Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 30 Ogos 2014

Wakil Rakyat Idaman Saya.


Sebenarnya wakil rakyat kat Malaysia ini terlalu jauh dari boleh dikatakan wakil rakyat. Yang aku pelik. Korang tahu tak. Kalau wakil2 rakyat kita neh dorang naik teksi ke, berpayung ke, sedang melawat pasar ke, gambar2 mereka diambil dan diupload ke dalam facebook page rasmi wakil2 rakyat tersebut, kemain lagi penyokong2 depa memuji bagai.



YB hebat. Naik teksi jer.

Aku rasa ramai orang kat negara neh naik teksi, bahkan ada yang jalan kaki, naik basikal pergi mana2 sekalipun .. apa yang bangga sangat pun kalau wakil rakyat naik teksi? Naik teksi sekali sekala pun nak kecoh bagai kat facebook. Baru2 ada satu kes tapi dia bukan wakil rakyat. Ada orang share gambar Mat Sabu naik teksi dan lambung dia bagai. Hello. So what kalau pun dia naik teksi sekali sekala. Kenapa tindakan tue macam biggest sangat impact dalam hidup kita? Something is wrong la dengan penyokong2 partisan ini yang kadang2 buat aku rasa apa hal dengan dorang neh.

Oke, berbalik semua kepada tajuk artikel. Aku melihat penyokong2 partisan ini telah memberikan dorongan yang salah tentang apa yang kita patut faham tentang wakil2 rakyat kita. Tindak tanduk mereka tentang YB2 lantikan parti mereka ialah mereka seolah2 mahu rakyat mempercayai wakil2 rakyat dari parti2 mereka adalah terbaik hanya bersandarkan kepada logo parti dan bukannya berdasarkan prestasi kerja. Bagi aku ini satu tindakan yang salah dan cubaan memperbodohkan rakyat di negara ini.

 Katakanlah ;

- Kesemua yang diangkat menjadi calon untuk bertanding dalam pilihanraya dipilih berdasarkan merit dan kebolehan serta pengalaman juga naik bukan berdasarkan amalan favoritism.

Contohnya, setiap parti2 politik mengadakan pilihanraya cawangan/cabang/markas untuk menentukan siapa yang layak menjadi calon. Yang layak ini la dari setiap parti yang bertanding dihantar menjadi calon di kawasan masing2.

- Mestilah wakil rakyat anak tempatan yang memang duduk disitu bagi memudahkan komunikasi. Lepas tue mereka masing2 bawa manifesto setempat supaya orang faham apa dorang punya plan ke atas penempatan itu selepas menang.

- Mestilah wakil rakyat yang tidak mempunyai lebih dari satu jawatan wakil rakyat. Taknak tengok wakil rakyat ini bertanding 2 jawatan di peringkat DUN mahupun PARLIMEN sebab mereka akan gagal perform dengan sebaiknya. Jika mahu jadi ADUN maka jadi la ADUN sungguh2. Jika mahu jadi ahli parlimen, maka jadila ahli parlimen sungguh2. Dah tahu tak mampu nak committed kenapa perlu pegang lebih dari dua jawatan? Satu tak cukup, perlu makan gaji buta untuk dua jawatan sekaligus? Tak payah sembang kencang puji diri korang sendiri cemerlang. Juga tak payah nak berangan korang perasan cemerlang berdasarkan pujian melambung penyokong2 korang. Itu syok sendiri namanya tue.

- Selepas mereka menang maka automatik buat kerja. Taknak mereka dijadikan alat perhiasan dalam majlis2 jemputan kahwin ke makan2 ke jadi pemberi ucapan ke apa ke. Itu semua AMALAN SAMPAH SARAP. Mereka dibayar gaji untuk buat kerja sudah mendapat pelbagai elaun, gaji lagi, tak cukup itu ada insentif, rumah, kereta, AP lagi mao layan mereka macam dewa padahal mereka sepatutnya digesa untuk terus buat kerja. Adakah gaji mereka berhenti berjalan jika mereka tak buat kerja ataupun lambat buat kerja? Tak kan. Gaji tetap berjalan macam biasa dan sesungguhnya tindakan2 rakyat yang menjadikan wakil2 rakyat ini tetamu VVIP telah MELEMAKKAN wakil2 rakyat ini di satu tahap yang PERASAN BAGOS.

- Kalau lepas menang terus mereka buat pusat khidmat aduan setempat. Kemudian lantik satu atau dua kakitangan untuk mula lakukan tinjauan dan kajian masalah setempat. Kemudian mereka akan susun masalah2 tertentu ikut carta kepentingan. Masalah mana boleh diselesaikan dengan segera. Masalah mana yang perlukan masa. Masalah mana yang memerlukan kerjasama. Masalah mana yang memerlukan rundingan dan siasatan. Mereka sentiasa secara berterusan buat kerja untuk memastikan masalah2 ini dapat diselesaikan secara berperingkat.

