Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 20 Oktober 2013

Zahid, Hishammudin Dan Shafie Afdal Ada 13juta Ke?


Apa gunanya SPRM?

Ini la masanya untuk menyelesaikan konflik politik wang yang berleluasa dalam pemilihan UMNO. 

Nur Jazlan in his posting noted: “I remember my late father Tan Sri Mohamed Rahmat as party secretary-general at one time revealed that in the 1993 Umno elections, the then rising star Datuk Seri Anwar Ibrahim invested RM1 million each to 90 division leaders in his bid to become deputy president of the party and also to put him in line for No 1 and prime minister.”

Kisah Anwar dulu2. Betul ke dakwaan ini? 

Menurut ketua editor The Malays Mail ;

1. Sekurang2nya 13 juta diperlukan untuk membeli undi bagi jawatan naib presiden. Yang mana ia dimenangi oleh Zahid, Hishammudin dan Shafie Afdal. Tengok nama2 neh memang tak aneh. Masing2 dikaitkan dengan pelbagai skandal beb. Cuma tak dapat dibuktikan disebabkan tiada siasatan terperinci.

2. Sekurang2nya 1.6juta diperlukan bagi merebut jawatan dalam Ahli Majis Tertinggi UMNO.

Lihat saja yang diperkatakan oleh Saifuddin Abdulah ;

 

Tapi masalahnya dengan dorang neh cakap pongpang2 tapi bukti? HARAM.

Yang mengadu kat facebook bersepah kiri kanan. Yang mengadu kat berita pun bersepah. Tapi bila suruh bawa ke siasatan SPRM haram nak layan. Macam mana? Secara automatiknya korang juga yang halalkan perbuatan ini. Tak payah nak salahkan sangat politik wang tue sendiri sebab sendiri pun tak bersungguh2 nak banteras benda neh dari akar umbi.

Takde demand takde supply. Atau takde supply takde demand sekarang?

Maksudnya ia bukan salah yang merasuah semata2, yang nak dirasuah pun mainkan peranan juga.

It takes two to tango beb. Terima aje la bahawanya politik wang dalam UMNO berleluasa tetapi ia tak berleluasa disebabkan korang tertindas atau apa, ia berleluasa sebab korang sendiri yang tidak mahu banteraskan ia habis-habisan. Time pemilihan sembang kencang bab rasuah sana sini tapi bukan nya korang tak mampu cari bukti kalau mahu cari bukti. Boleh. Taknak je. Sebab bersubahat. Bila dah sama2 bersubahat, hah layankan aje la apa yang korang dapat.

Tapi beb angka 13 juta neh meskipun ia sekadar anggaran, ia still satu nilai yang sangat2 tinggi. Untuk retain position dalam naib dan dalam MT pun aku tak rasa after 3 years, 13 juta atau 1.6juta boleh didapatkan semula dalam bentuk bayaran gaji bulanan yang mereka raih disebabkan jawatan tersebut. Apa ke logiknya nak bayar sampai 13 juta tue? Prestasi Zahid Hamidi Allah tahu. Dia taknak mengaku takpe. Allah tahu. Bukan seumur hidup pun dia hidup kat dunia neh. Allah tahu. Politik wang itu wujud tapi angka sekadar diperbesar2kan aje aku rasa.

Beberapa juta mungkin aku percaya jika untuk naib. Itupun bergantung kepada individu. Kalau ia menteri, angka ini bukan mustahil. Semakin senang access kepada wang, maka ia semakin tak mustahil.

Kalau ada 100 perwakilan di satu2 bahagian bukan la dorang kena rasuah semua sekali. Sekadar rasuah yang taknak pilih satu2 calon tue aje sudah la. Bukan seme pilih calon disebabkan berbayar, ada yang pilih calon sebab terpengaruh dengan propaganda media. Ingatkan calon tue cerdik walhal bodoh. 

Senang cakap nasihat untuk Nur Jazlan dan Saifuddin Abdulah, di lainkali cakap2 macam neh kurangkan. Lebihkan cari bukti, kumpul maklumat dan report. Ketahuila aku suka korang berdua. Tapi aku dah muak dengan perangai orang2 UMNO yang sembang kencang bab rasuah la itu, ini la la, tapi usaha2 nak membetulkan perkara ini dengan efficiently, takde. 

Aku tahu dalam UMNO memang wujud politik wang, pasal ia fakta yang rakyat Malaysia sedia maklum.

Tapi kan, tahu dengan mengumpul bukti ialah dua perkara yang berbeza. Tak cukup sekadar tahu dan pergi hebahkan saja, buat la sesuatu untuk mengubah perkara ini dari dalam. Macam itu baru la ada impak. 

Oke bai. 

Rujukan : http://www.themalaymailonline.com/opinion/syed-nadzri-syed-harun/article/is-money-politics-dead-in-umno

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...