Sebelum PRU ;
Kita akan dedahkan dalang pemimpin pembangkang dalam isu Lahad Datu selepas PRU supaya orang tak tuduh kita sengaja mengambil kesempatan. - Menteri mana tah
Selepas PRU ;
Usah kata nak dedah nama, siap minum dan makan semeja lagi dengan pemimpin2 pembangkang.
-
Hari Isnin ;
Kita akan dedahkan bukti2 polis dikasari oleh peserta2 bersih pada hari selasa. - Menteri mana tah
Hari selasa [selepas beberapa kali SELASA berlalu]
Usah kata nak dedahkan klip keganasan peserta2 BERSIH, terus mampuih isu neh.
Sebelum menang ;
Jangan percaya dengan tohmahan dan fitnah pembangkang pasal BN = Barang naik. Kita akan utamakan rakyat. Mereka [PR] hanya pandai menuduh.. - PM negara mana tah
Selepas menang ;
Minyak naik, barang2 keperluan pengguna naik, subsidi dikurangkan, cadangan menaikkan tambang teksi, tambang bas, bas ekspress dan bas sekolah dah naik, dan pelbagai lagi la kenaikan2 lain.
Yang terkini pasal GST pula. Terang2 melakukan penipuan yang amat dasat.
Lihat bawah ;
Di petik dari laman web kerajaan tahu.
Rujukan ==> http://www.pemudah.gov.my/gst-turunkan-harga-barang-perkhidmatan
Siap bentangkan hasil kajian dan sebagainya. Last2 menteri keluarkan statement begini pula ;
Nampak tak apa yang aku nampak?
1. Tiada penyelarasan kajian.
2. Ada yang kata ia akan turunkan harga barang.
3. Ada pula menteri kata tiada jaminan harga barang takan naik.
4. Statement sesama agensi kerajaan pun tak tally. Walaupun di kalangan mereka beb.
5. Flip flop. Kejap turun, kejap tiada jaminan, kejap tak mampu kawal tapi alasan paling bangang ialah suruh berdoa agar semua baik2 saja..
6. Memang la kita tak nafikan bab berdoa tue.
7. Tapi apa jadahnya bila ko sendiri yang melaksanakan benda tue ko sendiri suruh orang berdoa bagai? Ko bunuh orang lepas tue ko meminta ahli keluarga mangsa agar berdoa la.. supaya penjenayah dapat ditahan secepat mungkin. Faham tak situasi dia macam mana sekarang neh?
8. Sepatutnya kaji la kesan dia betul2. Naik atau tak naik? Jejaskan atau tak jejaskan?
9. Then baru la bentang kepada public untuk penghujahan bersama.
Ini saja yang kita minta.
Hancur. Hancur negara ku di bawah BN. Habis porak peranda seme lintang pukang. Bukan minta jadi malaikat pun. Cuma minta perintah baik2 je. Supaya sama2 dapat merasai kebaikan pun tak boleh. Apa pun GST ditolak sebab BN tukang pegang amanah. Bukan kerana GST itu sendiri tetapi sebab BN.
Oke bai.