Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 17 Julai 2013

Rafizi Tak Takut Dosa Ke? - Pengerusi SPR.

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menafi dakwaan pembekal dakwat kekal, Mohd Salleh Md Ali adalah kenalan rapatnya sebagaimana tuduhan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu, berkata pembelian dakwat kekal dikendalikan oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria, bukan beliau mahupun timbalannya.
“Saya tak kenal. Kenapa buat fitnah macam itu? Kenapa tuduh di bulan puasa macam ini? Dia tak takut dosa ke? Kenapa babitkan saya dan Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
“Setakat yang saya tahu urusan pembelian itu berjalan dengan baik dan mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.
"Lebih baik hal ini dilanjutkan kepada Kamarudin kerana kami tidak mencampuri urusan urusetia," katanya kepada The Malaysian Insider, petang ini.


Bagi yang dah melihat kenyataan Rafizi sedar bahawa ;

1. Rafizi meminta penjelasan.

2. Rafizi bukan buat tuduhan rambang.

3. Rafizi menuntut jawapan.

Apa pula kata Rafizi fitnah? Bila kita bertanya elok2, kita di kata menfitnah orang? Logik ke tak logik neh?

Yang menfitnah itu ialah SPR sendiri.

BILA KITA BAGI BUKTI, TUNJUK DENGAN VIDEO DAN GAMBAR BAHAWA DAKWAT KEKAL ITU TAK KEKAL, bukan sahaja SPR enggan mengaku bahkan menangkap orang lagi.

Menangkap, menfitnah, membuat laporan polis seolah2 kami sebarkan kepalsuan, itu apa?

Sudah2la gunakan ayat2 simpatatik. Aku dah hilang kepercayaan pada SPR yang sepatutnya adil dalam situasi neh. SPR jelas berpihak pada BN. Yang neh kita nampak sangat dah neh. Semakin condong SPR ke BN maka semakin la terbukti yang SPR neh bukan agensi yang adil dan layak mengendalikan PRU.

Cukupla. Rafizi tak fitnah. Fahami kenyataan dia elok2 dan tolong .. untuk ke berapa ratus kali tah aku sebut, tolonggg bagi jawapan jujur dan ikhlas.. sudah2 la SPR wehhh kami dah tahu kamu siapa oke.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...