Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 4 Februari 2014

Pemuda PAS Tolak Anwar Sebagai MB Selangor Kata Suhaizan.


Point dorang ringkas aje.
1. Sokong kempen untuk melawan BN di Kajang.
2. Maksudnya sokong untuk menangkan Anwar di Kajang.
3. Tapi tak sokong DSAI ganti Khalid.
4. Sedangkan spekulasi tersebar meluas bahawa DSAI akan ganti Khalid.
5. Sebelum ini pun Khalid Samad keluar statement paling tinggi pun DSAI boleh pergi di Selangor ialah sebagai exco.
6. Exco? Hello kawan. DSAI ialah calon PERDANA MENTERI OF MALAYSIA, tahu?
7. Bukan kata EXCO bahkan jawatan MB Selangor pun dah downgradedkan DSAI sebenarnya.
8. Tapi memandangkan konflik PKR semakin meruncing dan menganggu pentadbiran, nak taknak terpaksala downgraded DSAI dan mengheret rakyat dalam permasalahan mereka. Aku tak rasa DSAI gila kuasa, gila pangkat jauh sekali gila gaji. Kalau tak, dah lama dulu dah baik dia je jadi MB Selangor. Nampak sangat krisis dalaman PKR makin menggila sehinggakan DSAI buat satu keputusan yang diluar dari kebiasaan.
9. Nak taknak, PAS suka atau tak suka kena terima hakikat DSAI ialah calon MB mengantikan Khalid. Ini bukan rahsia lagi la. Jangan la buat2 tatau kawan2 oi.
Sejujurnya pada aku. Aku tak menilai kelayakkan ikut suka tak suka, ikut parti ke apa ke. Cukup aku tengok dia boleh buat kerja tak? Dia buat kerja tak? Sapa pun jadi MB bukan isu. Tetapi adakah dia boleh buat kerja sebagai MB itu baru isu. Apa saja konflik yang PKR hadapi sekarang neh, selepas berlakunya reform dan perubahan dalam pentadbiran di Selangor, harap2nya konflik dalaman mereka akan diselesaikan dengan jayanya. Jangan ada konflik baru ataupun memanjangkan konflik yang sedia ada. Kalau tak berapa lama lagi lah yang aku nak kena tanggung maki hamun dari puak2 PKR secara peribadi dan PR secara generalnya. Almaklumla. Jari aku neh sukar meletakkan kepentingan Pakatan Rakyat melebihkan kepentingan rakyat. 
Haizh.
Baca ;
Pemuda PAS hari ini menegaskan mereka menolak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya berlaku perubahan dalam pentadbiran negeri berkenaan, kata Suhaizan Kaiat.
Ketua Pemuda PAS itu berkata, Pakatan Rakyat (PR) seharusnya segera menghentikan polemik berkaitan kedudukan menteri besar baru kerana khuatir ia akan dipanjangkan sehingga melibatkan pihak Istana Selangor.
"Pemuda PAS juga ingin menegaskan bahawa menyokong Anwar sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak bermakna Pemuda PAS bersetuju beliau menjadi menteri besar Selangor.
Polemik Kajang ini tidak perlu mengheret PR membincangkan isu menteri besar yang baru, dan kita khuatir ia akan berlarutan terlalu panjang dan diheret ke peringkat istana," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, di Kuala Lumpur.
Suhaizan bagaimanapun berkata, pihaknya kesal terhadap tindakan mengosongkan kerusi DUN Kajang yang dilaksanakan secara tergesa-gesa, membazir masa dan duit rakyat.
"Ia juga mendedahkan PR kepada risiko kemerosotan sokongan rakyat.
"Bagaimanapun kita menghormati muafakat PR yang memberi hak mengurus DUN kepada parti yang menang dalam pilihan raya lalu," katanya.
Beliau turut mendesak agar "kesilapan" seperti itu tidak diulangi oleh parti komponen PR yang lain pada masa depan. - 14 Febuari, 2014.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...