Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 28 Ogos 2014

Khir Toyo, Berhenti Memperbodohkan Orang Dan Tolong Masuk Penjara Sekarang.

Tahun 2011.

Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta. Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.-SH-

Dan selepas dia dijatuhkan hukuman dia melakukan rayuan bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman. Hukuman yang dia terima ada dua.

1. Penjara selama setahun.
2. Dilucutkan hak ke atas harta (hartanah terbabit yang menjadi main point perbicaraan) dan diserahkan kepada kerajaan.

Kedua2nya telah ditangguhkan hingga ke hari ini.

Dan ianya bukan perkara baru si Khir Toyo membuat penangguhan demi penangguhan.

Rujuk sini, sini dan sini.

Dan terbaru ialah pada hari ini. Rujuk sini.

Aku terasa seperti diperbodohkan. Sebelum2 ini bagi macam2 alasan antara yang paling kerap digunakan ialah atas sebab2 yang tak dapat dijelaskan. Yang terbaru guna alasan sakit. Dimasukkan ke hospital sebab sakit kepala dan migrain yang berpanjangan.

Sentiasa kebetulan dia sentiasa ada alasan untuk setiap kali tarikh perbicaraan tiba. Hukuman penjara selama setahun bukan la berbaloi untuk kesalahan yang dia lakukan. Dia bahkan perlu dikenakan hukuman yang lebih berat dari itu. Itupun hanya satu kes sahaja yang dibicarakan. Kalau la kita neh cukup jujur, sudah tentu ber-kes2 pendakwaan yang dibuka ke atas Khir Toyo. Oleh kerana kita tidak jujur, tidak telus, tidak amanah dan tidak mementingkan keadilan maka hanya satu kes sahaja yang didakwa ke atas Khir Toyo. Oleh kerana undang2 kita tidak bersifat adil maka hanya setahun sahaja dikenakan kepadanya. Untuk hadap setahun dalam penjara pun Khir Toyo sudah merasa seksa tapi bagaimana pula dengan ratusan ribu rakyat Selangor yang dinafikan haknya oleh ketidakadilan yang berlaku sepanjang masa Khir Toyo mentadbir Selangor. Ada pernah fikir? Ada pernah menyesal? Ada pernah minta maaf? Ada pernah rasa bersalah? Ada pernah rasa takut pada tuhan? Ada pernah rasa sukar nak bernafas bila mengenangkan dosa2 kita? 

Dari tahun 2011 sampai la ke tahun 2014, Khir Toyo tidak langsung dipenjarakan. Kalau la dia terus masuk penjara pada tahun 2011 maka dia dah boleh keluar pada tahun 2012. Pada tahun 2014 dia tak perlu sakit kepala atau migrain memikirkan isu hukuman penjara yang dia hadapi. 

Sungguh pun dia pernah buat kenyataan bahawa kes dia merupakan satu konspirasi politik pada tahun 2013, rujuk sini, tapi adakah ianya benar2 merupakan satu konspirasi politik? Adakah dia dipaksa oleh sesiapa untuk melakukan kesalahan ketika menjadi MB Selangor? Bagaimana ia boleh dianggap sebagai satu konspirasi politik apabila dia dengan sedar dan rela ahti melakukan kesalahan tersebut?

Jika ia dianggap sebagai satu konspirasi politik hanya semata2 hanya dia sahaja yang didakwa sedangkan berlambak2 lagi pimpinan BN yang melakukan kesalahan yang sama tidak didakwa sepertimana dia, jadi kenapa dia diam? Kenapa dia tak dedahkan apa yang dia tahu agar pimpinan2 yang lain juga boleh diambil tindakan? Bukan kah itu maksudnya dia juga bersubahat? Apabila dia tahu seseorang sedang melakukan kesalahan tapi dia tak pula bertindak untuk membetulkan keadaan, apa beza dia dan mereka2 itu? Adakah ini konspirasi politik?

Ini bukan konspirasi politik kalau ko nak tahu. Ini namanya aku tak puas ahti jatuh sorang2. Tapi nak melawan mereka pun tak guna sebab aku akan kena dengan lebih teruk lagi. Siapa tahu berapa banyak kesalahan aku yang mereka simpan sebagai jaminan?

Ini perkara biasa dalam politik negara kita. Yang lebih teruknya sudah la mahkamah macam sial aje membiarkan ketidakadilan berlaku terang2an di negara ini, rakyat kita juga tiada mood untuk melawan habisan2 akibat ditekan dengan faktor kekangan kewangan. Sembang kencang memang boleh. Nak minum air kalau takde duit pun tak lepas. Nak pergi tandas pun 20sen. Maka kita layan aje la babak demi babak yang bakal dipertontonkan oleh barisan peguam Khir Toyo. Mungkin sampai ke sudah dia takan masuk penjara. Jadi kalau pengakhirannya dia takan dihukum maka apa perlunya dibicarakan kes dia dari awal lagi? Buang masa dan buang duit pembayar cukai. Sudahla kita dakwa dia sebab salah guna kuasa dan untuk dakwa dia pun duit pembayar cukai digunakan tapi akhirnya takde apa satu hasil pun. Dari tahun 2011 sampai ke tahun 2014, hanya nampak wayang penangguhan demi penangguhan. Tak boleh aje ke dia terus masuk penjara dan bersihkan diri dari hidup berpura2 untuk jalani kehidupan yang tenang? Nak mengelak sampai bila? Hanya kerana dia berduit, dan rakyat macam kita tiada duit, begini la keadilan di negara kita berjalan. Segala2nya ditentukan dengan berapa banyak duit yang kita miliki dalam poket. Menyakitkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...