Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 30 Julai 2014

DAP Gila. PKR Gila. PAS Gila. Semua Sudah Gila.

FAK !!!!!!



Hentikan kegilaan ini. Tolongla.

Part 1 : Kajang movie punca pergaduhan.

Propaganda yang bermula dari PKR kini meleret2 hingga mungkin menyebabkan PAS keluar dari PR. Dorang sembang kencang bagitau permuafakatan dengan UMNO akan menyebabkan PAS keluar dari PR tapi dorang tak sedar diri hentaman dan tindakan diskriminasi yang dibuat oleh PKR terhadap PAS juga memungkinkan situasi yang serupa. 

Faktor luaran = campurtangan UMNO (ambil kesempatan mengapi2kan)

Faktor dalaman = sikap double standard yang ditonjolkan oleh PKR terhadap PAS.

Asal usul propaganda = KAJANGMOVIE.

Tujuan propaganda = SINGKIRKAN KHALID.

Punca kepada propaganda = KHALID enggan berkompromi dengan PKR dalam pengurusan kewangan Selangor. Khalid masih meneruskan pemberian tender kepada syarikat2 kroni UMNO. Bacaan ahli2 PKR, Khalid proksi UMNO, tak tolong geng sendiri tapi tolong UMNO. Bacaan Khalid, pengagihan tender ikut kelayakan, bukan ikut parti.

Propaganda PKR = Singkir Khalid + tanam ketidakyakinan rakyat kepada Khalid, bentuk persepsi negatif dan serong terhadap Khalid, pujuk semua adun PKR untuk singkirkan Khalid, lakukan sesi penerangan kepada adun PAS + DAP dan pemimpin2 pusat DAP dan PAS supaya mereka semua bersetuju untuk singkirkan Khalid. Pujuk bukan pujuk kosong. Rayu bukan rayu sokong. Sokong bukan sokong kosong. Allah tahu apa yang PKR buat. Hanya kerana aku tak menulis secara detail ia bukan bererti Allah tidak tahu. Diri kita lebih jelas apa yang kita janjikan pada orang.

Pertahanan Khalid = Semua yang bekerja dengan Khalid. Semua yang mempercayai kredibliti Khalid dan semua yang mahu bersama Khalid. Pemimpin2 PAS yang bekerja dengan Khalid selepas PRU aku tak pasti samada Khalid pilih mereka atas kelayakan ataupun atas dasar mereka bersetuju dengan kedudukan Khalid sebagai MB. Yang neh aku takan ulas macam aku tahu semua perkara. Yang aku tak tahu aku akan akui aku memang tidak tahu.

====================

Part 2 : Pakatan Rakyat menuju perpecahan.

Inilah asal usul kepada pergolakan dalam PR di Selangor ketika ini.

UMNO. BN. Tiada kaitan. Apa yang UMNO dan BN buat sekarang ialah cucuk jarum, tambah laga2kan dan ambil kesempatan di atas apa yang sedang berlaku.

Bacaan situasi ;

PKR = Hampir kesemua bersetuju dengan penyingkiran Khalid.

DAP = Lebih dari separuh bersetuju dengan penyingkiran Khalid.

PAS = Kurang dari separuh bersetuju dengan penyingkiran Khalid.

Hujah yang bersetuju ;

1. Khalid enggan bekerjasama

2. Khalid gemar buat pendapat sendiri, tidak mendengar pendapat jauh sekali menerima nasihat.

3. Faekah Husin problem maker penyebab Khalid ditolak.

4. Semua 'PENSETUJU' Khalid KEKAL = MACAI KHALID + DIBAYAR KHALID + BEKERJA DENGAN KHALID + TIDAK MEMAHAMI PERKARA SEBENAR.

Hujah yang tidak bersetuju ;

1. Khalid perform buat kerja.

2. Khalid tidak banyak bermain politik.

3. Rakyat beri mandat kepada PR disebabkan peranan yang dimainkan oleh Khalid.

4. Khalid tidak terlibat dengan penyelewengan dan rasuah.

5. Semua 'PENSETUJU' KHALID JATUH = MACAI PKR + MACAI AZMIN ALI + ANWAR IBRAHIM + DIBAYAR OLEH PKR + BEKERJA DENGAN PKR + BERNIAT HABISKAN RIZAB 3B.

