Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 15 Julai 2013

Elak Makan Ayam Kalau Harga Mahal - Menteri [Disarankan Check Otak].


Saranan aku ikhlas. Kadang2 kita sakit. Tapi kita tak sedar kita sakit. Hanya orang sekeliling jek sedar dan nampak 'kesakitan' kita tue. So tak salah aku rasa menteri2 di Malaysia take positif dengan nasihat aku bahawa ada baiknya jika korang semua buat medical checkup dan check apa2 yang patut. Kot2 dalam kesan awal boleh la berubat kan. Tak la terlambat. Orang kata cegah sebelum parah.

Aku, ikhlas neh. Siyes.

Baru2 neh di tv3. Aku ada tonton berita. Wah. Kemain kau menteri sound pongpang2. 

Sapa cakap harga ayam naik hah. Jangan nak pandai2 sebarkan spekulasi. Harga ayam tue harga kawalan. Mana ada naik. Kalau ada peniaga yang jual ayam mahal report dengan kita. Kita akan ajar peniaga2 tersebut. Blablablabla.. [ayat rekaan aku sendiri, menteri cakap guna ayat lain tapi lebih kurang gitu la yang aku ingat serba sedikit].

Peh.

Terbaik.

So media mainkan satu spekulasi. Pun bukan salah media. Sapa yang pergi pasar dan beli ayam tahu la harga ayam naik. Bukan masa bulan puasa. Masa sebelum puasa lagi dah naik. Aku pergi pasar, beli ayam dan peniaga sendiri bagitau aku bahawa harga ayam naik. Berikut perbualan aku dengan peniaga tersebut.

Lambat datang.. nak beli ayam ke. Potong kecik2 macam biasa?

Hah.. biasalah kerja. Sekor je. Bajet. Hah macam biasa.

Harga dah naik neh.

Hah? Kenapa naik. Nak puasa ke? Aduhai. Tiap2 tahun macam neh asal ada perayaan jek harga naik.

Tak juga. Sebenarnya kalau time melayu raya jek dia naik. Masa cina raya mana ada naik.

Ooo.. kenapa ek.

Tatau la nak cakap.

Oke. 

Sekarang apa yang menteri anggap as spekulasi ataupun khabar angin dan marahkan media yang sebarkan isu tersebut tue aku rasa tak tepat mana. Itu satu. 

Yang kedua.

Ini memang kelakar. Dua hari selepas pongpang2 mengamok marah depan press, kali neh kementerian yang sama tampil buat statement sadis.
Lihat bawah ;

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.

Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.


Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.

"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera.

"Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara.

"Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri," katanya.

Demm.

Apa agaknya kuasa seorang menteri? Nak kawal dan tangani isu neh pun tatau ka? Gunakanlah kuasa yang ada untuk menghukum mereka2 yang terlibat. Kan senang citer. 

Mula2 marah konon kenaikan harga ayam ialah spekulasi dan mainan media. Then mengaku pula kejadian tersebut wujud. Mula2 cakap akan tangani kenaikan harga ayam dengan menghukum mereka2 yang terlibat dalam permainan ayam then cakap kita boikot je la ayam neh. Jangan beli ayam dah. Jangan makan ayam. Makan ikan jek.

Oi menteri.

Ko pergi pasar ke tak hah?

HARGA IKAN LEBIH MAHAL DARI HARGA AYAM KO TAHU TAK?

Sengal.

Dan atas sebab itulah aku bagi nasihat ikhlas. Ada masa pergi hospital buat medical checkup. Lebih2 lagi tang otak masing2. Kot2 ada apa2 yang putus ke apa ke boleh la repair segera sebelum korang semakin mengeluarkan kenyataan2 yang pelik di Malaysia neh.

Tolong la wehhhhhh..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...