Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 22 Oktober 2013

Tangguhkan PLKN, Harga Rumah Lebih Rendah - Bajet Pakatan Rakyat.

Lepas neh askar2 PLKN akan turun berjuang mempertahankan PLKN. Hidup BN! Hidup UMNO! Bila ia dah termaktub dalam bajet alternatif oleh Pakatan Rakyat ia sekaligus telah pun di anggap menjadi salah satu perjuangan yang mana penyokong2 PR kena faham dan kena berjuang ke arah itu. Kalau taknak bersetuju pun takpela, tapi cuba fahami dulu pro dan cons sebelum tolak melulu cadangan ini.

Kenapa tangguh PLKN?

Cadangan Anwar berkait rapat dengan defisit dan angka kematian. Pun begitu ada lebih banyak perincian2 lain yang kalau korang tahu, korang pun mesti setuju punyalah yang PLKN lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Hasil survey yang aku lakukan beberapa minggu lepas di beberapa laman facebook antaranya di page ;

Saya Benci Harga Barang Naik, KBSB dan juga RMSMMPUI mendapati majoriti bersetuju bahawa PLKN lebih baik dimahsuhkan berbanding diteruskan.

Rata2 ibu bapa trauma melihat ;

1. Kematian

2. Kes buli

3. Kes rogol

4. Kes maksiat

Semakin meningkat dari tahun ke tahun dalam kem latihan PLKN.

Lihat ini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/10/plkn-kaji-tangguh-atau-batal-ini.html

Ini pendapat aku sejujur2nya dengan PLKN. Paling top aku nak ia dihapuskan kerana ia menakutkan aku, kedua atau aku nak ia sekurang2nya tidak memaksa mana2 ibu bapa untuk menghantar anak2 masing2 ke kem latihan tersebut.

Berkaitan rumah pun tak kurang menariknya. PR akan menetapkan satu cukai, iaitu sistem cukai keuntungan hartanah RPTG yakni bila ia ditetapkan, maka keuntungan yang boleh diperolehi oleh sektor hartanah akan berada di tahap yang terkawal. Bukan tanpa batasan macam sekarang neh. Spekulasi sana sini tahu2 je harga rumah 500 ratus, 600 ratus ribu. Ko gila?

Rakyat nak beli rumah 100ribu pun tercekik nak kumpul deposit 10%. Itu tak masuk lagi bayaran tiap2 bulan. Ini kan pula 500k, 600k punya rumah? Berapa lama mao kumpul deposit? Dan berapa banyak pula kena bayar bulan2? Ko nak suruh semua melayu2 duduk rumah kotak tinggi ke apa ke?

Benda remeh temeh macam neh pun BN tak mampu kawal. [BACA : TAK MAHU KAWAL sebab geng2 sendiri].

Jangan tidak tahu, ada agent hartanah yang gunakan rumah kos rendah untuk kaut keuntungan. Sedangkan rumah kos rendah ini sepatutnya dijual kepada golongan sasaran, yakni rakyat miskin yang benar2 memerlukan rumah sendiri. Depa main lambung harga lepas beli sebab nak kaya. Kaya la pun. Tapi perlu ke sambil nak menjadi kaya sambil menjadi penindas? Wujudnya golongan2 yang mengambil kesempatan. Baca aje blog2 hartanah, bersepah tipsi mereka. Ko akan tahu cara mereka 'beroperasi'. Sampaikan rumah kos rendah pun jadi mangsa.

Ini kalau dapat dihukum sekeras kerasnya oleh kerajaan pun bagus juga. Tapi tunggu la babi terbang kat udara dengan lembu. Masa tue insya-Allah BN akan memahami masalah rakyat.

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...