Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 14 Januari 2013

KL, bertukar la kau jadi bandar pelangi - #KL112.

Akhirnya.

Setelah berfikir 2,3 kali aku patut turun ke tak patut turun ke last2 aku pilih gak untuk turun. Tah camne aku rasa perhimpunan kali neh mungkin akan mencatatkan satu sejarah baru buat diri aku. Tah camne aku rasa aku mesti turun walaupun terdapat beberapa perkara yang sepatutnya menghalang aku dari pergi ke perhimpunan ini. 

Aku pernah pergi 50k. Aku pernah pergi 100k. Aku fikir aku kena pergi kali. Aku target mungkin kali ini 200k? Atau almost. Aku nak merasai pengalaman berhimpun dengan 200k pula. Itu analisis awal dan aku ternyata silap besar.

Yang sebenarnya aku agak risau. Aku tengok promosi berkaitan HKR hambar. Promosi tak meluas. Aku bimbang orang tatau. Aku fikir mungkin 200k yang turun jika mereka sesungguhnya tegar pr tapi nampaknya sangkaan aku meleset habis. Yang keluar paling koman 500k. Dan aku bukan cakap besar. Aku cakap apa yang aku nampak dan aku lalui.

Aku berani kerat jari yang 500k paling kurang ini turun bukan 100% sokong pakatan rakyat. Bahkan lebih dari separuh mereka yang hadir ialah pertama kali turun untuk berhimpun. Mereka sokong cause yang di bawa oleh pakatan rakyat bukan pakatan rakyat itu sendiri, itu aku berani jamin. 

Dan mereka benci bn yang dilihat tak pernah memahami setiap rintihan ahti kita.

Kita cuba bercakap cara baik dengan bn.
Kita telah merayu mereka banyak kali.
Kita telah bersuara tanpa henti.
Kita telah menangis banyak kali.

Kita minta bn untuk faham. Untuk tolerate. Untuk fikir. Untuk kaji. Untuk selidik. Untuk adil. Tapi mereka tak pernah nak buat. Semakin kita merayu semakin kita di tinggalkan. Semakin kita mengharap semakin kita dipijak. Semakin kita minta simpati semakin kita diperdaya.

Untuk semua rasa dan keluhan yang kita alami ini, kita bertemu, bergabung dan berhimpun. Lalu tercetusnya 500k atas jalan. Dan sekali lagi aku bagitau ini bukan cakap besar. Ini apa yang aku nampak dan lalui.

Minaq jinggo berspekulasi dengan gambar. Yang hadir tak seramai yang diperkatakan. Aku nak balas balik. Dia mungkin 24 jam di stadium merdeka tetapi sayang dalam masa 24 jam dia disitu dia bukan boleh jadi 24 individu di stadium. Dia masih satu. Dan itu maksudnya dia hanya mampu berada di satu tempat pada satu2 masa. 

Dia tak mampu berada di semua tempat dalam masa yang sama. Mata dia tak menipu. Kamera dia tak menipu. Tetapi mata dan kamera orang lain bukan pembohong juga. Inila dia manusia. Kita kena akui kita tak boleh nampak semua perkara. Kita bukan Allah swt. Kita jangan risau kerana Allah swt tak pernah minta untuk kita jadi sempurna. 

Dan kita juga kena faham pengalaman kita tak mewakili orang lain. Kamera kita juga bukan mewakili penglihatan orang lain. Kalau ini kita faham kita takan menafikan apa yang orang lain nampak. Kita kena faham bahawa setiap 1 minit yang berlalu berlaku perubahan yang mata manusia macam kita tak mampu tangkap meskipun kita menggunakan kamera paling canggih.

Oke. 

Bas berhenti. Bunyi hon. Kuat. Aku terkejut. Rupanya drebar bas nak HIJAU. Dia tak boleh datang tapi dia hijau dalam ahti dan dalam bas.

