuhnya. Tiada sesiapa pernah tentukan atau kawal bagi diri kita.

Tapi sebaran yang mengatakan OTWC tidak halal jelas merupakan satu perkara yang bercanggahan dengan apa yang telah JAKIM keluarkan kepada mereka menerusi portal HALAL. 

Secara tak langsung nampak macam mempertikaikan perniagaan OTWC bila kita bangkitkan rangkaian perniagaan berkenaan diragui status halalnya. Namun dalam masa yang sama sedar tak korang sapa yang issuekan sijil halal kepada mereka? Yang issuekan sijil halal itula yang bermasalah. Bukannya OTWC itu tidak halal dan menggunakan sijil halal yang palsu pun untuk melayakkan dia mendapat kecaman. Eh lue fikirlah sendiri. Ada otak guna. Bukan setakat dok jadi perhiasan atas kepala tue jek. Ismail Sabri, sila amek masa cuti sehari neh fikir-fikir macam mana nak spin lagi. Aku yakin orang2 UMNO mesti tak sabar2 nak ditipu oleh kau lagi.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...