Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 31 Julai 2014

Kami Sudah Menyampah Dengan Khalid Ibrahim, Tolong Berambus Laju2.


Berambos je la Khalid Ibrahim. Berambos. Dok tepi. Dan tengok permainan PKR macam mana lepas neh. Perhatikan aje. Masa duduk tempoh bertenang tue la masa untuk kita muhasabah diri dan sambil2 memerhatikan setiap tindak tanduk PKR ketika mentadbir PR Selangor di bawah seliaan menteri besar baru.

Ada je salah kita bongkar, dedah dan lawan kaw2.

Dan sambil2 tue kita didik rakyat untuk bersikap non partisan. Non partisan ini sangat penting bagi memastikan penilaian kita adalah lebih terbuka, adil dan saksama pada semua pihak tanpa condong kepada mana2 pihak ataupun individu supaya kita tak membuat penghukuman berat sebelah.

Jadi, sudah sampai masanya untuk rakyat bebaskan minda mereka dari kepompongan kepartisan. Bebaskan diri kita dari elemen2 partisan dan mula la dari sekarang untuk menjadi lebih berani bergerak tanpa parti. Tanpa mendokong mana2 parti. Dan juga tidak terikat kepada apa2 jenis parti sekalipun. Kuatkan kesatuan rakyat. Penyatuan sesama rakyat. Ini yang penting. Parti2 neh semua boleh pergi mampos la.

MUAHAHAHA...

Dan tadi. Di Malaysiakini. 5 lagi cabang PKR keluarkan kenyataan minta Khalid Ibrahim berundur. Selepas neh cybertroopers PKR akan membanjiri alam maya bagi mengerakkan kempen online remove Khalid dan sokong Wan Azizah. Korang akan perhatikan komen2 condong kepada kajangmovie dan ada ramai orang LIKE komen2 tersebut. Tapiiiii... 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Lue fikirlah sendiri ek..

Baca la ;

Lima cabang PKR di Selangor membuat tuntutan tegas agar parti menjalankan tindakan disiplin ke atas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Para pemimpin cabang itu mendakwa gesaan itu "mewakili suara akar umbi yang sudah jelak dengan permainan politik ala Umno oleh Khalid".

"Umum sedia maklum, tindakan beliau terutamanya akhir-akhir ini jelas membelakangkan pendirian dan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat dan pimpinan tertinggi KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

"Malah pelawaan Khalid agar ADUN Pakatan Rakyat membuat undi tidak percaya terhadap beliau cukup memalukan.

"Oleh itu, kami mewakili suara akar umbi menggesa parti dan pimpinan tertinggi untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap beliau," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Lima ketua cabang tersebut adalah Mohd Yahya Mat Sahri (cabang Tanjung Karang), Abu Talip Bujang (Sabak Bernam), Mohamad Fauzi Ahmad (Sungai Besar), Burhan Aman Shah (Sepang), dan Azizi Ayob (Kapar).

Ini merupakan kali pertama ketua cabang daripada keseluruhan 22 cabang PKR di Selangor mengemukakan pandangan mereka tentang kemelut jawatan menteri besar Selangor.

Dalam kenyataan sama, lima orang tersebut turut menyatakan sokongan terhadap pemilihan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid.

"Sebagai Presiden parti yang juga ADUN Kajang, beliau adalah calon yang paling kanan dan paling layak di kalangan ADUN PKR di negeri Selangor untuk menjadi menteri besar.

"Oleh yang demikian, kami menyeru agar semua anggota PKR termasuklah ADUN dan Exco dalam pentadbiran Selangor pada waktu ini untuk mengenepikan perbezaan pendapat.

"Bersatu hatilah dalam menyokong ketetapan Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai yang lalu iaitu untuk menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor," kenyataan mereka dipetik. -MKINI-

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...