Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 23 April 2013

Kertas Undi Untuk Petugas Media Mula Di Sebarkan ?

Aik?

Rilex. Kita bukan nak tuduh2. Tetapi kita berhak mempersoalkan sebab apa yang tercatat dalam akhbar adalah berbeza dari apa yang sedang berlaku ketika ini.

Mula2 perhatikan laporan neh ;

Bagi kaedah pengundian awal melibatkan petugas-petugas media, anggota keselamatan dan pengundi yang berada di luar negara, tarikh untuk mereka mengundi ditetapkan pada 30 April.
Pengundian awal mula diperkenalkan pada PRU-13 bagi menggantikan undi pos.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0411&pub=Kosmo&sec=Pilihan_Raya&pg=pr_16.htm#ixzz2RGwGqB9I 

Itu di petik dari KOSMO ya, KOSMO. Rujuk link tersebut. Dan ini apa yang tersebar oke.


Kertas undi sudah mula disebarkan ke?

Itu satu isu. 

Dan pasal no siri. Sebenarnya ini semua persoalan2 yang SPR kena jawab memandangkan kita semua keliru dengan apa yang sedang berlaku neh.




Baiklah, gambar2 ini adalah sumbangan dari rakan2 online.. bukan orang yang sama oke. Yang menjadi persoalan ialah tarikh pengundian awal ialah 30 april. Tetapi kertas undi dah disebarkan sekarang. Then ada pula no siri. 2 no siri. Bukan satu. Satu kat borang. Ko koyak ko nak kira undi. Then satu kat kertas undi tue sendiri, itu pun no siri yang berbeza dari yang dikoyakkan tue, kenapa? Adakah nanti lepas mengundi, mereka akan amek no siri itu, rekodkan dalam buku dan semak kembali selepas proses pengundian tamat? Nak tahu dia pangkah siapa ? Itu pun jadi tanda tanya gak pada mereka2 neh.

Harap SPR dapat menjelaskan apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jangan salahkan kita yang bertanya, kerana kita ada hak untuk ambil tahu. Oke. Bai.   

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...