Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 18 Januari 2013

Utusan Malaysia kena bayar RM70,000 kat Khalid Samad.

Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar RM60,000 sebagai gantirugi kepada anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad kerana menerbitkan artikel bersifat memfitnah di akhbar itu...

Keputusan itu dibuat panel hakim lima anggota diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Panglima Richard Malanjum semalam sewaktu menolak permohonan semakan oleh Utusan Melayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan Melayu membayar gantirugi itu.

Panel hakim lain terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, juga mengarahkan Utusan membayar kos guaman RM10,000 kepada Khalid Samad.


Lepas neh perkasa akan buat kutipan derma bergerak untuk utusan. Dont worry, ahli2 UMNO dan PERKASA ramai yang kaya raya sebab tue sanggup berbayar seme nya. Gula naik pun tak heran. Cukai kereta tinggi pun tak bising. Pendidikan mahal pun tak kecoh. Tol naik pun tak heran. Barang naik pun still steady. Lainla kami.. kami nak murah je sebab tak kaya raya cam korang. Bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...