Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 15 Julai 2013

BN, PR Sepakat Balon Alvin Dan Vivian. [Alvin Mengamok]


Aku tak pasti sejak bila kes Alvin dan Vivian neh tetiba jadi highlight dalam sehari dua neh. Setahu aku la kan, time aku menulis posting neh ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/kenapa-pasangan-lucah-ini-dilindungi-di.html

Kisah dorang tak hangat mana. Takde pun orang melayan. Maksud aku, SKMM + PDRM + JAIS memang tak layan time tue. BN dan PR? Pun sama.

Tapi tiba2 je dalam sehari neh pasangan neh telah dikritik secara besar-besaran oleh semua pihak yang terbabit.

SKMM
PDRM
JAIS
BN
PR

Semua amek kesempatan membalon pasangan lucah neh secara terbuka. Dan untuk pengetahuan korang, pasangan ini akan didakwa di bawah akta komunikasi dan multimedia bersabit isu poster mempersendakan amalan puasa dengan berbuka dengan babi dan mengubah logo halal jakim.


Jika bersabit kesalahan mereka boleh dipenjarakan sehingga setahun ataupun di denda rm50,000 ataupun kedua2nya sekali.

Baguslah. Bagi aku kalau sungguh nak beri mereka satu pengajaran, itu bagus. Nampaknya DAP pun dah bersuara melalui Lim Guan Eng. Dari apa yang aku nampak, dalam isu neh DAP, MCA seboleh2 nya takmo dikaitkan dengan pasangan lucah neh.

Dan PR dan BN juga tidak mahu dikaitkan dengan mereka juga. Walaupun penyokong kedua2 belah pihak saling kait mengaitkan pasangan neh dengan parti2 politik musuh mereka. Itu normal la. 

Dan normal juga bila Alvin semakin sentap sebab diserang secara terbuka. Kalau korang nak tahu, pasangan neh ada plan nak balas dendam. Itulah apa yang digambarkan menerusi kemaskini di twitter dorang. Mengamok pasal fan page kena tutup.

Adui.

Fan page aku pun kena tutup. Tapi at least aku punya di tutup sebab isu politik. Bermaruah la juga jika dibandingkan dengan dorang. Kalau dah kena tutup tue nak mengamok buat apa? Buat baru je la macam aku. 

KAH KAH KAH

Cuma yang aku heran now, bila agaknya SKMM dan PDRM nak siasat mereka atas isu video dan aksi lucah pula? Mungkin ada di antara korang yang tatau. Ketika neh beberapa gambar bogel pasangan neh melakukan seks terbuka sedang hangat disebarkan di laman2 sosial dan laman blog. Ya ya antara blog yang sebarkan gambar tersebut ialah blog2 UMNO.

Jijik gile.

Kenapa?

Baca sini ==> http://sozcyili.blogspot.com/2013/07/alvin-vivian-mengamuk-di-twitter-gambar.html

Sebab tue aku berharap sangat. Mohon sangat2 kepada PDRM untuk amek tindakan terhadap dorang sebab terlibat dalam aksi yang sangat2 menjijikkan. Bukan pasal gambar seks yang tersebar sekarang neh. Tapi pasal aksi seks yang dorang sebarkan sebelum2 neh. Yang sedang hangat tersebar neh bukan disebarkan oleh pasangan neh tapi oleh orang lain. Dan ya, ia lebih jijik dari apa yang dah dorang sebarkan sebelum neh.

Dan aku semakin mahu mempercayai. Pasangan neh sememangnya gila. Ya, gila.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...