HAKIKAT = Yang bersetuju dan tidak bersetuju kedua2nya menggunakan hujah betul dicampur dengan persepsi, fitnah dan meroyan. Yang betul tue betul la. Fakta. Sahih. Tapi bila start gunakan hujah merapu, mengarut diselit dengan elemen label melabel, musuh memusuhi, karut mengaruti maka ianya akan dianggap tidak benar. FAK. Ini bukan cara nak memperjuangan kebenaran, BANGANG.

===================== 

Part 3 : Gagal uruskan perbezaan dengan baik.

Untuk yang tidak bersetuju + yang bersetuju jika sudah sebulat suara solid menggunakan mesyuarat sebagai jalan penyalur informasi, bertukar maklumat, berkongsi pandangan dan meraikan kepelbagaian maka stick la kepada keputusan itu.

PKR dan DAP jangan berbuat perangai macam lahanat jika korang mahu melabelkan kelahanatan PAS.

PKR buat mesyuarat parti. Hasil mesyuarat MPP memberikan satu keputusan. Keputusan itu ialah tolak Khalid dan angkat Wan Azizah. Keputusan itu hanya mewakili PKR semata2. 

Dan, PAS keluarkan statement. Kami mahu kekalkan Khalid. Tujuan PAS keluarkan kenyataan ialah merujuk kepada tindakan PKR sebelum itu iaitu mahu menolak Khalid. Ini kronologi yang perlu difahami. Jangan main langgar aje bhai.

SEBAB?

Rakyat bertanya.

Macam mana pula dengan PAS? Apa pula keputusan DAP? Apa yang berlaku sekarang neh? Maka, PAS keluarkan statement. Ia adalah statement yang sama ketika berlaku KAJANGMOVIE. KAJANGMOVIE ialah satu PROPAGANDA POLITIK yang mahu MENJATUHKAN KHALID SEBAGAI MB yang mana PEMBACA2 BLOG INI TIDAK MAHU TERIMA HAKIKAT. Aku pernah menulis dulu. Masa akan membuktikan ia dan kini masa itu telah tiba. HA HA HA.

PAS keluarkan STATEMENT ULANGAN. PENEGASAN KEPADA PENDIRIAN ASAL. IAITU STICK KEPADA KHALID IBRAHIM. UNTUK RE-ENLIGHTEMENT kepada penyokong2 PR yang berada dalam kekalutan apabila PKR issuekan statement untuk menukar KHALID kepada WAN AZIZAH.

Keputusan gantikan KHALID kepada WAN AZIZAH ialah keputusan parti PKR semata2.

Keputusan kekalkan Khalid kepada Khalid ialah keputusan PARTI PAS semata2.

Jika PAS perlu menghormati pendirian PKR maka apa sebab pendirian PAS tidak boleh dirai oleh PKR?

Nampak tak permainan lahanat2 PKR kat sini?

PKR boleh keluarkan keputusan mesyuarat parti. Tapi PAS tak boleh keluarkan statement yang sama? Keputusan mesyuarat PAS adalah merujuk kepada pendirian PAS ketika Kajangmovie. Inila yang PAS ulang sebut. Bagaimana ini boleh dijadikan MASALAH tetapi tindakan PKR itu dibolehkan pula? (nota : PKR membelakangkan PAS dan DAP dalam membahas tindakan langkah Kajang yang mengumumkan pengunduran wakil rakyat untuk memberikan laluan kepada DSAI bertanding sebelum diganti Wan Azizah. PKR juga pada mulanya menafikan penglibatan DSAI tapi akhirnya memang terbukti DSAI dinamakan sebagai calon sebelum diganti Wan Azizah. PKR juga menafi Kajang movie untuk ganti Khalid tetapi akhirnya terbukti langkah Kajang untuk tukar MB bukannya laluan menuju Putrajaya).

