Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 26 April 2013

HOT : 3 Pemimpin Pembangkang Dikenalpasti Dalang Insiden Lahad Datu.


2 dari Semenanjung.
1 dari Sabah.

Kata Zahid Hamidi ;

Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.
   
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
   
"Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah.
   
"Maklumat kini sudah terkumpul dan semua butir-butir itu akan diserahkan sepenuhnya di Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika sidang media selepas Majlis Lawatan Kerja Menteri Pertahanan di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas di sini hari ini.
  
Ahmad Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut.   
   
Beliau berkata, pihaknya tidak mahu dianggap oleh sesetengah pihak tertentu sebagai permainan politik, maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas pilihan raya umum ke-13.   
   
"Sesuatu tindakan perundangan hanya boleh dilakukan apabila keterangan dirakamkan, direkodkan, kami dah ada semua itu.
   
"Bila akan diserahkan... tunggu selepas pilihan raya dan tindakan juga akan diambil lepas pilihan raya, kita tidak mahu mereka kata kita bermain politik, jadi kita serah kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengelakkan dicapkan sandiwara politik Umno," katanya. -  Bernama


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Aku tak sabar2 nak tengok mana punya pemimpin jadi mangsa UMNO kali neh. Tak agak2 nak tuduh pemimpin pembangkang jadi dalang. Secara logiknya ;

1. Adakah pemimpin pembangkang yang mampu kawal sempadan? Mampu kawal radio? Mampu kawal pegawai2 yang menjaga kawasan sempadan?

2. Adakah pemimpin pembangkang yang cakap penceroboh lahad datu bukan pengganas?

3. Adakah pemimpin pembangkang yang berikan masa untuk mereka [penceroboh] berunding selama berminggu2?

4. Adakah pemimpin pembangkang yang melarang/menghalang/melengah2kan serangan dilakukan ke atas pengganas lahad datu ? 

KAH KAH KAH

Aku tatau la. Kelakar betul. Yang buat keputusan orang lain tapi orang lain plak kena tuduh. Gila keji. 

Kalau aku jadi bn, aku dah tahu neh pemimpin pembangkang buat onar, aku tembak je semua sampai mampos. Padan muka. Buat apa aku berunding la, siap sebarkan persidangan geneva balbalbala.. siap bekap penceroboh2 tue lagi.... siap tutup cerita di media lagi cakap takde apa2. Kalau aku, aku war2 kan je. Biar satu dunia tahu sikap sebenar pembangkang. Kan dah kantoi disitu.

Tapi tue la.. tindakan aku tak reflect dengan tuduhan aku sekarang neh. So aku pun err confused. Asal dapat fitnah pemimpin pembangkang jadi la kot. Betul2 tahap terdesak habis neh.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...