Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 3 Februari 2015

Kumpulan Pelawak Muncul Nyatakan Sokongan Kepada Ismail Sabri.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH



Zaman sekarang buat fitnah pun ada yang menyokong. Apa la sangat kenyataan bangang dan merapu macam menteri pertanian. Tak mustahil juga akan lahirkan badut-badut ekpress bertemakan poster cantik, tersusun dan sama bagi menyatakan solidariti kepada menteri tersebut yang dah kantoi memperbodohkan diri sendiri di laman sosial.

Point2 aku ini dah cukup membuktikan Ismail Sabri dan para penyokongnya bangang.

Pertama. Dia sebut peniaga cina. Dia tak sebut peniaga tamak. Dan dia sasarkan kepada melayu semata-mata. Seolah2 takpe kot kalau kaum lain kena beli barang mahal2 apa semua.

Kedua. Dia membayangkan seolah2 orang melayu kena tindas dengan peniaga cina. Dalam waktu yang sama dia lupa bagaimana ASTRO, GULA, MINYAK, TNB, INTERNET dan sebagainya dijadikan monopoli kepada pihak tertentu supaya mereka berkuasa menentukan harga pasaran berbanding harga ditentukan oleh pengguna.

Pihak2 tertentu ini pula berkait rapat dengan kerajaan. Yang neh siapa tindas siapa? Pemimpin Malaysia semua cina ek? Rakyat Malaysia semua melayu ek?

Ketiga. Dia juga mengaitkan Ngeh keluarga DAP sebagai individu yang berkait rapat dengan rangkaian perniagaan OLD TOWN WHITE COFFEE. Lepas Ngeh keluarkan kenyataan desak Ismail minta maaf, Ismail bukan sahaja enggan mengakui kesalahan, bahkan siap spin lagi dengan mengatakan bukan Ngeh (Ngeh Koo Ham) jek yang nama pangkal sebegitu di Perak.

Bukti2 juga menunjukkan bahawa Ngeh bukan BOD dalam OTWC. Maklumat berkenaan boleh diakses semudah ABC menerusi laman website rasmi OTWC.

Keempat. Ismail Sabri juga mempersoalkan status halal OTWC. Ianya diragui. Orang melayu perlu menjauhi perniagaan tersebut. Dalam waktu yang sama, kementerian agama, JAKIM yang berperanan keluarkan sijil halal kepada OTWC. Ismail menteri pertanian sebenarnya mempertikaikan JAKIM yang keluarkan sijil halal kepada OTWC. 

Cuba clearkan pandangan masing2 dalam pada nak menyokong kenyataan Ismail. Jika korang semua bersolidariti bersama ISMAIL, maka apakah korang anggap JAKIM keluarkan sijil halal palsu kepada OTWC?

Nampak?

Nampakk? 

Yang aku nampak geng2 UMNO hanya berani respon isu boikot peniaga cina aje. Macam la yang peniaga cina aje yang wujud di Malaysia. Kita ada peniaga india, melayu, mamak, bangladesh, pakistani, myammar, dan lain-lain lagi. Yang dorang tue semua dah turunkan harga barang ke apa?

Bagaimana pula dengan taikun-taikun gergasi di Malaysia ini? Semua dah turunkan harga barang? SPAD dah keluarkan arahan kepada pemandu teksi bagai, pemandu bas bagai, pemandu bas sekolah bagai agar turunkan kembali harga perkhidmatan mereka yang dinaikkan ketika krisis kenaikan harga minyak sewaktu dahulu.

Ada?

Geng2 BN dah turunkan harga barang gak ke?

Macam TNB dan POS LAJU?

Harga semasa GAS MEMASAK dah diturunkan gak ke?

Oooo.. kau semua kejar dan berlakon bagus dengan peniaga2 kecik aje rupanya. Dengan peniaga2 besar macam pemaju perumahan menikus pula ek.

Yang aku nampak juga. Geng2 BN hanya sudi merespon isu boikot perniagaan cina dan meninggalkan dua point penting lain yang turut dibahaskan oleh menteri pertanian.

Isu mengaitkan Ngeh dengan OTWC tanpa bukti yang jelas dan sahih.
Isu mengatakan bahawa perniagaan OTWC diragui status halalnya.

Kenapa? 

Takut?

Nak bela menteri laju2 takde bukti pula yang menyokong tindakan tersebut. Nak bekap Ismail kan JAKIM plak terkena. So macam mana neh woi? Cuba bagi idea sikit macam mana nak SPIN. Tanyala Papa Gomo. Insya-Allah dia boleh membantu.

KAH KAH KAH 

Baca ;
Seramai kira-kira 100 orang pemuda dan mantan pemuda Umno hadir ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini bagi menunjukkan solidariti terhadap Datuk Seri Ismail Sabri.

Mereka membawa poster bertulis “Kami semua Ismail Sabri” sebagai tanda sokongan.

Mereka yang mula berkumpul kira-kira jam tiga petang di Cafe Riverside petang ini, hadir bagi memberi sokongan kepada menteri pertanian dan industri asas tani itu berhubung kenyataannya yang menggesa orang ramai memboikot peniaga Cina.

Antara yang turut hadir pada majlis petang ini ialah exco Pemuda Umno Fathul Bari dan Arman Azha Abu Hanifah. -Mkini-

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...