=============================

Part 4 : Semua yang tak bersetuju dengan Anwar dan PKR ialah geng UG.

Ini memang babik.

PAS bersetuju dengan kepimpinan Khalid <-- Hadi UG.

PAS mahu kekalkan Khalid <-- UG masuk ke dalam PAS.

PAS tidak bersetuju dengan PKR blabla... <-- PAS UG.

PAS mahu hudud dan UMNO mahu berbincang.. <-- PAS UG LAGI.

PAS UG. UG PAS. PAS UG. PAS AGENT UG. UG AGENT PAS. PAS UG BARU BERKAHWIN. BABIK APA NEH?

DIHARAMKAN DALAM KITAB AL-PAKATANRAKYAT UNTUK PAS berbeza dengan PKR. Jika berlakunya perbezaan maka PAS ialah agent UMNO. PAS ialah UG. DAN PAS layaklah dikutuk kerana berbeza pendapat tadinya.

Lihat kepada content. Bukan lihat berdasarkan sentimen emosi kau. Jangan nilai ikut partisan. Apa sahaja kedudukan dan sapa sekalipun bayar gaji kau itu kau punya pasal tapi start ko buat tuduhan karut marut maka ko memang bangang. Dan sampai bila ko nak hidup dengan mengungkit2 kisah silam? Katakanla. Kisah silam (nota : jangan lupa kisah silam perjanjian Anwar PKR dengan Najib BN di Indonesia) itu dibangkitkan dengan UG RELOADED ko yakin UG itu berlaku disebabkan PAS mahu kepada UMNO ataupun disebabkan PAS nak mengajar PKR supaya jangan BESAR KEPALA? PKR dan DAP gagal menguruskan perbezaan dengan betul. Ya betul, PAS juga melakukan perkara yang serupa. Bila masing2 gagal uruskan perbezaan dengan betul di media maka jalan selamat ialah masing2 jangan la buka mulut di depan media, BANGANG.

Dalam meraikan kepelbagaian, PAS berhak suarakan apa2 pendapat di media secara terbuka ini kerana PKR dan DAP juga meraikan kepelbagaian pendapat dengan PAS dalam pelbagai perkara, juga di OPEN-SPACE.

Jika PAS perlu menerima kepada kepelbagaian pendapat, PKR dan DAP juga perlu melakukan hal yang sama. Jangan hanya mengharap kepada penerimaan tetapi dalam waktu yang sama bersikap menolak. (Nota : PKR melarang PAS berbincang hudud dengan UMNO dalam waktu yang sama ANWAR PKR boleh berbincang isu PRU dengan Najib UMNO).

================================= 

PART 5 :  Pendedahan mesej wassap yang mengkhianati kepelbagaian pendapat.

Ini seriyus aku tak setuju. Aku bukan mahu pertahankan sapa2. Mana2 kenyataan racist dikeluarkan oleh sesiapa secara terbuka aku tak setuju dan tidak akan bersetuju (Nota : jangan lupa ada page **calon PKR yang bertanding pemilihan parti juga menulis komen di facebook yang mahukan kemenangan oleh calon melayu berbanding calon cina, aku lupa pula nama si mangkok ayun tue sapa). 

** mungkin admin yang update ataupun individu itu sendiri.

Aku tatau sapa yang dedah tetapi kepada si pendedah ko memang buat kerja bangang. Maaf. Aku jujur bangat. Ada sebab kenapa aku cakap ko BANGANG.

Kita semua tahu setiap partisan mempunyai agenda sulit masing2. Itu satu. Yang kedua. Kita semua juga tahu setiap dari kita berbeza pendapat disebabkan situasi / kedudukan yang kita sedang berada ketika itu. Apa kedudukan Zuhri. Apa manfaat diraih Zuhri ataupun apa sebab Zuhri menaip perkara itu aku tatau sebab tidak mengikuti perbincangan dari awal. 