Itu malam sebelum hari kebangkitan rakyat. Malam yang jalan petaling street dipenuhi majoriti chinese yang hijau. Malam yang menafikan bahawa hanya melayu turun berhimpun. Malam yang mana umno menangis, mca menangis bahkan mic juga akan menangis kerana sejarah akan tercipta apabila mereka jatuh bila bn lingkup.

Siang. 7 jam sebelum berhimpun. Mereka bertebaran atas jalan. Merah, kuning dan hijau. Tak sabar. Jam baru 8 pagi tapi mereka sudah ada disini. Di jalan petaling = petaling street. Muka2 cina + melayu + india = malaysian yang mahu melakar sejarah. Datang dari pelbagai ceruk dan pelusuk negeri.

Wong Tuck menjadi idola. Di angkat di petaling street mengalahkan pemimpin dap. Aku berjalan. Hari masih pagi dan member pun tak bersiap lagi. Berjalan dan berjalan akhirnya dapat mafela free. Aku tanya je nak beli kat mana. Sekali dapat free la pula. Terima kasih orang johor. Semangat korang memang power. Moga bn akan tumbang bermula dari johor.

Masih terlalu awal untuk ke stadium. Tetapi orang yang dah keluar dan lepak atas jalan dah memenuhi setiap jalan di kl. Aku berjalan masuk ke puduraya. Mata memandang semacam sebab mafela yang aku pakai. Ko kenapa? Tak puas ahti aku dapat free ka?

BERSIH.
BERSIH.

Ejekan atau laungan? Aku tatau. Kalau ejekan ko boleh pergi mampos. Ingat tue.

Lepas jumpa member, dengan kehadiran Leman Raja Lawak dan YB Fuziah Salleh di kawasan itu, yang nampaknya memang macam rakyat biasa bukan macam pemimpin bn yang tak cool, kami berjalan menuju ke destinasi. Tak seiringan tapi sehaluan.

Sepanjang jalan seperti pesta. Macam2 gaya, macam2 banner dan macam2 ekspresi manusia. Dengan pelbagai bentuk bantahan yang mereka terjemahkan. Harus diingat, ini ialah perhimpuan rakyat. Hatta mereka datang #kl112 atas sebab mereka anti najib sekalipun, itu hak mereka. Aku dan ko jangan menilai kerana perhimpunan ini tiada tema tertentu.

Apa yang ko rasa, ko luah.
Apa yang ko marah, ko cakap.

Ko nak berslogan ko anti bn dan benci najib sekalipun hak ko. Ini tujuan ko berhimpun. Aku dan orang lain tidak boleh mempertikaikan hak ko sebab perhimpunan ini tak pernah tetapkan tema/syarat = sebab untuk ko turun berhimpun. 

Cause itu ko sendiri cari berdasarkan apa yang ko alami, jika orang lain cakap ko salah jangan bimbang. Mereka bodoh. Belum faham.

Aku tiba di destinasi selepas berpecah. Member aku dah hilang dalam lautan manusia. Handphone pula takde akses. Nak call tak boleh. Internet lagi macam haram. Duit plak dah habis. Mana taknya aku singgah dan beli di seme tempat yang boleh dibeli. Aku datang dengan beg tak berapa penuh tetapi balik dengan tangan full-loaded kiri kanan.

Kurang ajar punya peniaga. Boleh tak jangan jual benda best2 time orang nak pergi berhimpun? Pui.

KAH KAH KAH 

Gambaran awal. 





** Gambaran ketika majlis belum bermula. Jam 12 lebih tak silap aku. Orang masih ramai luar stadium. Aku fikir owh oke masih banyak tempat kosong dalam stadium. Sure muat neh.


Dalam ahti aku saat ini. 100k kot. Waktu puncak pastinya akan ada 100k. Aku tak sasar tinggi macam Mat Sabu. Aku terfikir juga apa rasionalnya sasar 1juta tue? Aku pernah tanya depan2 Mat Sabu dan Hishamuddin Rais. Tapi depa cakap ini sasaran. Kita mesti ada sasaran, cita2. Dapat tak dapat itu selepas perhimpunan baru cakap. 

