Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 26 Ogos 2014

Laporan TMI Adalah Fitnah - Setiausaha Politik Presiden PAS.

Apa laporan itu? Rujuk sini.
Memang laporan itu ada sesuatu yang tak kena. Kenapa tidak namakan siapa AJK PAS Pusat yang melaporkan perkara tersebut kepada wartawan TMI? Tak takut kena saman ka oi? Hadoi ai.
Apa2 pun berikut adalah penafian dari pihak presiden PAS.
Baca ;
KENYATAAN MEDIA RINGKAS

MENAFIKAN LAPORAN BERITA DARI THE MALAYSIAN INSIDER

Saya merujuk kepada berita yang dipaparkan oleh The Malaysian Insider (TMI) pada hari ini, 26 Ogos 2014 dengan tajuknya “Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK Pas Pusat” adalah bukan sahaja tidak benar tetapi juga bertujuan jahat.

Saya yang juga turut hadir semasa YB Mohamed Azmin Ali mengunjungi YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini juga ingin menjelaskan bahawa intipati perbincangan adalah berkisar kepada perasaan terima kasih YB Azmin Ali kepada YB Tuan Guru yang mencalonkan nama beliau sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 17 Ogos lalu, selain dari meminta kata nasihat dan pandangan secara umum sebagai panduan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Tiada disebut langsung mengenai kerajaan perpaduan bersama UMNO seperti yang didakwa. Pihak kami amat kesal dengan fitnah yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan rakyat dan pihak TMI bertanggungjawab untuk melaporkan penafian ini dan meminta maaf secara terbuka.
DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
26 Ogos 2014
Siapa yang menipu?
AJK Pas pusat yang sampaikan maklumat kepada The Malaysian Insider?
TMI yang reka cerita?
Presiden PAS menipu untuk control damage?
Tatau aku. Layankan aje drama dorang neh macam mana.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...