Semalam pimpinan tertinggi PAS telah mengadakan pertemuan dan bersemuka dengan semua pihak yang berkonflik di PAS Kelantan. Bagi yang kurang tahu ataupun malas nak amek tahu sebab semak kepala tengok pergaduhan sesama rakan sendiri dalam jemaah masing2, kalau korang nak tahu, punca pergaduhan neh bukan bermula sejak insiden sidang DUN lagi. Tetapi sejak dari itu lagi.
Malas la kan kita sebagai orang luar nak berpihak sana sini. Bahkan malas la juga kan kita sebagai orang luar nak bercakap banyak atas benda yang kita pasti tak pasti. Sebelah A citer macam neh kita dengar. Sebelah B citer macam neh pula kita dengar. Kang datang pihak C. Citer macam tue pula, kita dengar lagi. Lama-lama dengar punya dengar punya dengar kita yang naik meroyan pasal dengar banyak citer sangat.
KAH KAH KAH
Semua pihak pun ada citer masing2. Yang mana betul dan yang mana palsu kita pun keliru sendirian.
Apa pun yang menarik dalam perbincangan semalam. PAS PUSAT telah menolak usul dari PAS Kelantan yang mahu satu tindakan tata tertib di ambil ke atas Husam atas teguran terbukanya menerusi sidang DUN baru2 ini.
Menurut Presiden PAS, kita raikan pendapat dan kritikan yang membina. Ini kerana kritikan yang sama juga dibuat oleh orang lain. Orang lain kritik benda tue kita nak hukum juga ke? Ini la analogi Tuan Guru.
Memang logik la serba sedikit kan.
Adalah amat tidak wajar untuk kita menutup semua lubang2 kritikan hanya kerana kita tidak boleh dengar atau terima. Yang mana kritikan yang baik dan wajar, kita jadikan sebagai penanda aras untuk baikpulih pentadbiran masing2. Yang mana teruk dan tak betul, kita abaikan sudah la selagi ia tidak keterlaluan sehingga jatuh fitnah sesama sendiri.
Betul tak?
Pun begitu ia masih lagi tidak menyelesaikan konflik beberapa kem di Kelantan.
Percayalah.
Alangkah baiknya jika kesemua pihak di Kelantan itu amek masa sehari, dua hari, duduk dan bincang dari hati ke hati, luahkan semua perkara dan kemudian nya capai satu keputusan yang mana semua pihak bersetuju dan terus tumpu perhatian terhadap pentadbiran Kelantan bagi memastikan kebajikan rakyat terjaga.
Situasi sekarang neh yang aku tengok sangat2 memeningkan kepala.
Kalau baca kat media sosial, nampak macam A dan B saling hentam menghentam. Tapi percayalah di pihak C iaitu UMNO mereka sedang kumpul kelemahan dan kelemahan yang mana pihak A dan B saling buka membuka keburukan pihak lawan.
Kita di pihak D jadi tukang baca dan perhati je.
Aku berharap sangat sebelum PAS Kelantan jadi macam PAS Kedah, masing2 duduk dan bersemuka la. Amek iktibar atas apa yang terjadi. Selesaikan perbezaan antara korang dengan cara yang berhemah. Dan selepas itu bersama2 bersatu untuk majukan Kelantan. Fikir panjang la weh.
Oke bai.