Walaupun gagal capai sasaran tapi angka 500k bukan cikai2. Bahkan UMNO sendiri tergolek melihat angka kehadiran. Dorang tergolek sebab tue sekarang sedaya upaya gunakan media untuk menafikan angka yang hadir. Aku dan ramai orang tak kisah.

Korang boleh menipu. Tetapi belum tentu orang akan tertipu. Bahkan penipuan tersebut akan terbongkar. Orang yang pergi kl bukan takde otak. Dorang bercakap.

Hoi gila la KL hari neh.

Kenapa2?

Jalan sesak orang ramai ke #KL112.

Ko ingat seme orang yang p kl tue turun berhimpun? No. Ada yang terpaksa lalu. Bila lalu dorang nampak. Dorang lihat. Dorang analisis. Ko punya citer di tv dibandingkan dengan apa yang dorang nampak aku rasa manusia normal akan pilih apa yang aku nampak walaupun aku bukan penyokong dan peserta perhimpunan kebangkitan rakyat. 

Itu yang orang akan pilih. Bahkan itu yang penyokong2 umno tegar juga akan pilih. Dorang bodoh tapi belum cukup bodoh untuk menafikan apa yang mata dorang nampak dalam ahti dan sanubari mereka sendiri meskipun dorang tak cakap or luahkan. 

Ada yang berhujah menggunakan AlJazeera. Kurang cerdik. Laporan AlJazeera juga bersandarkan laporan media arus perdana. Bernama. PDRM sendiri cakap di stadium sahaja 80k. PDRM tak ulas angka luar stadium. Apa yang PDRM ulas ialah hadiran melebihi 30k dan ini langgar syarat APA 2011.

Aku gelak. Ia mendedahkan bahawa memang ramai di luar sana yang tak boleh blah dengan pentadbiran bn. Antara bn mahu terima kebenaran dan cari jalan untuk repair ataupun terus nafikan ia dengan menfitnah rakyat tanpa henti. You decide, it's your decision to make.

Oke sambung.

Aku berpusing satu stadium. Dah berpisah, aku blur. Aku nampak macam2 situasi. Kejap aku di atas. Kejap aku di bawah. Kejap aku di tengah padang. Kejap aku dalam stadium. Kejap aku atas rumput. 

Dari suku penuh ke separuh penuh. Aku rileks.
Dari separuh penuh hingga ke lebih dari separuh penuh. Aku still rileks.
Dari separuh penuh hingga ke 95% penuh. Aku rasa aku dah tak boleh rileks. 

Biar betul bhai. Keliling aku orang duduk atas lantai pun bersepah. Aku atas rumput neh jenguk luar stadium pun masih bersepah orang nak masuk. Dan sekarang ruang stadium hanya ada kapasiti 5%?

Itupun aku tatau ceruk mana penganjur cakap ada 5 percent. Aku tengok kat laluan keluar/masuk pun orang siap tidur berbaring apa seme. Penat. Takan lue nak suruh depa duduk atas tanah lecah? Boleh. Kena ada alas la. Tapi aku confirm tak selesa. 

Aku out. Aku kena out dari sini. Sebelum suasana betul2 packed aku kena blah. Aku tak berapa tahan dengan suasana packed macam neh. 

Tak boleh keluar kata unit amal.

Kenapa?

Ini laluan khas untuk pemimpin jek.

Mak ai. Aku boleh faham unit amal. Ini protokol dari orang atas. Aku boleh berjalan lagi. Tapi buatnya orang tua yang nak keluar camne? Yang bawa anak camne? Jangan buat protokol gini. Tak ngam sebab takde penanda arah kena keluar ikut mana dan kena masuk ikut mana. Bila orang penat2 berjalan dan denggg !! sangka jalan keluar tapi rupany2 tak boleh keluar.. ia akan mengkiok-kan suasana tak pasal2.

