Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 30 Julai 2014

Wan Azizah Bersedia Jadi MB Selangor.

Tahniah.


Dari awal lagi bukan isu jantina aku tekankan. Lebih kepada isu kredibliti. Parti sendiri huru hara pun tak dapat diselesaikan. Baling kerusi sana sini. Blackout. Pemilihan kotor. Teruk. Bergaduh. Peti dilarikan. Bergaduh atas pentas. Bertumbuk. Rosakkan kedai makan orang. Itu semua WAN AZIZAH GAGAL SELESAIKAN.

Dan dia nak jadi MB pula?

KAH KAH KAH

Tak la kan aku setuju. Sapa pun penganti Khalid haruslah lebih baik dari Khalid. Ini point aku. 

Lantak la depa nak tukar MB. Lantak la apa2 jantina nak jadi MB. Lantak la apa2 bangsa dan agama sekalipun be it atheis. Haram aku peduli.

Janji dia perform. Buat kerja. Adil. Bukan boneka. Tiada agenda peribadi.

Ini..

KAH KAH KAH

Lue fikirlah sendiri ek.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia merupakan tugas dan tanggungjawabnya untuk mengambil alih peranan sebagai Menteri Besar Selangor apabila parti sudah pun membuat keputusan berhubung perkara itu.
"Semua jawatan yang saya pegang adalah satu tanggungjawab.
"Malah tanpa jawatan pun, ia merupakan khidmat kepada rakyat," katanya pada majlis keagamaan di masjid Permatang Nibong di sini, Rabu.
Mengenai dakwaan sebagai MB bahawa beliau sekadar "boneka" kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah berkata: "Beliau berada di penjara ketika saya dilantik sebagai presiden (parti).
"Mereka boleh mengkritik apa sahaja yang mereka mahu, tetapi kita mempunyai satu pasukan dan kerja sepasukan yang kita tekankan di sini," katanya.
Majlis Pimpinan Pusat PKR pada minggu lalu mencadangkan Dr Wan Azizah untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor.
Pada Rabu lalu, keputusan parti untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipersetujui secara dasar oleh rakan sekutu Pakatan Rakyat, DAP dan PAS.
Bagaimanapun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat lalu mempertahankan Khalid dengan menyatakan bahawa beliau mahu Menteri Besar Selangor itu dikekalkan.
Mengulas kenyataan Abdul Hadi itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, kenyataan Presiden PAS itu adalah pandangan peribadi dan bukannya pendirian rasmi parti.
Mursyidul Am PAS, Datuk Niz Abdul Aziz Nik Mat turut menyokong pandangan Abdul Hadi dengan menyatakan bahawa Khalid tidak melakukan sebarang kesalahan. -MSTAR-

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...