Tetapi ;

1. MEMANG BODOH SANGAT NAK MENILAI ORANG BERDASARKAN MESEJ YANG DIPOTONG2.

2. MEMANG BODOH SANGAT MENGGUNAKAN ISU TERSEBUT UNTUK MENGHALALKAN PROPAGANDA KAJANG MOVIE BAGI MENJATUHKAN KHALID IBRAHIM (senang cakap ambek kesempatan la).

==============================

PART 6 : Zuhdi si racist.

Aku setuju mesej tersebut memperlihatkan ZUHRI si racist.

Tapi, Zuhdi saja ke dalam PAS yang racist? Siapa label siapa apa dengan apa2 gelaran dalam mana2 parti pun ada. Sapa pernah berjumpa, berborak dan lalui 'proses perbincangan' pasti faham apa yang aku sampaikan.

Nak balon Zuhri, balon juga la puak2 yang racist dalam PKR dan DAP. Kenapa nampak RACIST si Zuhri aje? Lagi pula. Nampak pula si Zuhri neh GILA KUASA ye. Yang si MANSOR gila kuasa di PENANG (nak jadi DUTA sangat) sampai HUBUNGAN dia dengan LGE berantakan (lepas tue buat wayang depan MEDIA) tak kena kutuk pula ek? Cuba tanya MANSOR kenapa dia tukar tempat dia bertanding pada PRU yang lepas. Allah tahu sangat apa penipuan PKR disitu.  Mana puak2 PKR yang macam LAHANAT SANGAT TUE? Kesalahan parti orang lain korang nampak. Perbesarkan. Huru-harakan. Laga2kan. Api2kan. Kecohkan. Bising sangat. Tapi kesalahan pemimpin sendiri? Parti sendiri? Diri sendiri?

Nanti dulu.

Kita tutup buka sudah. Kitab Al-PAKATANRAKYAT melaporkan fatwa adalah wajib mendedahkan kesalahan orang dan kesalahan diri you ulang i saman? Macam tue ka? Ataupun semua orang memang bersalah tapi parti sendiri adalah suci gila babik punya maksum nak mampos tak boleh kena kritik dan sesiapa mengkritik PKR maka dia adalah UG?

Macam tue ek?

Nampak sangat emosi lak aku kat sini. Demm. 

Kesimpulannya. Jika mahu membalon si RACIST maka balon la semua. Jangan memilih melakukan balonan terpilih. Racist Ngeh tak nampak? Racist si Nga tak nampak? Racist2 dalam DAP tak nampak? Racist2 dalam PAS aje yang korang nampak dan kritik? Hentam la semula sekali. Jangan lakukan hentaman terpilih beb. DAP neh punya racist mengalahkan MCA dan GERAKAN. Kurang2 pemimpin2 GERAKAN dan MCA pandai juga berbahasa melayu. DAP? DAP? DAP? Sedikit darinya memahami apa maksud rakyat Malaysia. Banyak dari mereka beranggapan mempelajari, memahami dan bertutur dalam bahasa kebangsaan merupakan TINDAKAN RACIST lagi berniat JAHAT ke atas diri mereka. Ini korang taknak terima FAKTA dan HAKIKAT? 

Itu sebab LGE berusaha bercakap BM kadang2 di laman sosial. Bukan semata2 nak tunjukkan dia tak racist bahkan nak seru pemimpin2 DAP yang racist nak mampos tue untuk buangkan sikap racist juga. Mat saleh bukan semua nya penganut ISLAM. Tapi dorang tahu kenapa RACIST ini ialah BULLSHIT. Jika mat saleh pun nampak RACIST ini BULLSHIT walaupun bukan penganut ISLAM kenapa pula sesetengah orang2 ISLAM cuba mengaitkan cina2 DAP ini racist disebabkan mereka bukan beragama ISLAM? Nampak tak betapa BONGOKNYA perangai puak2 lahanat dalam komuniti ISLAM tue? Kita bercakap pasal membanteras racist tapi bila ada pemimpin2 DAP yang bersikap racist kita bela. Adil kah?

