Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 19 Januari 2013

Perkasa nak bakar Bible.

Jangan buat tindakan bodoh walaupun ko memang BODOH!



Tindakan membakar bible adalah tindakan BANGANG tak kira la apa alasan ko sekalipun. Terkini Ibrahim Ali presiden Perkasa telah mengeluarkan satu statement iaitu ;

Perkasa president Ibrahim Ali has called on Muslims to seize and burn copies of Bibles which contain the term “Allah” or other Arabic religious words.
Stressing that he was not instigating communal tension, the Pasir Mas MP insisted that it was the only way to stop non-Muslims from stirring the sensitivities and sentiments of the majority of population in the country.
He said certain non-Muslim groups were out to provoke the Muslims by using the term “Allah” or any other Arabic religious words in the Bible.
Under the Non-Islamic Religion (Control on Expansion Among Muslims) Act 1988, he said non-Muslims are prohibited from using several Arabic religious terms, including Allah, in their prayers or scriptures.
“Muslims must unite to protect their religion. They must seize those Bibles, including the Malay editions, which contained the term Allah and other Arabic religious terms, and burn them.
“This is the way to show our anger against disrespect to our sensitivity,” he told a press conference after delivering his presidential speech at a Perkasa convention here today.

Perkasa nak bakar bible yang ada kalimah Allah. Perkasa juga nak bakar bible yang dicetak dalam bahasa melayu. Perkasa buat sebab nak melindungi kesucian islam. Bagitau aku mana satu dalam ISLAM membakar kitab kepercayaan orang lain merupakan antara ciri2/kaedah yang disarankan oleh islam bagi mempertahankan kesucian islam?

Boleh?

Kalau takde, maka itu maksudnya ko bukan nak mempertahankan kesucian islam. Itu maksudnya ko nak buat kerja gila. Ko nak buat kerja gila maka ko cakap je la atas nama perkasa. Jangan heret dan babitkan islam sana sini. Bukan seme orang faham oke. Bukan seme orang bila baca post ko owhhh ini perkasa je yang buat onar neh.. orang lain dan islam takde kaitan oke. 

Noooooo ....

Ada orang yang tak faham. Bila baca dorang akan automatik kondem islam. Kondem melayu. Dan tak pasal2 dorang akan mempunyai persepsi bahawa islam itu jahat. So dari situ dorang akan zahirkan persepsi dorang melalui perbuatan. Itu yang kita dengar ada majikan cina buli pekerja melayu, ada majikan cina takmo amek pekerja muslim dan etc2.. kesemua ini berpunca dari manusia2 yang berspesis seperti PERKASA.

Sebenarnya cara nak selesaikan kes neh senang jek. Kita berbalik kepada undang2. Undang2 menyatakan bahawa bible bahasa melayu dibolehkan di beberapa negeri. Penggunaan kalimah Allah dalam bible pun dibolehkan dalam beberapa negeri. Antaranya sabah, sarawak dan pulau pinang. Undang2 ini bukan aku yang gubal oke. Tetapi kerajaan. Siapa kerajaan kita? UMNO BARISAN NASIONAL.

Ini fakta.

Ko cakap la pongpang sana sini situ dan blablabla ikut mood ko.. tetapi akhirnya ko tetap kena kembali kepada fakta ketika berhujah. Dan faktanya disini ada di sesetengah negeri perkara seperti itu tidak salah then hormatla. Tak suka? Oke pergi buat usul, bentang di parlimen, dapatkan undi, gubal semula undang2. 

Ko ada kuasa itu. Ko ialah ahli parlimen. Takde sokongan? Buat la demo. Buat la forum untuk nyatakan pendirian ko. Lantak ko la. Ini kan negara demokrasi. Ko punya pasal la nak ada apa2 pendirian sekalipun.

MEMBAKAR KITAB KEPERCAYAAN AGAMA ORANG LAIN ADALAH MERUPAKAN SATU PROVOKASI meskipun PERKASA kata ia bukan mahu menimbulkan provokasi. Bercakap seperti itu di depan orang jek dah menampakkan bahawa ko sedang melakukan provokasi. 

Dan sesungguhnya itu langkah yang sangat bodoh. Brutal. Nampak sangat kita tak reti nak respect kitab kepercayaan orang lain. Even dalam bahasa melayu pun even ada kalimah Allah pun ia still tindakan provokasi.

Jangan sampai satu dunia tahu. Semakin teruk la persepsi dorang terhadap muslim malaysia. Kita cuba menjadi jaguh dalam kalimah Allah. Kita ya, no 1 nak pertahankan kalimah Allah. Bagus neh. Hebat la katakan. 

Tetapi kita lupa, di sini ada benda yang lebih besar mudharatnya berbanding isu kalimah Allah. Bahkan ada benda yang mana terang2 HARAM hukum nya yang kita sendiri tak banteras. Ini ibarat kaki kita kotor, penuh kuman, tapi kita sibuk bab kuku orang lain yang terpanjang sikit.

Jadi la manusia berakal. Selesaikan masalah ikut tingkat kepentingan. Aku tahu, ko tahu bahkan Allah swt lebih tahu.. siapa yang main politik dan siapa yang ikhlas. Kita boleh tipu orang tetapi Allah swt? Kita tak boleh tipu. Fikirkan 

Respon : http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/01/19/burn-allah-bibles-perkasa-chief-tells-muslims/

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...