Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 19 September 2014

Transkrip Doa Perwakilan PAS Yang Dikatakan Kontroversi dan Kutuk Pemimpin PAS.

Oke. Ini transkrip doa yang dibacakan oleh Dr. Azhari Ariffin.


Step by step. Baca dulu transkrip dia. Sapa yang malas tonton video.

Sapa nak tonton video klik sini.

Pada jam ke 1, 4 minit 43 saat ;

" Tetapi ia mulai merebak ke peringkat khilaf ahti di kalangan kami.. khilaf ahti di kalangan kami telah menyuburkan perpecahan di kalangan kami.. kami berantakan sesama sendiri.. kami mulai boikot sesama sendiri.. benci, dengki, dendam, geram, marah, semua mazmumah kini semakin membarah di kalangan kami.

Yang muda tidak lagi menghormati yang tua. Yang tua tidak lagi kasih kepada yang muda. Kehormatan institusi MSU kita diletakkan di tumit di sesetengah kalangan kami. Presiden kami mula diperleceh seumpama kayu buruk yang tidak bernilai. Akhlak berjemaah mula terpenggal di kalangan kami sedikit demi sedikit.. makna patuh, taat, fiqah, wala' dan akhlak berjemaah mulai menjadi bahan gelak dan bahan tawa, bahkan dianggap daun ketum mengkhayalkan ahli terhadap pemimpin... "

Pada jam ke 1, minit ke 6, 17 saat ;

" Kami disini berusaha mencari hikmah di atas setiap apa yang berlaku pada musuh dan rakan kami. Ya Allah.. kami melihat bagaimana ketika Engkau menguji musuh politik kami.. iaitu UMNO di Terengganu dengan krisis perlantikkan menteri besar selepas PRU ke 13. Kami melihat ia berakhir dengan bertukarnya menteri besar mereka yang baru. Kami melihat Ya Allah bagaimana hanya presiden mereka sahaja yang bercakap, presiden mereka sahaja yang mengarah dan presiden mereka sahaja yang buat keputusan. Timbalan presidennya tidak membantah.. apatah lagi tergamak mengeluarkan kenyataan. Konon2nya itu hanyalah kenyataan peribadi semata2. Begitu juga ya Allah, kami dapati seluruh naib2 presiden dan majlis tertinggi mereka, tidak kemaruk untuk keluarkan kenyataan yang bercanggah dengan presiden parti mereka. Pemimpin mereka tidak bercakap ... (aku tak faham) mulut untuk mencari media membuat kenyataan akhbar menyanggah keputusan presiden mereka. 

Wahai Allah, apakah mereka ini memahami makna taat? Fiqah, wala' dan patuh kepada pemimpin mereka melebihi kami yang berjuang atas nama Islam? Kami malu kepada musuh ya Rabb. Kami selalu mengatakan mereka ini sekular. Mereka bukan merujuk kepada disiplin ilmu Islam. Tapi kenapa mereka lebih beraklhlak dengan presiden mereka berbanding kami yang menyarung jersi Islam sebagai wadah perjuangan. Ya Rabb, kami malu dengan seluruh hamba-Mu di Malaysia sedang melihat betapa corrupnya akhlak berjemaah di kalangan kami. Ya Allah, kami malu dengan musuh2 kami dengan atas apa yang berlaku. Apatah lagi kamu malu dengan Mu, ya Rabb. Berjuang atas nama Islam. Mendokong dasar Islam. Menjiwai degup jantung dengan Islam. Tetapi rupa2nya kami 'cengkoi' dalam akhlak berjemaah berbanding musuh".

Pada jam ke 1 dan minit ke 8, 35 saat ;

" Ya Allah, KM (kajangmove) terang2 mempermainkan rakyat dalam memilih pemimpin. KM telah ... sistem demokrasi. KM adalah sebahagian pencinta kartun dalam mencatur pemimpin di kalangan keluarga. KM akhirnya menjadi bahan gelak ketidakmatangan berpolitik".