Sekali lagi aku ulang. Statement racist dari ZUHRI adalah BULLSHIT. Aku tak sokong. Aku tak sokong semua point2 dia pasal BIBLE dan semua sekali. Tetapi walaupun statement dia RACIST tapi aku meraikan kepelbagaian pendapat dan mengalu2kan perbincangan dalam wassap. Itu ialah pendapat dia secara peribadi. Melarang atau menghalang dia dari mengeluarkan apa2 pendapat meskipun pendapat itu ialah bersikap racist itu bermaksud menyekat hak kebebasan bersuara dia.

A mengeluarkan hujah. B tidak suka hujah A dan membalas hujah A.

Itu proses yang patut berlaku.

Bukannya. A mengeluarkan hujah. B tidak suka hujah A dan sebarkan di seluruh media internet dengan mengharapkan orang ramai balon A apabila dia gagal meluruskan hujah A yang diperlihatkan racist itu.

Ini bukan forum terbuka. Forum terbuka memungkinkan orang ramai masuk campur dan membalas hujah. Ini ialah forum tertutup. Dengan menjadi diri sendiri kita keluarkan hujah. Fine. Orang lain pula baca. Apa perasan kita kalau kita tengah berbincang2 dalam forum tertutup dan orang dedahkan kita punya pemikiran dengan niat untuk memburukkan situasi supaya penyingkiran Khalid berlaku dengan lebih cepat? Ini, adil kah?

Kita neh bagus sangat ke menulis di inbox, wassap dan sebagainya? Cermin diri sama la wei.

===============================

PART 7 : Muhd Taib adalah 'ahli' PKR.

Dalam blog RPK tak silap aku, ada menulis perkara tersebut. Kalau ikut dari pembacaan aku, analisis penulisan itu sangat tepat dengan kronologi penceritaan tersebut. Pengajaran yang perlu diambil oleh PAS, PKR dan DAP sekalipun, berhati2 la dengan sesiapa yang masuk ke dalam parti kamu dengan niat melakukan sesuatu agenda peribadi.

Muhd Taib berhak berbeza pendapat dengan PAS dan TGHH. Namun perlu melakukan ia dalam context yang betul. Muhd Taib tidak perlu melabel TGHH terlalu gopoh mengeluarkan statement. Terus kepada content dan apa yang paling penting jangan BANGANG sangat melarang orang bersuara dalam waktu yang sama ko sendiri mengkritik orang secara terbuka. Ini perangai lahanat apa yang ko bawa neh setannnnnnnn.

A : Pongpangpongpang Khalid.. sokong blablablabla..

B : Woit bangang. Lue jangan suka2 cakap.. pongpangpongpang.. sokong Khalid..lue tak berhak bersuara blablabla.. lue gopoh.. blablabla.. lue kena tunggu mesyuarat blabla..

Ahhhhhh babik la.

Aku memang mendidih dengan geng2 EX UMNO neh.

A menyatakan sokongan secara terbuka. B larang tindakan A, dalam waktu sama dia sendiri menyatakan sokongan kepada penyingkiran Khalid secara terbuka. A sebagai presiden parti dilarang menyokong sebab mesyuarat PR pada 10 Ogos belum bermula lagi. Tapi B boleh pula menyatakan sokongan mendahului keputusan mesyuarat?

Nanti dulu C. Nanti dulu. C = (penjilat tegar PKR) pula datang dengan hujah. Lue cerdik sikit la AMENO. B bersuara atas kapasiti peribadi. A atas kapasiti parti. Nanti dulu lahanat2 PKR. Nanti dulu. PKR hari tue bersetuju untuk tukar Khalid secara terbuka atas kapasiti parti kan? Apasal PAS tak boleh lakukan perkara yang sama? PAS juga melalui proses mesyuarat dan mesyuarat mahu PAS mengekalkan Khalid. Ini ialah RESPON kepada TINDAKAN PKR yang BERSUARA SECARA TERBUKA UNTUK MENYINGKIRKAN KHALID. 

TENGOK KEPADA KRONOLOGI SAMA SEBELUM NAK TUNDING JARI.

========================

PART 8 : TGHH sokong Khalid kerana menantu.

