Cuma tak diwar2kan di public sebab belum boleh dilepaskan. Polis tak keluarkan kenyataan lanjut, kita pun nak menghormati perasan ahli keluarga yang terlibat. Sudah semestinya mereka berduka di atas apa yang menimpa ke atas ahli keluarga mereka. Mati itu sudah cukup menyedihkan. Menyeksa ahli keluarga mereka dengan melakukan sesuatu hal yang "kejam, biadap dan kurang ajar".. sehinggakan ahli2 keluarga yang melihat mayat itu jatuh, pengsan, terkejut, trauma dan sakit ahti.. itu perkara yang lain..
"Mayat anggota polis yang terkorban itu ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," tambahnya..
Polis menamakan enam anggota yang terkorban sebagai Supt Ibrahim Lebar, ASP Michael padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Abdul Aziz Sarikon, Koperal Salam Togiran dan Lans Korporal Mohd Azrul Tukiran.
Ketua Polis Negara , Tan Sri Ismail Omar sebelum ini enggan mengesahkan laporan bahawa ada mangsa dipenggal dan juga mata mereka dikorek keluar.
Tindakan ini dipercayai balas dendam kerana ada anggota2 mereka yang mati terbunuh pada serangan hendap yang berlaku pada jumaat lepas. Mereka serang hendap pasukan negara lepas tue bila pasukan negara pertahankan diri sehingga ada yang mengorbankan nyawa, mereka tak puas ahti.
Dalam pada itu media2 filipina masih membekap penceroboh2 sulu ini. Sudah semestinya mereka bermain wayang. Yang bodohnya rakyat malaysia yang berbalah sesama sendiri disebabkan laporan media filipina. Agak bangang disitu. Mereka tidak tahu media antara perang saraf, perang propaganda, perang saiko yang sangat2 berkesan dalam melemahkan dan mengoncang semangat lawan.
Baca bawah neh, bagaimana kerajaan filipina masih membekap secara tidak langsung tindakan2 pencerobohan ke atas sabah ;
Bagaimanapun, Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina mengeluarkan satu penjelasan semalam, bahawa del Rosario tidak melabelkan kumpulan Filipina itu sebagai "pengganas", tetapi mengakui kekejaman tersebut, jika benar, dianggap sebagai perbuatan "pengganas".
"Di Semporna, terdapat dakwaan tindakan keganasan. Seperti yang dilaporkan oleh menteri luar Malaysia, selepas pasukan polis terjebak dalam satu serangan hendap dan dibunuh, mayat mereka dipelakukan dengan kejam.
"Jika benar kekejaman ini dilakukan seperti yang dilaporkan kepadanya, kedua-dua setiausaha luar dan menteri luar itu bersetuju bahawa ini adalah tindakan keganasan," kata kenyataan itu. -MKINI-
Kalau dah buat kerja ganas, bunuh orang, seksa mayat, kacau kampung orang, serang dan sebagainya.. kalau tak dilabel sebagai pengganas nak label sebagai apa? Pejuang? Haktuih.