- DUN ataupun MP dibolehkan potong gaji setiap kali gagal hadir ke persidangan parlimen ataupun dewan undangan negeri. Bagi kes yang sangat teruk pontengnya, mereka haruslah dipecat dan digantikan dengan orang no 2 yang mendapat undian tertinggi selepas calon yang disahkan menang.

- Pengundi2 diberikan hak untuk membuat laporan/aduan apabila wakil2 rakyat mereka tidak melakukan kerja2 mereka di kawasan yang mereka wakili. Ia dibacakan pula dalam dewan undangan negeri ataupun parlimen bagaimana prestasi wakil2 rakyat ini sepanjang masa mereka berkhidmat. Bila sudah sampai tahap red card, nama mereka tidak lagi boleh dicalonkan sebagai wakil rakyat memandangkan prestasi buruk yang mereka tunjukkan sepanjang masa dilantik sebagai wakil rakyat. Memandangkan tiada sesiapa yang secara konsistennya menjadi kayu pengukur kepada kerja2 wakil rakyat maka mereka sewenang2nya telah melakukan pembulian berskala besar-besaran kepada rakyat di negara ini.Tidak kah kita sedar? Kita bayar mereka untuk kena tindas. Memang nampak macam kelakar tapi memang itula senarionya.

- Singkatan YB ditukar kepada YANG BEKERJA bukan nya seperti sekarang YANG BERHORMAT. Apa benda pula yang berhormatnya? Meluat aku. Cubaan memperbeza2kan darjat sesama rakyat. Cubaan melakukan kasta melalui gelaran2. Ini semua kita patut tolak secara total.

- Setiap wakil rakyat diwajibkan meletakkan no telefon mereka (bukan no PA mereka ke apa ke) untuk memudahkan pengundi2 di kawasan mereka hubungi mereka. Tak perlu call. Hanya perlu wassap/sms sudah cukup. Tak perlu gunakan perantaraan sebab yang dibayar gaji itu mereka bukannya PA2 mereka. Lagipun tiada jaminan yang PA mereka akan sampaikan maklumat/aduan sepertimana yang kita harapkan. Maka kepada wakil rakyat itu sendirila yang harus mengambil tahu setiap aduan2 pengundi di kawasan mereka.

- Amalan meja VVIP kepada wakil2 rakyat harus dihentikan serta merta. Meluat aku. Dorang tue manusia biasa yang bekerja. Macam yang bekerja sebagai peguam, sales person, agent insurans, mekanik, kedai makan dan sebagainya. Kenapa nak buat pengasingan taraf dan darjat kat sini sedangkan perkara ini tak wujud dalam ISLAM? Bukan la aku buta2 nak relate dengan ISLAM tapi dah mereka claim sangat Malaysia neh negara ISLAM so ikut la apa yang korang jaja sangat. Bagi aku, aku lebih suka relate ia dengan kelas kasta. Amalan pengastaan ini sudah sepatutnya dimahsuhkan. Puak mana yang gila babik pergi hidupkan amalan bodoh neh tah. Membeza2kan kedudukan manusia, mengangkat satu golongan, merendahkan golongan yang lain, jadikan duit sebagai penanda aras samada seseorang itu wajar dihormati ataupun tidak, jadikan ilmu yang dimiliki untuk tunjuk power yang sepatutnya digunakan untuk berkongsi. Ini semua amalan yang dibuat oleh umat2 Islam kat negara neh yang claim ISLAM takde amalan KASTA. Yeke takde? Cuba tengok tingkah laku korang dan fikir semula.

- Sesama wakil rakyat lebih suka berbahas membincangkan masalah rakyat, mengenai polisi2 negara, mengenai macam mana nak bantu negara ini bertambah baik, bagaimana nak mengembangkan ekonomi negara, macam mana nak membantu kelas rakyat yang tertindas dengan sistem kapitalis dan riba, macam mana nak bebaskan kelas pekerja dari amalan penindasan majikan, macam mana nak bebaskan kelas miskin dari kepompong kemiskinan, macam mana nak bendung jenayah, nak kurangkan rasuah, daripada serang menyerang isu peribadi, bergaduh pasal jawatan MB, serang musuh politik gunakan modal seks dan tutup rasuah dengan rasuah ataupun sikit2 ugut dan tindas rakyat guna hujah agama yang selalu dibuat oleh BN dan PR.

- Wakil rakyat aku tak tunjuk muka pada hari PRU ataupun PRK tapi dia sentiasa ada disitu pada saat aku sentiasa memerlukan bantuan dia.