Ini satu lagi hujah bangang. Nepotisme TGHH semua nampak. Jaja apa bagai. Tapi nepotisme dalam PKR macam mana? Sedar ke tak sedar si Wan Azizah tue isteri Anwar Ibrahim? Sedar ke tak sedar yang Wan Azizah gagal uruskan pemilihan parti baling kerusi dengan baik, gagal letakkan calon2 berkebolehan yang mampu buat kerja di kawasan yang diwakili, gagal selesaikan masalah Azmin, gagal uruskan masalah dalaman parti, tapi sibuk pula nak jadi MB? Sedar ke tak sedar Wan Azizah tue BONEKA ANWAR IBRAHIM?

DUNIA neh jadi HURU HARA sebab masing2 taknak terima FAKTA.

Kalau kita semua terima fakta, menjadi jujur dengan diri sendiri dan sekeliling, maka lebih mudah la kita nampak permasalahan yang sebenar dan lebih senang la kita fikirkan alternatif untuk menyelesaikan masalah berbangkit. 

Katakanla. Memang betul TGHH berdiri di belakang menantu. Tapi bagaimana pula dengan Anwar? Bagaimana pula dengan PKR? Bukan kah mereka sendiri berdiri di belakang INDIVIDU dan bukannya kepada IDELOGI dan PERJUANGAN?

Untuk rekod, aku tak sokong kedua2 individu di atas.

TGHH = perlu digantikan untuk reformat PAS ke arah yang lebih baik dan berkredibliti. PAS di bawah TGHH hancur berderai takde kualiti langsung.

Anwar = perlu diganti untuk reformat perjuangan PKR yang dah lari arah. PKR ialah perjuangan mengenai individu dan bukan untuk rakyat lagi dah macam awal2 penubuhan mereka.

Ini sepatutnya yang pejuang2 keadilan berfikir. Mana mungkin ko sokong TGHH dan balon Anwar ataupun sokong Anwar dan balon TGHH. Ko tak sepatutnya berpihak kepada sesiapa pun kalau KEADILAN itu ko SEMBANG KENCANG, BANGANG!

==============================

Part 9 : PR kuat di Selangor kerana rakyat sokong PR bukan sokong Khalid semata2.

One man stand tidak berlaku di Selangor. Khalid memainkan peranan kepada membantu kepada kemenangan tetapi bukan faktor2 utama kepada kemenangan. Campur sana sikit, sini sikit maka dapatkan kemenangan. Ada banyak faktor2 yang mempengaruhi kemenangan PR di Selangor. Khalid yang bebas dari unsur2 korupsi hanya sebahagian kecil darinya.

Tapi. Apa. Rakyat sokong PR?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

WOITTTTTT PARTI BALING KERUSI. JANGAN PERASAN BAGUS. PARTI TAK BALING KERUSI MACAM DAP dan PAS pun jangan perasan BAGUS. Parti yang lembik nak MAMPOS macam PSM pun jangan perasan BAGUS.

Hakikatnya. Rakyat sebulat suara menolak penindasan, kezaliman, ketidakadilan, double-standard, amalan penyelewengan, rasuah, pengabaikan ke atas rakyat yang menyebabkan rakyat memangkah PR. Itu adalah kerana kebencian kepada UMNO mengatasi KEBENCIAN KEPADA PR. Ini fakta yang PKR, PAS dan DAP perlu telan. Belajar terima fakta la oi.

========================

Part 10 : Ungkit kesalahan lampau.

PKR ungkit kesalahan lampau PAS. Dan PAS ungkit kesalahan lampau PKR. Dan masing2 main ungkit mengungkit dengan DAP menjadi parti pemerhati. DAP sentiasa bijak berstrategi walaupun dalam diam.

PKR ungkit kesalahan lampau PAS. Ataupun berlakunya satu2 pendedahan = modal DAP untuk berhujah dalam mesyuarat bagaimana nak menanggani tindakan tersebut.

Perkara yang sama bila PAS mengungkit kesalahan lampau PKR. Tak nampak ke betapa BANGANGNYA SI PAS dan PKR neh sebab main ungkit mengungkit dan dedahkan kesalahan masing2 secara terbuka macam lahanat di media2?

