Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 19 Julai 2013

Duit Punca Adik Ini Maut Di Lif.

Semalam sapa tengok berita di tv3? TV3 ada laporkan kejadian tersebut dalam berita mereka beb. Aku sakit ahti. Aku bukan nak salahkan tv3 atau buletin utama. Tapi aku sakit ahti bila dapat tahu rupa2nya insiden di sebalik perkara neh ialah berpunca dari duit.


Aku tak ingat sapa yang bercakap tue. Aku tak pakai cermin mata masa tengok berita tue pun. So memang tak nampak la tulisan2 kecik kat bawah tue. Cuma yang aku ingat ialah ;

Penyelenggaraan lif tersebut tidak dapat dibuat ikut jadual disebabkan ada penghuni yang tak bayar kos penyelengaraan.

PPR. Projek Perumahan Rakyat. Betulkan kalau aku silap.

Berita yang sama turut melaporkan yang DBKL dan semua pihak2 yang bertanggungjawab buat kerja dengan betul, ikut peraturan dan blablablablabla..

Berita tersebut turut melaporkan pihak mereka akan menyiasat kes neh habis-habisan sambil bagitau terdapat penghuni yang gagal menjelaskan yuran penyelengaraan punca utama lif tersebut gagal diselanggara ikut tempoh yang dijadualkan.

Jadi akhirnya ini berbalik kepada DUIT punca segala2nya. Duit lebih penting berbanding nyawa manusia. Kita dilayan berdasarkan duit akhirnya. Takde duit, takde safety, takde keselamatan, takde penyelengaraan..

Ia terlalu pedih untuk tahu bahawa DUIT merupakan punca utama budak itu hilang nyawa. Aku tak pasti jika aku patut salahkan penghuni2 yang tidak menjelaskan kos penyelenggaraan sehingga menyebabkan insiden tersebut berlaku ataupun aku patut salahkan syarikat penyelengaraan yang hanya meletakkan duit sebagai faktor utama untuk menyediakan keselamatan.

Kot ye pun, duit itu paling penting dalam melakukan kerja, paling2 prihatin yang ko boleh buat ialah letak tanda AWAS, tutup operasi lif. Lebih baik guna tangga dari biarkan lif rosak atau separuh rosak, beroperasi sehingga nyawa jadi taruhan.

Duit rupanya bukan hanya mampu beli barang, bahkan nyawa pun dia mampu hilangkan. Begitu besarla kuasa duit.

Tahniah. Akhirnya duit telah berjaya mengambilalih perasan perikemanusiaan kita. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...