Adakah mereka benar2 pengganas? Ataupun mereka sebenarnya penjenayah kecil yang dilabel sebagai pengganas?
Harus diingat, kita tak perkecilkan teknik dan taktik yang akan digunakan oleh ATM dan PDRM kita. Tetapi rakyat awam macam aku tak boleh baca pemikiran korang.. dan untuk itu aku minta maaf. Kerana tak boleh baca misi tersembunyi tersebut. Kalau la mereka benar2 pengganas, maka kita ada persoalan yang lebih besar dari persoalan di atas.
Kesan projek IC Mahathir dah menunjukkan respon balas.
Lihat bawah neh sat ;
Apa maksud kata2 ini? Ko ingat senang2 depa bleh dapat baju pro bn? Ko ingat senang2 depa bleh menyamar sebagai orang kampung?
Nak menyamar jadi orang kampung kena ada IC.
Nak menyamar jadi penyokong bn kenala pakai baju bn.
Kalau depa bukan orang tempatan mana boleh menyamar jadi orang kampung. Kalau mereka menyamar jadi warga asing yang sedang bekerja di malaysia utusan akan statekan mereka menyamar sebagai warga asing. Tetapi tidak. Utusan state mereka menyamar jadi orang kampung kerana mereka memang orang kampung yang dapat IC.
Mahathir mempergunakan mereka atas nama undi, mereka mempergunakan mahathir atas matlamat yang berbeza pula.
Laporan kat bawah neh juga perlu korang teliti. Terbitan BH beb.
Polis dan ATM kita tak bersedia. Mereka tak bersedia dedahkan semua cerita. Ia tergantung dan separuh2. Cerita yang tergantung inilah akhirnya akan membuka peluang kepada masyarakat untuk menganggap bahawa ia sandiwara dan konspirasi sesetengah pihak. Ada benda yang mahu ditutup.
Jangan salah faham, aku tak pernah mengatakan konspirasi itu wujud, sandiwara itu ada. Yang aku nampak sekarang neh ialah cubaan menutup kelemahan. Aku takan ulas lanjut. Bukan masa sekarang at least. Biarlah operasi ini diselesaikan sepenuhnya dan post mortem public akan menyusul selepas itu. Ingatlah, ia bukan kenyataan untuk menghukum sesiapa, sekadar untuk dijadikan iktibar agar kita semua berubah dengan memperbaiki kelemahan2 itu. Bai.