Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 20 September 2014

Dr. Zuhdi Sokong Akta Hasutan.

Ini bukan senario. Jentik menjentik pun bukan. Ini memang betul2 sokong punya.

Lihat ;


Hujah penuh Dr. Zuhdi ;

DI MANA SALAHNYA AKTA HASUTAN?

Saya bukan seorang peguam, oleh sebab itu saya ingin bertanya kepada mereka yang berkepakaran di mana salahnya Akta Hasutan 1948 (Akta 15)? Adakah salah aktanya atau salah pihak yang menguatkuasakan akta tersebut? Kalau yang salah adalah aktanya, maka adakah kemungkinan untuk diperbaiki? Kalau yang salah adalah pihak yang menguatkuasakannya, maka mengapa akta yang perlu dimansuh?


Berapa ramai yang menentang Akta Hasutan ini, tetapi mungkin tidak pernah melihatnya. Berapa ramai yang menyokong cadangan pemansuhannya, tetapi boleh jadi tidak pernah menelitinya. Kalau benar ada keburukan, adakah kebaikannya tiada langsung? Kalau benar ada kebaikan, adakah mungkin kebaikan mengatasi keburukannya? Jadi lebih baik kita teliti dahulu sebelum buat sesuatu keputusan.
Berikut adalah petikan Akta Hasutan 1948, bagi mereka yang belum pernah membacanya.
Kecenderungan menghasut


3 (1) Sesuatu “kecenderungan menghasut” ialah kecenderungan—


(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau
bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap
mana-mana Raja atau Kerajaan;


(b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau
penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh
mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan
perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah,
apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di
dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah
oleh Kerajaan itu;


(c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau
bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap
pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana
Negeri;


(d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak
setia di kalangan rakyat Yang di-Pertuan Agong atau
rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan
penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri;


(e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan
permusuhan antara kaum atau golongan penduduk
yang berlainan di Malaysia; atau


(f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf,
kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif
yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan
Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara
152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.


Ulasan saya: Berdasarkan kepada tafsiran perbuatan menghasut ini, pada pandangan saya jelas menunjukkan ia adalah undang-undang pencegahan kepada tindakan yang boleh menceroboh kedaulatan negara, menggugat kestabilan politik dan mencabar sendi-sendi perlembagaan seperti bahasa Melayu, hak keistemewaan Melayu dan kedaulatan Raja-raja.


------------------------------------------------

Menurut satu usul yang disokong sebulat suara dalam muktamar yang baru berlepas ini memutuskan bahawa PAS bersetuju agar akta hasutan 1948 ini dimahsuhkan.

Lihat ;


Tapi. Dr. Zuhdi berpendapat berbeza dari apa yang diputuskan oleh PAS melalui muktamar tahunan mereka. Itu memang pendapat peribadi dia. Tapi, pendapat itu sekufu dengan UMNO. Nanti, kena tuduh UG jangan marah la pula. Lagipun. Akta zalim itu telah banyak kali menindas pemimpin2 PAS. Sepatutnya Dr. Zuhdi ada kesedaran juga tentang itu.

Akta hasutan itu bukan ditolak kerana ia warisan penjajah. Tapi kerana ia adalah akta yang menindas. Perkataan 'mendorong kebencian, hasutan' tidak dapat ditafsirkan secara tepat. Ataupun dalam erti kata lain, kita tiada penanda aras tertentu bagi mengatakan perbuatan hasutan yang macam mana yang ditafsirkan salah oleh kerajaan.

Yang menafsirkan perbuatan menghasut itu salah adalah bergantung kepada pemikiran kerajaan.

Katakanla kita mengkritik dan membidas tindakan kerajaan atas sesuatu perkara. Dan kerajaan boleh aje tafsirkan tindakan kritikan kita sebagai hasutan. Ini abusive. Pada kita mengkritik, tapi pada dia, kita menghasut.

Nampak? Ia boleh disalahguna. Bahkan ia memang telah disalahguna. Dan itulah yang sedang berlaku. Ia disalahguna.

Ada pepatah terkenal dalam perundangan yang berbunyi. Membebaskan orang yang bersalah lebih baik daripada menghukum orang yang tidak bersalah. Membebaskan orang yang bersalah, masih lagi kita punya ruang untuk mencari bukti dan sabitkan kesalahan dia. Tapi menghukum orang yang tidak bersalah, sapa nak ganti masa dan reputasi yang telah hilang?

Akta hasutan ini telah banyak kali digunakan untuk menghukum orang2 yang tidak bersalah atas nama politik. Jika kita mahsuhkan akta ini bermaksud ruang untuk BN menghukum rakyat2 yang bersuara, yang mengkritik mereka, akan mengecil. Dia tiada sokongan dari akta ini apabila ia dimahsuhkan.

Dan Zuhdi bercakap tentang perbandingan negara2 luar yang menggunapakai akta ini sebagai contoh yang baik. Kalau dah bagus sangat undang2 barat, maka apa perlu PAS beria2 laksanakan hudud? Negara2 yang dinamakan tue pun tak buat hudud. So, kita stick aje la dengan undang2 sedia ada, say no to hudud. Boleh?

Fikir2kanla ek.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...