Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 4 Februari 2014

Sekolah Nak Runtuh Masih Beroperasi, Mana Menteri?

Teliti aduan kat bawah neh dulu ;


Antara salah satu sikap yang aku tak suka puak2 BN suka buat bila kita seringkali adukan permasalahan begini. Mereka mesti ada sangka buruk pada kita. Pada mereka kerja kita nak cari salah BN aje. Sedangkan mereka tak faham. Benda neh melibatkan nyawa. Kalau kita dapat melakukan sesuatu untuk menambahbaikan keadaan sekolah itu kan lebih bagus?

Walaupun terserlah yang BN tak buat kerja. Dan terserlah ko memang penyokong BN. Bertahan dan bersabarla. Memahami la sikit. Apa2 hal yang penting nyawa dan keselamatan murid2 dan cikgu2 yang menggunakan bangunan sekolah tue kot. Maka, akui la kebenaran nya. Patut korang pun sama2 berpakat balon mereka2 yang tak buat kerja.

Aku rasa cikgu neh dah sehabis daya mengadu sana sini.

Maka facebook ialah alternatif yang terakhir. Tengokla gambar bumbung sekolah tue macam mana? BTW, tak payah cakap sekolah di Sabah dan Sarawak la, bahkan sekolah2 di Semenanjung pun tak bagus mana. Setakat pintu terkopak ia perkara biasa. Kenapa teruk sangat persekitaran sekolah kita? Berlakunya diskriminasi dalam mengagihkan dana untuk sekolah2. Sesetengah sekolah dapat lebih mungkin disebabkan faktor ;

1. Jumlah bilangan murid.

2. Cemerlang.

3. Berada di bandar.

Tetapi perlu ke sampai mengabaikan sekolah yang mana ;

1. Jumlah bilangan murid tak ramai mana?

2. Tak la cemerlang sangat dalam kedudukan (ranking2 sekolah Semalaysia)?

3. Berada di ceruk2 kampung?

Pada aku, agihan peruntukan memang perlu mengambilkira beberapa faktor yang penting namun jangan la sampai ada pihak2 yang terasa diabaikan sebab tak mencapai piawaian yang ditetapkan. Setakat pintu rosak, terkopak, itu tak payah la ikut piawaian, ye tak? Patutnya kementerian kena lebih prihatin. Buat satu guideline untuk keselesaan semua pihak. Kalau ada apa2 kelengkapan sekolah yang rosak macam meja ke, pintu, kerusi, bangunan buruk ke apa ke, ia perlu segera dibaiki. Tak malu ke tengok keadaan2 sekolah kita? Kadang2 aku rasa kalau la aku dapat no telefon Muhyiddin Yassin pun bagus juga. Aku nak aje tangkap gambar2 sekolah dan send kat handphone dia. Kemain lagi dia lepak hotel 5 bintang tapi murid2 dihadapkan dengan bangunan sekolah yang buruk, usang, tak terjaga dan lebih teruk, siap ada yang nak runtuh lagi macam aduan di atas.

Bukan saja bumbung perlu diganti, bangunan yang retak perlu dibaiki, bahkan perlu dicat juga. Malu la sikit weh Muhyiddin Yassin. Nak bagi sekolah yang ada persekitaran yang selesa pun tak mampu lagi berlagak nak mampos cakap sistem pendidikan kita antara yang terbaik di dunia. Tatau nak cermin diri ke apa? Macam HARAM.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...