Di bawah ini adalah penjelasan dari pemandu tue pula. Korang baca ;
Pemuda Umno Lumut, Perak mengaku ada anggotanya terbabit dalam kemalangan di sebuah jalan raya di Lekir menuju ke Kamunting yang mengakibatkan seorang wanita warga emas maut, tetapi menafikan dakwaan bahawa pemandu kenderaan itu melarikan diri.
Sebaliknya, Ketua Pemudanya, Mohd Shahril Yahaya berkata, pemandu yang enggan namanya disebut itu hanya beredar kira-kira 100 meter dari tempat kejadian kerana takut dengan beberapa orang bertatu yang berada di lokasi kemalangan itu.
"Trak Hilux itu diserahkan kepada pemuda untuk pilihan raya. Pemandu itu bukan sengaja melanggar tetapi dia cuba nak hentikan kenderaan tapi dia terempuh.
"Bukan seperti yang didakwa (larikan diri). Pemuda tu ada turun. Tapi lepas dia tengok dah tak bergerak, dia bawa Hilux itu kira-kira 100 meter sebab masa itu sudah ramai orang kerumun dan pemandu dalam keadaan takut.
"Dia takut sebab dia risau keselamatan dia dan takut diapa-apakan sebab masa itu ramai orang yang bertatu dah ada kat situ. Pemandu ada je dekat kawasan situ tapi terpaksa tak mengaku sebab tak nak sebarang kejadian yang tak diingini terjadi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Ahad lalu, akhbar China Press melaporkan bahawa mangsa yang menunggang motosikal berasingan bersama suaminya yang berusia 78 tahun dalam perjalanan pulang rumah selepas menoreh di sebuah estet, di langgar di sebuah jalan raya di Lekir menuju ke Kamunting.
Menurut Facebook cucu mangsa, Joanne Lim, datuknya menunggang motosikal kira-kira enam meter di belakang neneknya sebelum secara tiba-tiba sebuah kereta Hilux dengan logo BN dan Umno meluncur laju dan merempuh belakang motosikal neneknya.
Selepas itu, menurut Joanne, neneknya telah terpelanting serta terjatuh dengan kepalanya mengenai jalan raya.
Beliau juga mendakwa, pemandu kenderaan itu bersama dua penumpang lain mencabut logo BN dan bendera 1Malaysia daripada kenderaan itu sebelum beredar.
Akhbar China Press juga melaporkan bahawa pemberitanya sendiri menyaksikan beberapa lelaki mengoyak logo parti dari kenderaan itu sebelum melarikan diri dari tempat kejadian tanpa memberi sebarang bantuan kepada mangsa.
Shahril bagaimanapun menafikan dakwaan yang mengatakan pemandu itu mencabut logo serta bendera dari kenderaan itu.
Menurutnya, beliau turut mempunyai saksi lain ketika kejadian memandangkan terdapat jawatankuasa Pemuda di belakang kenderaan Hilux semasa kejadian. -MKINI-
Memang aku nampak logo umno ade je kat hilux tersebut. Tapi logo 1malaysia dah tak nampak. Tak pasti betul ke tidak depa mencabut, kalau ada wartawan yang nampak patut mereka merakam ataupun sekurang2nya snap gambar kejadian tersebut. At least boleh dijadikan hujah.
Sekurang2nya kalau rasa takut sekalipun, call la ambulance apa seme. At least nampak juga concern disitu. Boleh jadi dia terasa cuak selepas menyebabkan kemalangan. Macam trauma on the spot. Tapi still tingkah laku tue tak patut dilakukan, seharusnya call ambulance. Disebabkan lambat menyelamatkan nyawa dia, maka dia mati di tempat kejadian. 1 atau 2 saat tetap memberikan kesan.
Dan PDRM harus menjalankan siasatan dengan adil. Apakah yang menyebabkan hilux tue terlanggar nenek tue? Adakah kesalahan berpunca dari hilux tue? Kalau ya mohon bertanggungjawab. Seelok2nya pemandu tersebut pergi jumpa family mangsa dan minta maaf. Mungkin anda tidak akan dimaafkan dalam masa terdekat tetapi at least ada kesedaran untuk berbuat demikian pun dah bagus. Lepas tue biar undang2 adili samada dia bersalah ataupun sebaliknya. Bai.