Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 19 September 2014

Penjara 12 Bulan - Susulan Kes Adam Adli.

Sebenarnya. Ramai juga yang tatau. Tekanan yang Adam dan keluarga terima selepas melalui bermacam jenis halangan yang dilakukan atas nama undang2 ke atas Adam. Orang hanya tahu mengejek2 dan menghina sahaja apabila ada anak muda bersikap berani macam Adam ataupun macam Ali. Tapi diri mereka yang mengejek2 itu pula tak berani nak melawan bila disuruh berlawan. Setakat sembang kencang berlagak macam wira padahal haprak nak mampos.

Tin kosong.

Kurang2. Ali berani bersuara. Adam berani bersuara. Mereka dah buktikan yang mereka berani hadapi apa sahaja dugaan yang mendatang jika rejim zalim mengganas. Sepatutnya. Saf2 yang lembik nak mampos macam aku dan kau, daripada dok sembang kencang kutuk dorang, baik kita bersatu dan bekap dari segi moral dan kewangan untuk memastikan mereka terus berani melawan rejim.

Nak melawan.
Tapi tak berani.
Ada orang tolong kau lawan.
Ko pergi keji pula.

Sepatutnya.

Mereka lawan.
Kita tak bera
Ada orang berani.
Walaupun kita tak berani dari segi tindakan.
Tapi kurang2 kita support sikit keberanian mereka dari segi moral dan sokongan lain2 yang dirasakan perlu.

Bukannya dok perli memerli, sinis menyinis, sindir menyindir ataupun padan muka kan dia.

BODOH la orang2 macam neh. Orang2 macam Adam dan Ali bukan melawan bagi pihak parti sebenarnya bagi pihak korang. Tengok sikit kajian kes neh dalam2.

Bila Adam menyeru kepada tukar kerajaan. Adam sebenarnya menyeru kepada rakyat untuk berfikir dengan kritis dan matang. Buktinya?

SELANGOR.
PENANG juga.
Di Kedah pun sama.

Kan. Nampak. Penduduk di Kedah, Penang dan Selangor bersikap kritis dalam menghujahkan suasana politik di negeri2 mereka walaupun sapa pun pegang. Penyudahnya, ahli2 politik neh terpaksa la buat kerja ataupun kalau tidak bersiap sedia la tukar kerajaan negeri.

Itu baru negeri. Kalau negara?

Tak ke nanti kita semua akan mendapat faedahnya? BN taknak jatuh maka berlumba2 buat polisi yang dapat menambat ahti rakyat. Jika PR menang, maka PR pula taknak jatuh maka berlumba2 juga buat polisi untuk menyakinkan rakyat. Penyudahnya, sapa dapat kebaikan? Rakyat la juga.

Tak mati rakyat kalau tukar kerajaan. Yang mati tue parti politik je. Mereka la yang akan rugi setiap kali jatuh. Rakyat pula dapat kebaikan sebab kita bersikap kritis dengan parti2 politik di negara ini. Senang cakap kita main acah2. Parti2 politik takut kehilangan kuasa. Kalau kita acah2 dorang mengelabah la dorang. Rakyat2 di negara maju dah lama main acah2 dengan parti politik. Kita jek bangang nak mampos tak berani main acah2 dengan parti politik. Kalau pemimpin jenis buat kerja macam Singapore ka Brunei ka logik juga. Ini jenis haprak pun nak dipertahankan lagi. Bangang betul la.

Adam dikenakan penjara 12 bulan. Muktamad sudah. Proses yang perlu dilalui Adam untuk mengelakkan dari dipenjara ialah merayu melalui proses rayuan di mahkamah rayuan. Last sekali mahkamah persekutuan untuk mendapatkan ruang keadilan untuk dia.

Wang ikat jamin Adam kurang banyak dari Safwan Anang yang perlu dijamin dengan kos sebanyak 15k. Adam punya duit jaminan untuk tangguhkan hukuman sebelum menunggu mahkamah rayuan bersidang ialah RM5,000 k. Pun begitu sudah tentu keluarga2 Adam sebak melihat anak sulung mereka mungkin terpaksa melalui hukuman penjara di usia yang masih muda. Walaupun hukuman tersebut mungkin boleh dikurangkan atau mungkin juga tidak. Andaikata mahkamah rayuan dan persekutuan menetapkan bahawa dia tetap perlu dipenjarakan maka dia akan masuk penjara la jawabnya nanti. 12 bulan bukan isu tapi rekod buruk itu yang akan mencalarkan dia seumur hidup dan orang kita suka menghina bekas banduan. 

Ada yang tatau bahawa Adam sebenarnya berusaha untuk sambung belajar. Tapi ramai juga yang tatau walaupun kolej swasta sekalipun menolak permohonan dia untuk sambung belajar.

Nampak tak tekanan yang dia terima. Itu hanya zahir saja. Belum lagi batin. Jika. Ada apa2 kelakuan dia yang buat kita menyampah ataupun meluat, itu biasa sebab dia pun manusia biasa macam kita. Tak semua tindakan dia betul. Tapi. Dia dihukum di bawah akta hasutan 1948 akta warisan penjajah yang digunakan untuk menghalang mana2 pihak dari bersuara melawan penjajah. Bayangkan. Jika orang dulu2 patuh dan tunduk dengan akta ini sampai sekarang kita masih terjajah. Suka ke hidup di negara yang terjajah daripada menjadi negara yang bebas dan merdeka? Dan. Suka ke hidup di bawah negara yang penuh dengan tekanan dan penindasan ke atas rakyat marhaen oleh polisi2 kerajaan yang berat sebelah dan bersikap menindas serta melebihkan kaum kapitalis melampaui hingga mengabaikan kelas rakyat, kelas pekerja dan kelas miskin.

Jika tak suka maka melawan.
Dan bila ada orang melawan, kita patut sokong.
Jangan tengok siapa, tapi tengok apa yang dia sampaikan.

Akta hasutan ini kini digunakan untuk menakutkan rakyat agar tidak berani bersikap lantang dalam menegur kerajaan. Apa yang dinyatakan oleh Adam bukan salah. Tapi tindakan yang dikenakan ke atas Adam itu pointnya. Jika Adam yang selalu menjadi modal pemimpin2 pembangkang pun dihumban ke dalam penjara dan pemimpin2 pembangkang tak mampu nak selamatkan dia, maka orang biasa macam aku dan kau apa lagi? Ini tujuan mereka. Menakutkan kita sebanyak yang boleh. Sehingga di ahti kita lebih takutkan mereka berbanding Allah.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...