- Wakil rakyat yang bersih, tidak terkait skandal dan tidak pula sengaja mencipta skandal selepas dipilih menjadi wakil rakyat. Sentiasa dedikasi mahu melakukan kerja bagi membantu penduduk di kawasan yang dia wakili. Bukannya sibuk dok buat kerja2 berdasarkan kepada arahan parti demi memastikan parti berkembang tapi penduduk di kawasan dia melingkup sebab wakil rakyat tak buat kerja.

- Wakil rakyat perlu belajar kurangkan bercakap dan belajar mendengar masalah aduan rakyat. Ini tidak. Sikit2 forum nak bagi rakyat tahu apa pandangan dorang. Sikit2 forum nak buat sesi penerangan apa yang rakyat perlu faham pasal gerakan dan hala tuju parti. Hell. Dia yang kita lantik untuk bincang dan bahas masalah kita bertukar kepada kita yang jadi pendengar dia untuk setiap kali forum. Haiya. Penat kot. Cuba buat forum untuk kutip satu persatu masalah rakyat di kawasan yang korang wakili lagi bagus la.

- Aku tak perlukan wakil rakyat yang kerja dia asyik muncul di media untuk lambung pemimpin tertentu ataupun untuk kritik pemimpin tertentu semata2 nak tunjuk hero depan big boss parti dia. Wakil rakyat sepatutnya sentiasa mencari jalan untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat dan bukannya hanya sibuk jadi pembodek kepada sesetengah pemimpin dengan memasang niat untuk mendapatkan sesuatu manfaat. Dan nama pun wakil rakyat. Nak bodek parti pergi la jadi wakil parti tanpa babitkan kepentingan rakyat disitu.

Sebenarnya.

Kebanyakkan dari mereka naik berdasarkan amalan favoritism dan buat kerja pun ala kadar aje. Bila dijemput ke kenduri ke apa ke kemain lagi layanan yang diterima macam la dorang buat kerja hebat sangat. Tak juga salah mereka tapi ia adalah rakyat yang bingai p angkat kedudukan wakil rakyat secara berlebih-lebihan. Sehinggakan sampai satu tahap, bila kita kritik mereka kerana tak buat kerja, kita yang kena marah balik. Budaya ini diperkenalkan dan diamalkan oleh rakyat sendiri maka rakyatla yang kena betulkan semula keadaan. 

Wakil2 rakyat nak cakap apa kalau ko tak sediakan meja VVIP untuk mereka? Apa mereka nak cakap kalau ko tak undi mereka disebabkan mereka jadi wakil kepada dua tempat DUN dan PARLIMEN? 

Apa yang mereka akan buat kalau hari2 pengundi2 depa bersatu ahti desak wakil2 rakyat ini sila buat kerja kat blog, facebook, hp, wassap, dan berita? Mereka tak boleh buat apa2. Mereka buntu kat situ. Kalau wakil2 rakyat ini buat forum, pengundi2 depa datang dan balon kaw2 apa mereka nak buat? Mereka tak boleh buat apa2 sehinggala kita sendiri yang benarkan mereka berlebih2an pijak harga diri dan maruah kita. Perangai wakil rakyat lemak bukan la kerana mereka banyak lemak tapi mereka dilemakkan oleh pengundi2 mereka. 

Nampak kat situ bagaimana perangai rakyat sendiri yang poyo nak mampos membantu melahirkan wakil rakyat yang pemalas dan banyak cakap time ceramah aje tapi hasil kerja agak memalukan. Nak2 dapat wakil rakyat yang lari kemain laju selamatkan nyawa masing2 time polis hentak kita. Nyawa kita takde harga nyawa mereka ada harga sebab mereka wakil rakyat dan kita hanya rakyat? Itula pemikiran yang penyokong2 pemimpin paksa korang serap. Selama mana korang bodoh, selama itula korang ditindas.

Suka atau tak suka. Perlu kita akui. Kita sendiri cipta suasana yang tidak adil yang menyebabkan kita mendapat pemimpin2 yang tidak adil. Tapi sampai bila? Dah cukup kot kita ambik masa untuk mengkaji dan mengenalpasti kelemahan kita. Kita perlu masuk ke tahap memperbaiki segala kelemahan2 kita untuk mematikan penindasan ke atas rakyat. Tak guna sembang kencang kutuk ahli politik kalau tak berani nak buat perubahan. Nak tak korang semua ubah pandangan korang terhadap wakil rakyat untuk mendapatkan Malaysia yang lebih baik? Tanya la diri sendiri ye.

** Gambar sekadar hiasan untuk memastikan mata aku sentiasa segar. Ada masalah? Aku suka juga kalau dia jadi wakil rakyat aku. Hari2 ada masalah aku rasa. Terpacak depan rumah dia.

HAHAHAHAHAHA.. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...