Cakap Khalid buta politik. Tapi PKR neh lagi bodoh nak mampos pasal politik tak sedar diri pula.

Kalau dah berpendirian mahu menunggu hasil mesyuarat pada 10 OGOS maka masing2 mula la tutup mulut dan tunggula hari mesyuarat itu tiba. Berhujah la macam bagus2 dalam mesyuarat itu nanti. Baling la parang ke, periuk ke, mangkok ke, batu ke, bertumbuk2 ke pecah kepala ke berperang ke bercium ke apa ke pada hari itu nanti.

Sehingga hari itu belum tiba maka berhenti la ungkit kesalahan2 lampau masing2. Takde faedahnya korang semua ungkit mengungkit apa yang dah berlaku kalau pengakhirannya bertujuan mahu menjatuhkan kawan2 sendiri. Kalau berniat nak bermuhasabah diri takpe juga. Ini nak tunjuk aku lagi bagus dari kau. Untuk apa semua itu? 

================

PART 11 : Semua parti sudah gila. Semua penyokong PR sudah gila. Dan rakyat turut sama jadi gila.

Btw, bagus sangat ke PKR neh berbanding PAS ataupun bagus sangat ke PAS berbanding PKR? Aku nampak kedua2nya tak la BAGUS mana pun. Kalau BAGUS sangat dah lama kot aku masuk parti2 BAGUS tue. Tapi apa yang aku nampak PAS, PKR DAN DAP ketiga2nya adalah PARTI yang TAK BAGUS untuk rakyat. BN tak bagus. PR pun tak bagus. Itu sebab aku pergi kepada KESATUAN RAKYAT. PENYATUAN SESAMA RAKYAT TANPA KIRA WARNA KULIT, IDELOGI, AGAMA, BANGSA, BAHASA, NEGERI yang berjuang mempertahankan hak2 rakyat dan melawan segala bentuk KEZALIMAN tanpa diskriminasi walau siapa pun pelakunya.

Ini kesatuan rakyat. Dan ini yang aku nak rakyat faham. Parti2 neh memang BULLSHIT. Tengok aje perangai dorang dalam membahas isu KAJANGMOVIE. Yang buruk semua terkeluar. Sepatutnya penukaran MB boleh dilakukan dengan DAMAI andai PKR berfikir menggunakan akal dan bukan emosi apatah lagi berfikir menggunakan wang ringgit dan kuasa.

Ini tidak.

Tak pasal2 RAKYAT SELANGOR yang kena tanggung akibat untuk SELESAIKAN MASALAH2 PARTI2 LAHANAT neh. Kita undi dia untuk selesaikan masalah kita yang dibawa oleh BN. Penyudahnya kita undi dia untuk kita selesaikan konflik dalaman mereka yang bergaduh demi kuasa, pangkat, wang ringgit, projek, tender, kedudukan, harta dan millage peribadi.

PKR PARTI GILA.
DAP PARTI GILA.
PAS PARTI GILA.
SEMUA PARTI2 INI SUDAH GILA DAN DIKUASAI OLEH ORANG2 GILA.
DENGAN MENYOKONG PARTI2 GILA INI DALAM MEMBAHAS TINDAKAN KAJANGMOVIE HANYA MENYEBABKAN KITA TURUT SAMA TERHERET SEBAGAI PENGGILA.

Tak pasal2 semua jadi gila. Dengan aku2 sekali gila.

FAK!

Nota blog : UMNO, tolong tepuk tangan. Sesama PR dah bergaduh tue.

KAH KAH KAH

Nota peribadi : Jangan bersandar pada parti tetapi bersandarla pada keadilan. Siapa nak bergabung dengan siapa, siapa nak bersatu dengan siapa, siapa nak berpecah dengan siapa itu parti punya pasal, parti punya hal. Orang2 non partisan macam kita focus untuk lawan kezaliman sudah la. Parti biarla dorang berperang sampai mampos. Isu kajangmovie dibahas sebagai rakyat yang terkesan dengan tindakan haprak dari parti2 tersebut. Harap maklum.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...