Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 6 Februari 2015

Ustaz Kazim, Berapa Harga Agama Kamu? Saya Mahu Beli.

Aku nak sangat tahu berapa harga agama Ustaz Kazim Elias. Supaya bila aku tahu nanti, mungkin aku akan berusaha kumpul duit dan beli agama dia. Aku rasa aku boleh gunakan pengaruh dia untuk menjatuhkan pimpinan yang zalim. Tak rugi beli agama dia. Bahkan tak rugi beli agama bagi ustaz ustazah ulama-ulama yang pro kerajaan neh. Sesetengah dari mereka sangat berpengaruh. Dengan pengaruh2 itula nantinya kita buat 'kumpul modal' bagi menjatuhkan sebuah kerajaan yang menzalimi rakyat.

Aku tadi baca sesuatu. 



Dan aku tertarik bila dia sebut ;


Malah katanya, ceramah berkenaan sebenarnya tidak memiliki apa-apa isu pun melainkan mengenai kewajiban umat Islam untuk mempertahankan pemerintahan sebagai sesuatu yang disuruh di dalam Islam.

Dan aku teringat kembali sewaktu kerajaan menaikkan harga minyak dan memotong subsidi segala termasuk menaikkan kadar elektrik yang menyebabkan harga barang di Malaysia naik mendadak. Ketika itu ulama pro kerajaan yang bernama Ustaz Fathul Bari mengatakan bahawa 'harga barang naik ketentuan Allah'. Kenyataan berkenaan ialah untuk mewajarkan tindakan kerajaan melalui polisi dan keputusan mereka yang menyebabkan harga barang dan perkhidmatan di Malaysia naik secara mendadak.

Jika harga barang naik ialah ketentuan Allah, kenapa pula harga barang mahal bukan ketentuan Allah? Jika kerajaan menaikkan harga minyak = ketentuan Allah, kenapa pula harga barang mahal (peniaga cina konon2nya) = bukan ketentuan Allah?

Mungkin 'Allah' digunakan pada sesetengah keadaan. Pada keadaan yang nampak macam kita neh pesalah, maka 'Allah' akan digunakan untuk menghalalkan tindakan kita bagi mendapatkan sokongan umum. Pada keadaan rakyat biasa nampak bersalah pula kita tetap gunakan 'Allah' untuk hukum mereka supaya kelak nantinya semua orang tahu bahawa Allah akan mahu menghukum, kekal menghukum dan hanya menghukum orang2 biasa, orang2 miskin, rakyat marhaen, orang cina, orang india, orang kafir, orang yang lawan pemimpin, orang yang mempersoalkan ketidakadilan, orang yang teraniaya, orang yang dibuli, orang yang tersepit dan terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi.

Betul tak?

'Allah' pada kaca mata agamawan ini sangat unik dan buat aku tertarik nak beli agama mereka.

Sebab tue aku nak tahu berapa agama Ustaz Kazim Elias. Sebab aku nak beli. Lepas aku beli, aku nak minta tolong dari dia agar keluarkan dalil, hadis, nas dan hujah yang membenarkan tindakan aku melawan pemerintah yang zalim supaya ramai orang sokong aku dalam perlawanan untuk membebaskan diri dari korupsi kerajaan Barisan Nasional di Malaysia neh.

Aku nak minta dalil bagi mempersoalkan pemimpin yang menghalalkan judi dan kasino di Malaysia dalam bentuk pemberian permit, tanah dan lesen perniagaan dan membenarkan tindakan tersebut atas nama 'permintaan' dari orang bukan Islam.

Aku nak minta dalil untuk melawan pemimpin yang melaksanakan GST pada kadar 6% sedangkan rakyat telah dibebani dengan pelbagai masalah kewangan. Kita ada harga rumah yang mahal, harga kereta yang mahal, pengangkutan yang tidak cekap, jurang gaji bandar dan luar bandar yang jauh berbeza, harga makanan yang mahal, kos perubatan dan pendidikan yang mahal, harga buku2 rujukan yang mahal, nak belajar agama pun mahal, segala-galanya mahal dan orang2 miskin yang tidak dikenakan cukai kini terpaksa pula bayar cukai dengan GST.

Aku nak minta dalil yang menunjukkan aku betul bila aku membongkar penipuan menteri2 di Malaysia ini seperti penipuan Ismail Sabri, Zahid Hamidi, Najib, Tengku Adnan, Ahmad Maslan, Hasan Malek dan agensi2 kerajaan yang berkaitan.

Aku nak minta dalil bagi menyokong tindakan aku yang melawan kerajaan korupsi BN yang mana kerajaan ini perlu dijatuhkan laju2 bagi memastikan mereka dihukum atas semua jenis penyelewengan besar atau kecil yang mereka buat selama ini menggunakan wang pembayar cukai.

Aku juga nak minta dalil untuk menghukum JAKIM yang berjual-beli agama aku sehingga mengabaikan nilai2 sebenar yang terkandung dalam Islam.

Aku nak minta dalil juga tentang seorang pemimpin laki bini yang berpusing satu dunia guna pesawat rasmi negara untuk bercuti.

Aku nak minta dalil bagi mengharamkan riba yang dihalalkan atas pelbagai nama dan penjenamaan semula di negara ini dengan tujuan menindas rakyat.

Aku nak minta dalil bagi mengutuk kerajaan yang membiarkan rumah orang2 miskin diroboh dan diranapkan tanpa ada pembelaan yang sewajarnya.

Aku nak minta dalil untuk melawan kapitalisma yang semakin membarah di negara ini.

Aku nak minta dalil tentang pemerintah yang arahkan kakitangan mereka membantai rakyat yang berdemo dan protes mempertahankan hak2 mereka yang dicerobohi oleh pemerintah.

Aku nak minta dalil tentang salahlaku yang ditutup oleh pemerintah menggunakan kuasa undang2 dengan menghukum dan mengheret rakyat2 tertentu ke muka pengadilan bagi tujuan menakut2kan orang ramai dari mempersoalkan kezaliman kerajaan.

Aku nak minta dalil juga tentang fitnah2 yang ditaja oleh kerajaan dan pelbagai agensi mereka bagi mengekalkan kuasa di negara ini.

Dan tak ketinggalan aku nak minta dalil tentang agamawan2 yang mengadaikan agama, akidah dan kepercayaan mereka demi menghalalkan perbuatan pemimpin2 yang menzalimi rakyat.

Aku perlukan dalil2 itu semua. Aku dengar cerita Ustaz Kazim Elias ada ribuan penyokong yang sanggup berdemo untuknya. Aku baca bahawa Ustaz Kazim Elias menyeru mempertahankan pemerintah. Maka aku yakin, jika aku berjaya beli agama Ustaz Kazim Elias, maka aku berjaya mendapatkan dalil darinya dan sekaligus orang2 Islam akan tampil menyokong aku dengan menggunakan kekuatan agama yang ada pada Ustaz Kazim Elias maka semakin banyak la sentimen yang boleh aku raih bagi menjatuhkan kerajaan yang zalim. 

Mohon ustaz Kazim Elias buka harga.
Sebab aku mahu menabung untuk beli agama anda.

Thanks.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...