Pada jam ke 1 dan minit ke 9, 00 saat ;

" Apa hikmahnya apabila pemimpin tertinggi mereka, biarpun sejauh itu membuat keputusan yang jangkal, tiba2 keputusan itu disambut dengan penuh ceria, yakin, bersatu ahti, mendokong dan terus mempertahankan keputusan pemimpin tertinggi mereka, biarpun bercanggah dengan nilai berpolitik. Biarpun tidak berbincang dengan kami selaku rakan tahaluf siyasi. 
 
Pada jam ke 1 dan minit ke 9, 56 saat ;

" Wahai Allah, jangan la Kamu menghinakan kami sehingga akhlak berjemaah kami menjadi lebih jengkel berbanding dengan mereka yang berjuang atas nama SEKULAR ataupun LIBERAL. Wahai Allah, Kamu didikla pemimpin kami agar cermat dan berfikir sebelum membuat kenyataan."

Pada jam ke 1 dan minit ke 11, 58 saat ;

" Kami dari PAS ya Allah.. telah berjaya mengumpulkan manusia dan manusiawi dari pelbagai latar belakang fikrah dan idelogi. Ada yang dulunya bersama gerakan Alami, IRC, JIM, ABIM, jemaah tabligh, yang akhirnya kesemua mereka beralam wadah perjuangan PAS. Alhamdullilah. Terima kasih Allah. Terima kasih Allah".

Pada jam ke 1 dan minit ke 14, 05 saat ;

" Ya Allah, jangan ada di kalangan kami mencipta mesyuarat dalam mesyuarat. Yang mencipta parti dalam parti. Apatah lagi yang mencipta kepatuhan kepada kepimpinan parti lain lebih daripada kepimpinan parti sendiri. Ya Allah, alangkah jahatnya fulan bin fulan, andai masih ada manusia seperti ini dalam parti kami. Justeru itu ya Allah, jauhila kami daripada mereka dan jauhila mereka daripada kami. Mereka khianat wahai Allah. Mereka zalim wahai Allah. Mereka menikam kami dari belakang wahai Allah. Ya Rabb, jangan biarkan mereka merosakkan ketulenan perjuangan PAS yang kami semua kasihi".

Pada jam ke 1 dan minit ke 15, 19 saat ;

" Ya Allah, kami belajar kata2 hikmah berbunyi, kerana nila setitik, maka rosak susu sebelanga. Wahai Allah, sekarang dalam parti kami ada dua titik nila yang merosakkan parti dan ummah keseluruhannya. Nila bernama nila cap Hulu Kelang. Dan satu lagi titik nila, nila cap Morib. Buka la ahti pemimpin dan jawatankuasa tata tertib parti kami, untuk memgambil tindakan disiplin ke atas dua titik nila ini. Wahai Allah, nila ini sangat beracun. Aneh sekali jika ada yang menobatnya sebagai wira".

Pengerusi majlis meminta ringkaskan doa..

Sesiapa yang bermain ular di tapak tangannya, nescaya dia tidak akan selamat.

Sesiapa yang khianat, maka dia akan hina.

Tidak akan melahirkan ular, kecuali ular jua.

Ya Allah, kami bersyukur. Dipermudahkan oleh Mu ya Rabb, takdirkan kami untuk bersama2 Pakatan Rakyat bagi menumbangkan musuh politik kami UMNO dan Barisan Nasional".

Pada jam ke 1, minit ke 18, 03 saat ;

" Kami tidak mahu diajak untuk mempertahankan tahaluf siyasi tetapi tiba2 sahaja dengan senangnya rakan tahaluf memancing wakil rakyat kami sehingga mereka khianat kepada parti kami. Demi sesungguhnya kami tidak mahu pengkhianat tersebut".

Pengerusi majlis meminta ringkaskan doa buat kali kedua.

Pada jam ke 1, minit ke 18, 22 saat ;

" Buka la ahti pemimpin kami agar menilai semula kontrak tahaluf siyasi dengan rakan komponen kami".

Pada jam ke 1, minit ke 18, 55 saat ;

" Ya Allah ya tuhan kami, Kamu tunjukkanla kepada rakan tahaluf siyasi kami agar pandai menghormati kami dalam bersama2 berbincang dan membuat keputusan. Kami tidak mahu peristiwa KM yang kami dipaksa menerima arahan. Wahai Allah, kami bukan HAMPAS untuk mereka. Wahai Allah, Engkau berikanla taufik dan hidayah kepada sekutu kami agar pandai menghormati kami dalam mempertahankan dasar perjuangan kami. Jangan kiranya mereka kurang sopan, maki hukum, syariah islam dasar perjuangan kami. Tapi pandai pula meminta pertolongan kami untuk turun berkempen di PRK Teluk Intan, Perak".

