Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 6 Mac 2013

Sarawak Bakal Diserang MNLF Pula?

Ini laporan akhbar yang dimaksudkan. Lihat bawah ;


Ia di nyatakan oleh presiden pilipin yang memang gila nak kan sabah sejak sekian lama. Yang sebenarnya kalau dapat sabah dan sarawak dorang memang suka bangat. Dah lama dah puak2 neh perasan gila yang Sabah dan Sarawak sebahagian dari pilipin.

Rumours ini ditimbulkan oleh presiden pilipin. Biasalah, nak menangguk di air yang keruh. Menakut2kan rakyat malaysia, melaga2kan sesama malaysia, keluarkan kenyataan berbelit2, kejap babitkan pembangkang kejap babitkan bn seme cukup.

Media kita seharusnya berhati2 dalam menyiarkan laporan2 bersifat spekulatif dari media sana. Media sana lebih teruk dari media malaysia. Dorang punya laporan lebih keji dan dayus. Bahkan tahap kebebasan mereka dalam menzahirkan pemberitaan terlebih terkongkong berbanding malaysia. 

Rujuk sini ;
Indeks Kebebasan Akhbar 2011/2012 yang direkodkan oleh Reporters Without Borders : 

MALAYSIA : 122
Singapura : 135, 
Thailand : 137
FILIPINA : 140 

Nampak tak Indeks kebebasan akhbar Malaysia dan Filipina? Filipina ditangga ke-140, Malaysia 122. Malaysia dah teruk, Filipina lagilah teruk. Yang aku nak nyatakan di sini Media Malaysia ambil petikan Media Filipina jadikan isu utama, Media Filipina ambil laporan Media Malaysia dan laporkan. Media Filipina kaitkan serangan Lahad Datu dengan pembangkang (tanpa menyebut pembangkang yang mana), Media Malaysia pun sebut itu adalah Anwar Ibrahim. Makanya, ramailah warga yang diperbodohkan dengan permainan kedua media ini.
Quote dari member aku. Maleh aku nak tulis ayat lain dah.

http://www.malaysiakini.com/news/189873 

Dalam peperangan, antara yang menjadi faktor penentu kekalahan mahupun kemenangan ialah peranan media itu sendiri. Media boleh berperanan untuk mengapi2kan suasana, juga boleh berperanan menaikkan semangat. Juga boleh berperanan mencetuskan huru hara dan kekacauan.

Jika media2 malaysia gemar menangkap muat laporan2 mereka tanpa memikirkan kesan2 lain, maka sesama rakyat malaysia akan huru hara. Kita dipecahkan dan dibezakan kerana fahaman politik. Yang rasional wujud tetapi taksub lebih menguasai. Peperangan bukan bermaksud angkat senjata, bunuh dan pang pang pang. 

Nooo.

Ada banyak jenis. Media antara yang berpengaruh dan mampu memberikan kesan yang sangat2 besar.

Jika diperhatikan laporan2 spekulatif dari presiden filipina, ia seboleh2 mendesak rakyat malaysia agar rasa risau, dan rasa risau ini akan mendorong najib membuat tindakan2 lemah seperti membayar pampasan kepada pihak tertentu. Meskipun kita tak perlu berbuat demikian.

Sudah tentulah najib tidak boleh berterusan membiarkan rakyat malaysia risau, ini kerana kerisauan tersebut akan dizahirkan dalam bentuk undi. Silap langkah, bn akan terus terkubur dalam pru-13. Meskipun penganalisa berpendapat bn mempunyai peluang pada pru-13 tetapi akan menerima ancaman besar pada pru-14. 

Jadi, berhentilah memikirkan bahawa laporan2 dari media pilipin boleh digunakan untuk menyerang sesama rakyat malaysia. Be it PR dan BN, try fitler maklumat2 yang diterima. Jangan membuta tuli. Media zaman sekarang berkepentingan. Lain media, lain negara, lain kepentingan. Fikirkan.        

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...