Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 3 Februari 2014

DBKL Cadang Kurangkan Tempat Letak Kereta Agar Rakyat Naik Pengangkutan Awam.

Cadangan dikemukakan oleh DBKL.

Lihat ;



Kata DBKL ;

1. Untuk setiap bangunan komersil yang bakal di bina di KL, mereka akan kurangkan size kadar tempat letak kereta. Ini adalah polisi terbaru yang digariskan oleh DBKL.

2. Tujuan nak minta rakyat menaiki kenderaan awam.

3. Juga untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

4. Bahkan mana2 bangunan yang berdekatan dengan LRT dan LRT itu sendiri pun akan terlibat. Mereka nak kurangkan size tempat letak kereta.

5. Polisi ini akan mula dilaksanakan serta merta bermula tahun ini.

6. Manakala pengurangan tempat letak kereta di bangunan2 sekitar LRT dan LRT itu sendiri telah pun dilaksanakan bermula setahun yang lepas.

Point penting. 

Cadangan ini cuma terpakai untuk KL. Memandangkan kita tengah citer pasal KL. Dan cadangan ini dibuat untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di sekitar KL. Nak mengalakan semua orang naik pengangkutan awam. Takde masalah pada aku. Tapi macam pelik pula bila ko relate kan dengan LRT. Sepatutnya dekat station2 LRT la ko kena lebihkan jumlah parking. Sebab untuk accommodate kenderaan2 yang mostly akan parking disitu supaya boleh naik pengangkutan awam. Betul?

Nak beli rumah kat KL dah la mahal nak mampos.

So, caranya kita beli rumah di luar KL dan pergi ke tempat kerja guna kenderaan awam. Jadi dari rumah ke station LRT naik kereta. Dari station LRT ke tempat kerja naik la pengangkutan awam.

Tapi ko nak kurangkan jumlah tempat letak di station2 LRT juga. So ko expect keluar2 rumah aje ada station LRT tercongok depan rumah ke apa neh?

Sebenarnya ada beberapa sebab kenapa KL jem. Orang tak boleh naik pengangkutan awam. Ko tahu kenapa?

1. Orang malas nak depending pada pengangkutan awam disebabkan tak ikut jadual. Seriously. Ini masalah pada mereka2 yang terikat dengan waktu kerja, study dan blabla tue.

2. Then, kadang2 nak pergi ke satu2 tempat ko kena naik 3 jenis pengangkutan yang berbeza. Mula2 bas, lepas tue LRT, lepas tue monorail.

3. So orang mungkin rasa letih disitu bagi mereka2 yang berusia, ada family, ada anak2 or laki bini yang kerja di dua tempat yang berbeza. Mana nak hantar anak lagi. Lepas tue bekerja2 dengan pengangkutan awam lagi.

4. Kadang2 ko tutup jalan untuk buat aktiviti berbasikal macam di atas neh. Sikit2 tutup jalan. Sikit2 tutup jalan. Lepas tue persidangan UMNO bagai lagi. Lepas tue tutup jalan lagi. Then aktiviti2 KL lagi. Najib datang. Tutup jalan lagi. Dah tahu jalan jem, sempit bagai, kecik, ko tutup jalan pula. Kan dah menambahkan lagi jem. Kalau yang tinggal KL tahu juga nak selok belok sana sini untuk lari. Buatnya dorang tak tinggal KL. Haru la nak fikir macam mana nak melencong dari jem.

5. BTW, tak relevant kot nak suruh orang naik basikal apa bagai kat KL neh. Selain dari faktor panas, actually kalau keluar pagi2 balik petang2 tak la panas mana pun, ko kena fikirkan beberapa faktor utama ;

- Keselamatan. Ko tahu kan jalan2 kat KL neh kecik? Buatnya orang terlanggar penunggang2 basikal neh sapa nak jawab? Ada sediakan lorong khas untuk penungang2 basikal? Lorong khas untuk motorsikal pun lue failed bhai.

- Tempat letak basikal. Ada? Takda juga.

- Lepas tue ada ke guard yang boleh protect basikal2 tue semua? Ada?

- Bila basikal hilang ke apa, ada ke harapan nak dapat balik? CCTV? Polis akan kesan habis2an. Ada?

So, semua idea2 korang walaupun kalau kita fikir2, perhalusi, kita susun semula, bincang, kaji dan semua nya la kita buat tetap tak berguna juga. Pasal apa? Pasal takde network antara satu sama lain. Idea syok sendiri saja macam selalu. Nak kurangkan tempat letak kenderaan konon. Tapi perkhidmatan pengangkutan awam masih di takuk lama. Itupun ada ahti nak naikkan kadar tambang pengangkutan awam. Lepas tue dengan suasana persekitaran yang tak selamat. Cuba fikir kalau orang tue perempuan balik kerja pukul 10 malam. Lalu jalan sunyi2, takde lampu, apa semua. Ada fikir tak?

Pada aku. Mengalakkan orang naik pengangkutan awam tue aku suka. Ko luaskan jaringan pengangkutan awam. Setakat 2 kenderaan tue aku fikir ramai orang boleh tanggung la kan. Tapi kalau dah sampai 3, 4 jenis kenderaan berbeza untuk pergi ke satu2 destinasi aku tak fikir semua orang sanggup. Nak2 yang kena cepat sampai.

Idea naik basikal apa bagai pun aku suka. Siyes aku cakap. Aku suka. Kat Malaysia neh sesuai juga naik basikal. Nak2 yang tinggal kat Putrajaya tue. Pagi panas apa beb? Petang pun tak panas mana beb. Antara risiko panas, aku rasa risiko hujan yang lebih besar. Hujan kang ko nak balik susah. Kena tunggu hujan berhenti dulu, betul?

Tapi ye la. Apa kata ko perbaiki dulu semua kelemahan2 yang ada. Then baru la perlahan demi perlahan orang akan tertarik nak naik pengangkutan awam ke, naik basikal ke apa ke. Nak2 kalau orang tue suka naik basikal macam aku. Lagi best weh. Naik basikal ramai2.

Muahaha.. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...