Lagipun bukan setiap masa pemimpin gunakan laluan tersebut. Memandangkan time pemimpin tak guna ko kena bagi orang awam guna. Dalam suasana yang ramai dan padat macam neh aku tak fikir protokol itu rasional.

Sama seperti protokol tak boleh masuk ke kawasan berpagar. Aku boleh faham unit amal. Tapi protokol itu tak rasional bila ada orang dah masuk dan berbaring di kawasan tersebut.

Bila orang lain yang luar dari kawasan tersebut nampak dorang tatau yang unit amal sebelum neh dah larang orang masuk still ada yang masuk dan tak boleh pula nak halau yang dah masuk tue keluar so langkah yang unit amal kena ambil ialah biarkan je la seme masuk arhh habis citer. Pasal dah terlalu ramai. Ada budak2 lagi. Tak salah untuk kita bertindak rasional pada polisi yang tak rasional.

Sama macam polisi tak boleh duduk atas rumput. Time sikit boleh la ko nak halang dan larang. Tapi bila dah padat orang nak duduk kat mana? So tempat larangan tue terpaksa tembus gak kalau tak memang takde tempat dah. 

Tapi respect. Unit amal cuba bersikap cool semungkin yang boleh. Nak marah eh orang2 aku gak. Yang aku tengok berani bertegas pun pakcik2. Itu pun macam dah merayu dah. Tolong la incik. Nanti saya bergadoh pula dengan orang lain. Rileks pakcik. Protokol bodoh tue harus dimahsuhkan ikut situasi.

Harap2 unit amal tak kena marah dengan pengarah unit amal sebab kena faham la. Orang ramai. Dan tak nafikan bila orang2 yang tak dapat masuk ke sesetengah kawasan mungkin ada yang bengkek dengan unit amal. 

Ada sesetengah unit amal bertegas pada perkara yang betul. Tapi ada yang tak kena gaya. Mungkin dia tatau yang kat luar neh dah penuh macam tin sardin. Takde tempat nak duduk. Sebab tue orang minta buka pintu pagar untuk masuk dalam kawasan redup. Apa pun seme oke. Yang tak oke mungkin misscomunication.

Yang buang sampah pun satu hal. Dah minum reti la buang. Ko letak tengah2 jalan. Yang kutip kang member2 ko gak. Tak fikir ke orang tue dah penat nak mengawal suasana lepas tue kena tambah tugas kutip sampah lagi?? ? Apa guna ko sokong perubahan kalau ko tak ubah sikap kau?

Sepatutnya kita yang mahu tumbangkan rejim zalim tidak boleh menzalimi orang lain. Yang makan kau, yang minum kau, yang buang sampah orang lain? Pukul dua berapa tah aku keluar dari stadium bertembung dengan 3 unit amal yang dah separuh pengsan. Cakap dalam waklie taklie pun dah layu semacam.

50k kita oke.
100k pun kita oke.
Ini 500 ribu? Masak kita.

Aku keluar sebab aku sesak. Aku nak jumpa member fb pun tak dapat. Aku nak jumpa rakan blogger dan admin kbsb pun tak dapat. Mungkin dorang dah landing kat mana2. Penat, panas dan padat. Aku update di facebook pun kena marah. Bukan aku complain. Aku gambarkan situasi aku time tue. Bagaimana pula menterjemahkan ekpresi itu merupakan kesalahan. Bahkan perkataan siot aku jadi pertikaian. 

Arh sudah. Aku tak larat nak argue. Sila marah aku kalau ko suka. Tetapi jangan harap aku respon time tue la. 

Sah keluar dari stadium. Bawa harapan baru. Aku mahu keluar dari kesesakan. Aku dah pening dengan lautan manusia. Sekali aku keluar...

YA ALLAH.

Aku tercengang. Oke. Sini lebih sesak dari dalam sana. Nak berjalan pun kena melilau cari ruang. SAMM kat depan bagi ceramah. Orang bawah, naik atas guna laluan bukit. Menuju di kawasan lapang dataran. 