Jika rumah kamu diperbuat daripada kaca, maka jangan memandai lontar rumah orang lain dengan batu".

Pada jam ke 1, minit ke 19 minit, 51 saat ;

" Wahai Allah, kami bukan tunggu kayu dalam tahaluf siyasi. Justeru jangan biarkan mereka memperkotak katikkan kami. Ya Allah, kami bukan terompah tahaluf siyasi, maka jangan biarkan mereka menipu sesuka ahti kami. Ya Allah, ya tuhan kami, kami sedang bermunajat di bawah tajuk tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat. Andai ada kekurangan kami memohon ke hadratMu meletakkan tahaluf siyasi kami ke landasan yang betul. 

Andai ia sudah betul maka bantula kami wahai Allah untuk memperkukuhkan tahaluf siyasi tetapi Kamu jua yang maha mengetahui seandainya tiada lagi kebaikan tahaluf siyasi maka tunjukkanla kami jalan yang sebaik2nya. Wahai Allah, kami bermunajat kepada Mu atas nama tahaluf siyasi, bukan UG. Wahai Allah, sekarang kami terpalit dengan fitnah yang dicipta di kalangan kami sendiri iaitu 

Jika kami berkeras dengan hudud, kami sendiri akan mencipta fitnah, kononnya mahu bergabung dengan UMNO - UG.

Jika kami tidak bersetuju dengan keputusan seorang pemimpin tertinggi rakan tahaluf siyasi, kami sendiri akan mencipta fitnah konon mahu bersama dengan UMNO - UG.

Jika kami mengkritik tindakan rakan parti sosialis di kalangan kami, di kalangan kami sendiri akan mencipta fitnah, kononnya mahu bergabung dengan UG.

Jika kami membangkitkan soal wala', maka kami difitnah untuk bergabung dengan UG.

Jika kami tidak menyokong agenda Kajangmove, kami difitnah mahu bergabung dengan UG.

Jika kami bersetuju dengan sesuatu yang baik daripada UMNO, kami dituduh sebagai UG.

Ya Allah, kami sedar sesuatu pendustaan yang di ulang2 ia pasti dianggap benar.

Kemudian. Pengerusi tetap tegur lagi untuk ringkaskan doa. Sambil perli. Tadi seminit sekarang 30 saat.

HA HA HA

Pada jam ke 1, minit ke 22, 30 saat ;

" Sebagai akhirnya, kami sayang kepada timbalan presiden kami, kami sayang naib2 presiden kami, kami sayang kepada ahli2 jawatan kuasa pusat kami (AJK PAS PUSAT). Benar. Lama mereka berjuang. Banyak jasa mereka. Tinggi pengorbanan mereka. Istiqomah mereka dalam menempuh karenah dan tribulasi perjuangan. Wahai Allah, kenapa pula muktahir ini ramai pula yang menyiku 3 urat yang sedang mempertahankan fundalmental perjuangan kami".

Pada jam ke 1, minit ke 24, 01 saat ;

" Akhir kata ya Allah, bantu la mereka menyokong keputusan presiden, majlis syura ulama. Usahla berterusan dengan istijihad yang salah, kemaruk membuat sidang akhbar, itu istijihad yang salah, tidak boleh untuk mereka berforum di dewan perniagaan cina, KL memperleceh presiden, itu isytihad yang salah, tidak boleh mereka sepentas ke forum PASma, itu istijihad yang salah, tidak boleh mereka kononnya atas nama sayang kepada pakatan rakyat, sehingga mengecilkan fundalmental perjuangan sendiri, itu istijihad yang salah.

Ya Allah, ya tuhan kami, ampuni la dosa kami ya Allah. Jadikan la kami neh orang2 yang beriman".

Kesimpulan?

Aku dengar banyak kali kot sebab nak salin.

Aku tengok objektif. Aku tak minat letak emosi.

