Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 27 Ogos 2014

The Malaysian Insider Cabar PAS, Hadi Awang.

Semalam kat sini, TMI lapor Hadi tawar jawatan MB kepada Azmin, tarik beberapa individu dalam PKR dan menyertai UMNO untuk membentuk kerajaan perpaduan di Selangor. PAS, UMNO dan beberapa pimpinan dari PKR. Tapi perkara itu ditolak oleh Azmin. Pengakuan ini dibuat oleh TGHH dalam satu mesyuarat PAS di hadapan AJK PAS PUSAT yang menyaksikan berlakunya satu pertengkaran hebat antara Hadi dan Hanifa dalam bilik mesyuarat tersebut.

Perkara itu dibocorkan oleh AJK Pas Pusat kepada wartawan TMI.

Dan selepas berita itu tersebar, PAS dan Hadi teruk dikecam. Namun, dengan pantas setiausaha politik kepada presiden PAS menafikan kewujudan insiden tersebut dan menganggap ia satu tindakan jahat. Rujuk sini.

Dalam kenyataan penafian PAS itu mereka menjelaskan ;

1. Laporan itu adalah fitnah.
2. Tiada berlaku apa2 perkara seperti yang dilaporkan.
3. TMI perlu bertanggungjawab.
4. Harus lakukan permohonan maaf secara terbuka.

Itu semalam punya kenyataan tau. Tapi korang tengok ek. Sampai sekarang version english mahupun bahasa, laporan tersebut masih boleh diakses dan TMI tak minta maaf secara terbuka kepada PAS pun.

Rujuk sini dan sini.

Kenapa?

Bahkan ini yang TMI sebut ;

 
Ini bukan membayangkan senario. Tapi satu usaha telah dibuat untuk merealitikan senario yang dibayangkan.

Well. Aku tatau la kalau PAS rasa bersatu dengan UMNO itu lebih baik berbanding kekal dengan PR tapi apa yang aku nampak ia hanyalah satu tindakan bangang.

Ko rasa ko dipergunakan oleh PKR, DAP jika duduk dalam PR? Tapi ko yakin ko tak dipergunakan oleh UMNO dan lain2 bila duduk dalam BN? 

Jika tak setuju sekalipun DSWA menjadi calon MB kenapa sampai perlu bawa PAS kepada UMNO? Cakap aje la yang PAS takan setuju. Bukan nya PKR dan DAP tak boleh nak lantik DSWA. Dorang ada majoriti. PAS ada 13 aje kot. 

Macam mana pula tak setuju DSWA jadi MB sampai sanggup bawa PAS kepada UMNO? Tak faham la aku. Bukan aku nak sokong laporan TMI. Tapi mereka mempertahankan isi kandungan laporan mereka. Maknanya kalau PAS atau Hadi berniat amek tindakan pun dorang tak kisah. AJK PAS PUSAT yang bagi maklumat neh oi. Salah seorang saksi yang hadir ke mesyuarat tersebut. Dorang ada saksi. Dorang pertahankan kenyataan saksi dorang. Sekarang apa yang PAS dan Hadi nak buat? Korang tahu tak korang baru aje beri satu gambaran yang UG sedang terbentuk di Selangor? Nampak? Macam mana la tak dijadikan modal oleh geng2 PKR. Haiyaaa.. sendiri cari nahas.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...