Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 1 Ogos 2014

DAP Umum Menyokong Penuh Wan Azizah Sebagai MB Baru Selangor.


Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng menyuarakan sokongan penuh parti itu terhadap cadangan meletakkan presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor akan datang.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata parti yang menganggotai Pakatan Rakyat akan bermesyuarat pada 10 Ogos dan antara agenda utamanya ialah membincangkan sama ada wanita boleh menjadi Menteri Besar.

Katanya, menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, cadangan PKR itu ditolak pihak tertentu dengan alasan Dr Wan Azizah adalah wanita.

"Dalam mesyuarat Pakatan itu nanti, kami perlu atasi halangan pertama dengan meminta semua pemimpin daripada PKR, DAP dan Pas menyatakan bahawa mereka tidak membantah wanita menyandang jawatan Menteri Besar.

"Kami perlu buat pendirian itu untuk membuktikan kami bersifat inklusif dan menyokong kepelbagaian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.  

Lim mempersoalkan sama ada terdapat peruntukan dalam Perlembagaan bahawa wanita tidak boleh menjadi Menteri Besar.

Laporan sebelum ini menyebut pemimpin PKR, Pas dan DAP - parti yang menganggotai Pakatan Rakyat - menyuarakan pelbagai pendapat tentang cadangan PKR menggantikan Menteri Besar Selangor sekarang (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dengan Dr Wan Azizah.

Sambil menafikan Pas sedang dalam proses untuk meninggalkan Pakatan Rakyat akibat perbalahan berkaitan jawatan itu, Lim menggesa semua pemimpin pakatan itu supaya tidak kehilangan arah berikutan cadangan PKR untuk mencalonkan Dr Wan Azizah mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.

Bulan lepas, presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan mengisytiharkan secara terbuka beliau menyokong Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor, walaupun Anwar mengumumkan bahawa Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat bersetuju dengan cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dengan Dr Wan Azizah. - Bernama


============

DAP dan PKR bersetuju sebulat suara dengan Wan Azizah sebagai MB baru Selangor.

Penambahan.

1. Belum pun 10 Ogos, dan DAP slumber aje keluarkan statement mendahului keputusan mesyuarat PR.

2. Setakat nak gunakan hujah2 yang UMNO sokong Khalid (sebab UMNO jadi batu api now) dan PAS sokong Khalid maka wujud unsur2 UG baik tak payah. Selama neh MCA dan DAP sekufu dalam banyak hal antaranya HUDUD, NEGARA ISLAM, ISU ARAK, PENTERNAKAN BABI dan juga isu persekolahan jenis cina dan tamil.. takde pula kedengaran DAP dan BN terlibat dalam UG apa bagai. Setakat bersetuju dalam beberapa perkara, hal biasa dalam politik. Konsensus Nasional PKR dan BN pun sekufu dalam banyak hal. Jangan sikit2 nak kait orang dengan UG kot. Dan satu lagi, apa yang UMNO buat sekarang ialah mengambil kesempatan di atas apa yang sedang berlaku di Selangor. 

3. Uruskan proses penukaran MB Selangor dengan baik. Teratur. Aku tak rasa orang marah kerana nak tukar MB. Orang marah sebab proses dia kelam kabut sambil diselami dengan elemen penipuan, kelentong sana sini dan fitnah meroyan semua cukup. Lepas tue dengan muka tak malu cakap ia dibuat demi rakyat. Apa benda kau neh? Demi rakyat ke korang berebut kuasa? Demi kepentingan diri sendiri dan parti2 korang la. Mengaku aje sudah. Kan senang. Jujur ma.

4. PAS mula2 aje tak bersetuju. Lama kelamaan akan bersetuju juga. Korang tengokla nanti.

HA HA HA

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...