Aku plak? Aku kena blah blah blah dan blah cari tempat duduk sebab aku memang tak tahan sesak. Nanti aku pengsan.

Aku keluar sampai jejantas. Setelah menyelit di celahan sempit. Aku tengok jejantas penuh. Tapi aku lebih terkejut bila pandang kanan. Itu apa? Lautan manusia? 

Wehhhh !!!!!!!

Dalam stadium dah penuh bhai. Jangan datang sini lagi. Kat atas tue dah sesak semacam. Berhenti bergerak kerana ruang luar stadium pun dah macam tin sardin oke.

Aku rasa kalau aku ada mike itu kot yang aku cakap.

Aku geleng kepala. Biar betul. Apsal ramai sangat neh. Aku naik jejantas. 

Tolong la. Tolong la salah seorang dari kamu bangun kerana aku mahu duduk

Aku doa dalam ahti. Sekali memang ada yang bangun. Dan aku duduk melepak kat laluan jejantas. Aku pening. Ini bukan 200k. Bukan 300k. Ini lebih. Rupanya bila kurang provokasi orang lebih berani hadir. Bila kurang ancaman orang lebih berani keluar. 

Pakcik makcik jangan cakap. Bersepah. Uncle auntie pun sama. Bersepah. Ada satu family tue. Indian. Siap camping bhai. Betul2 kat depan pintu masuk utama dataran. Yang kat atas bukit tue ko jangan cakap la. Bersepah geng2 kita piknik sambil rehat santai.

Aku tak percaya tetapi inila yang berlaku. Sesungguhnya kl hari itu dibanjiri dengan lautan manusia pelbagai warna dan slogan. Yang kenderaan jangan cakap la. Yang hon tanda sokong bersepah. Yang tak dapat turun tapi pakai baju ikut tema pun ada. Pendek kata hari itu ialah hari kita.

Lepas rehat lebih kurang aku blah. Aku g monorel. Aku nak p puduraya. Habis tak habis aku tak peduli. Yang aku tahu aku kena rehat sebab badan aku dah tak boleh tanggung. Dan apa? Di monorel juga ramai orang.

Aik.

Kat sini ramai yang nak balik. Kat sana tak putus2 masuk. Sampai bila nak habis neh? Padan la kaunter tak teratur. Pegawai siap keluar dan guide jalan sebab orang terlalu ramai. Tak pernah dalam sejarah dorang orang berhimpun seramai ini atas satu tujuan iaitu hapuskan kezaliman bn. 

Ini kali keempat dan ini paling ramai. Jumlahnya semakin lama semakin meningkat. Dari 50k ke 100k ke 500k. Dan mungkin lebih. Aku tak kira satu persatu2. Aku hadir kesemua perhimpunan mega dan inilah perhimpunan yang paling ramai dihadiri.

Aku tiba di hang tuah. Dalam poket ada rm1. Gila. Aku beli seme benda yang aku nak beli. Selalunya aku berkira2 oke. Tapi hari tue kat seme tempat aku buat pelaburan. 

Aku cari ATM. Tak jumpa. Yang aku nampak kedai jual keropok lekor. Perut plak lapar. Jalan kaki dan keropok lekor. Tu gabungan menarik. Walaupun tengah panas. Dan keputusan aku tak sia2.

Sebab?

Baju kuning. Teksi berhenti. Sampai di destina dan ia free

Ketahui la pakcik dan makcik saya amat menghargai anda. Aku dapat percuma kerana aku pakai baju kuning. Pakcik tue sokong perhimpunan kebangkitan rakyat. Tapi teksi tak boleh pergi. Bahkan tak boleh nyatakan sokongan. Takde demokrasi. Lesen dan teksi akan ditarikbalik. Sabar. Masa untuk mereka pasti akan tiba.

Ia mungkin kecil tapi bagi aku ia besar. Dengan panas, penat dan lapar, dihantar terus ke puduraya itu rahmat. Dan aku berterima kasih. 

Naik.