Hakikatnya ;

1. Takde kutukan.

2. Doa hancur menghancurkan pun takde.

3. Emosi jek lebih geng2 penyokong Mat Sabu dan lain2.

4. Kalau kita bukan seperti itu wajar kah kita terasa? Kalau kita tak buat pasal apa kita nak melenting? Relax sudah la. 

5. Tapi kritikan langsung kepada dua adun PAS tue memang terang2 wujud. Dr. Azhari gunakan perkataan = ROSAK. BERACUN. Dua orang adun tue mesti terasa. Ini boleh menimbulkan perasaan sensitif dan ketegangan. 

6. Kritikan pada pemimpin2 tertentu pun ada walau tak sebut nama.

Bacaan politik aku ;

Geng2 UG akan attack geng2 Anwarinas.
Geng2 Anwarinas akan attack geng2 UG.
Mereka akan saling gaduh bergaduh macam biasa. Fitnah menfitnah dan berbahas macam bagus2. Mereka kedua2nya berobjektifkan membela pimpinan2 mereka. Satu kumpulan bekap presiden PAS dan geng2 depa. Satu kumpulan bekap timbalan dan geng2 depa. Geng2 Anwarinas akan sembang kencang bab wala' dan maksum. Tapi dalam waktu yang sama depa pun sama dok wala dan memaksumkan pimpinan2 depa. Kelakar gila babi la woi.

SAPA BEKAP RAKYAT?

SAPA BEKAP RAKYAT DALAM PAS? GENG UG? ANWARINAS? PERGI MAMPOS LA KAU SEMUA.

MANA ADA. SEMUA STOK JILAT PIMPINAN JE WOI.

KAH KAH KAH

Kronologi babak doa Dr Azhari ialah ;

1. Minta orang berdoa, bukan paksa. Sapa yang tak setuju tak payah la buat apa2. Diam dan dengar aje. Bukan paksa aminkan pun.

2. Walaupun nampak berbahas, dr Azhari gunakan medium berbicara dengan Allah. Dia gunakan doa. 

3. Disusuli dengan penerangan dan memperjelaskan pandangan dia, mengkritik pihak tertentu, dan meminta Allah membantu diakhiri dengan minta ampun dan diberikan hidayah.

4. Takde apa2 yang negatif untuk membuatkan sesiapa sekalipun rasa sentap dan emosi bagai.

5. Doa, hak dia. Nak berbahas gunakan doa, itu pun hak dia. Nak aminkan, hak pendengar. Nak tak bersetuju pun hak pendengar. Cuma, jangan gunakan hak tersebut dengan selitkan fitnah. Tak elok. Benda dia tak kutuk, jangan tuduh dia kutuk. Benda yang dia kritik, kena sebut jelas2 dia kritik. Benda yang dia meluahkan rasa, kena sebut jelas2 dia meluahkan rasa. Jangan la merepek sangat. Bersetuju atau tidak itu tajuk lain, tapi jangan sampai nak menfitnah orang pula kalau pun tak bersetuju.

Secara peribadi. Dr Azhari tidak nampak masalah sebenar dalam PAS. Secara peribadi. PAS bermasalah walaupun geng UG mahupun geng Anwarinas. Sebenarnya. Jika korang ada terdetik, dalam ahti bahawa kedua2 kumpulan dalam PAS yang bertembung sekarang neh, salah seorang daripada mereka adalah di pihak yang benar, korang sebenarnya sudah silap. 

Kedua2 pihak yang bertembung ini tidak objektif dalam menzahirkan pandangan dan perbezaan pendapat atas nama perjuangan Islam mahupun rakyat. Mereka jual agama. Mereka tipu rakyat. Mereka sama macam BN. Walaupun, aku tak nafikan ada di antara mereka yang benar, ada yang buat perkara yang betul sana sini, tapi secara amnya, organisasi PAS, tak boleh langsung di angkat sebagai parti yang berkaliber untuk membantu rakyat yang tertindas. Terima la hakikat wahai rakyat Malaysia. Sebab tue kena kritik PAS, PR dan BN kaw2 sampai dorang terduduk dan berubah. Bukan bodek tak ingat dunia. Eh over plak aku.

KAH KAH KAH

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...