Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 23 Oktober 2013

Penjelasan Dari Guru Besar Isu Sembelihan Lembu Di Sekolah.

Beberapa perkara perlu diberi perhatian berhubung isu neh sebab ia semacam pelik.

1. Video ini mula disensasikan oleh orang2 UMNO di pages.

2. Mereka bawa isu perkauman dan racist.

3. Jangan2 ini satu lagi propaganda nak memecahbelahkan antara kaum di Malaysia.

4. Hasut melayu benci kaum lain, hasut kaum lain benci melayu, last2 semua bergaduh yang berbeza kaum dan agama.

5. Saravan neh macam agen provokasi.

6. Sila la hati2.

Baca penjelasan dari pihak sekolah dulu sebelum main tuduh2 GB kejam dan sebagainya ;

Guru besar Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya di Selangor mempertahankan ibadah korban yang dijalan di kawasan sekolah tersebut sempena sambutan Aidiladha pada minggu lalu.

Penjelasan guru besar tersebut, Mohd Amnin Bahari, dinyatakan dalam perbualannya dengan seorang individu yang memperkenalkan diri dengan nama 'Saravanan'.

Rakaman perbualan tersebut dimuatkan di Youtube sejak lima hari lalu.

Dalam rakaman tersebut, Saravanan menuntut penjelasan berhubung penyembelihan lembu di kawasan sekolah.

Mohd Amin seterusnya menjelaskan bahawa tiada pekeliling yang melarang perbuatan tersebut.

Katanya, penyembelihan korban semasa Aidiladha perlu dianjurkan di kalangan orang Islam, terutama di kalangan pelajar. "Dalam Islam, penyembelihan hari raya korban ini, memang sepatutnya diuar-uarkan kepada umat Islam, khususnya kepada murid-murid," katanya dalam rakaman itu.

Perkara itu perlu digiatkan agar generasi muda mengetahui bahawa ia adalah tuntutan Islam, katanya lagi dalam rakaman sepanjang lebih 8 minit itu, yang dimuatkan oleh pengguna bernama 'zeeraf87'. Mohd Amin berkata, ibadah tersebut tidak dijalankan dengan niat untuk menghina penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai makhluk suci.

"Memang kita digalakkan memberitahu murid-murid, kepada anak-anak kita khususnya, bahawa (ibadah) korban ini satu yang disuruh oleh agama Islam. Bukan kita buat penyembelihan ini atas dasar untuk menghina agama lain.

"Sebelum saya menjalankan aktiviti di sekolah, kita telah berbincang dengan semua guru saya. Guru-guru saya ada yang Cina, ada India, yang bukan Islamlah," katanya. 

Katanya, pihak sekolah memberitahu guru dan pelajar berbangsa India, serta golongan bukan Islam lain untuk dipisahkan dari upacara tersebut.

“Kami tidak membenarkan mereka melihat,” katanya.

Mohd Amin berkata, beliau akan mendapatkan pandangan kesemua guru termasuk bukan Islam berhubung aktiviti sekolah seperti itu.

Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/244586

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...