Kena perli atau ejek aku tatau. Aku tutup muka dengan mafela pun dorang kecoh. Diam la. Nak je aku sound. Mentang2 aku sorang ko ramai. Sekali aku mengamok karang tahu la ko. Nasib baik aku penat. Kalau tak mao gak aku balas. 

Aku mandi dan rehat. Perhimpunan belum tamat. Aku tahu. Tapi kol 4 lebih aku dah ada kat puduraya. Aku tak boleh teruskan. Sorry. Terlalu ramai. Takde tempat di kl pada hari itu takde manusia berwarna warni. KL hari itu menjadi bandar pelangi. KL hari itu bertukar menjadi pelangi. Dan sesungguhnya warna2 pelangi ini benar2 menakutkan biru yang dia sangka selama ini dia ialah langit. 

Last.

Ada ramai kanak2. Ia persekitaran yang sihat dan aman. Jika polis nak sembur water cannon dan perhimpunan ini tidak mendapat permit ko boleh melatah. Ia aman sejak bermula. Maka kehadiran kanak2 jangan dijadikan subjek utama. Hidup kena rasional. Jika kanak2 ini hadir dalam perhimpunan provokasi maka teguran ada asas. Jika ia aman kenapa perlu dipertikaikan?

Angka? 

500k anggaran aku. Di setiap jalan bersepah orang. Bukan seme menuju ke stadium merdeka. Ada yang duduk santai. Bahkan lepak dalam shopping complex pun ada. Rileks umno rileks. Belajar je terima. Tak rugi satu sen pun ko akui kebenaran. Dari situ berpaksikan kepada realiti ko mungkin sedar dan ada inisiatif untuk berubah. Ada ubat yang pahit, tetapi yang pahit itu memulihkan.

Namun jika ko berterusan ego dan angkuh, ko akan jatuh. Jatuh dengan kezaliman yang sendiri lakukan. Bukan orang lain paksa ko untuk zalim. Bila ko zalim, ko zalim kerana ko mahu zalim. Simple. 

Himpunan Shamsidar?

Ya, itu propaganda. Tetapi propaganda yang berbaur fitnah bukan halal. Jangan main2 dengan balasan Allah SWT. Ya, hihi haha huhu.. bloggers umno dan media umno melaungkan fitnah. Tapi ingat. Depan Allah swt ko punya hihi haha huhu takan berkesan. Jangan rendahkan apa yang Allah swt dah larang. Fitnah walaupun ke atas kafir, orang yang ko benci bahkan orang jahat sekalipun tak pernah halal.    

Melayu majoriti?

Time merempit melayu majoriti sebab bangsa melayu main disini.

Time bohsia melayu majoriti sebab bangsa melayu main disini. Itu alasan yang penyokong umno sering bagi. Tapi kenapa pula bila time berhimpun melayu majoriti tak boleh gunakan alasan yang sama?

Provokasi?

Takde. Ia aman. Jalan jem biasa der. Kena faham situasi. Dalam setahun ada sehari. Aku tak fikir maruah ko terjejas jika ko belajar untuk faham. Apatah lagi ia dah diwar2kan sebelum ini.

Ini juga bukti bahawa kami neh pencinta keamaan. Kami datang nak berhimpun. Nak nyatakan pendirian kami. Dan kami balik. Kami juga bukan suka kepada keganasan dan provokasi oke.

Ringkasan dia. Belajar terima. Lebih cepat ko terima yang bn kini kehilangan sokongan semakin cepat ko akan faham bahawa kuasa kini bukan lagi di tangan ko. 

Sokong kristian ka, sesat ka, khawarij ka, syiah ka, yahudi ka, kiblat salah ka, kalimah Allah swt ka reka la apa2 isu sekalipun untuk menyekat kemaraan kami, selagi ko sendiri tak reti nak tutup maksiat yang ko sendiri luluskan maka semua kata2 ko relevantless. Heh. Bai. 

Nota : Gambar2 akan di upload sebentar lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...