Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 1 Disember 2012

Gambar Najib Solat Hajat untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Piem berhati baik.


Dia mahu rakyat malaysia sedar bahawa walaupun pas mendoakan bn KO, bn takan balas perbuatan itu. Sebaliknya bn akan mendoakan kesejahteraan untuk seme rakyat malaysia tak kira la sapa pun ko. 

Berikut antara isi kandungan doa tersebut ;


Umno mendoakan agar umat Islam dan seluruh rakyat di negara ini hidup dalam suasana aman, sejahtera dan bersatu padu.
Demikian antara kandungan doa yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom selepas solat hajat di bangunan PWTC di sini, Jumaat.
"Kami mohon satukanlah hati-hati kami ya Allah...seluruh muslimin dan muslimat ya Allah...di utara, selatan, timur dan barat ya Allah. Kau tautkanlah ukhuwah dan ikatan sesama Islam ya Allah.
"Peliharalah negara kami ya Allah...peliharalah pimpinan-pimpinan kami ya Allah, peliharalah rakyat negara kami ya Allah, peliharalah raja-raja kami ya Allah," katanya.
Aku nak ucapkan terima kasih kepada umno kerana sudi doakan aku disitu. Aku berdoa agar doa umno mengenai ==> Umno mendoakan agar umat Islam dan seluruh rakyat di negara ini hidup dalam suasana aman, sejahtera dan bersatu padu..
DIMAKBULKAN.

Ini sebenarnya doa mendoakan kehancuran umno dan bn secara tidak langsung. Dan ia didoakan oleh orang umno sendiri. Ini bukti bahawa umno sudah mula memahami bahawa memang rakyat2 di malaysia ini tidak aman, tidak sejahtera dan tidak bersatu padu.
Pasti.
Sudah tentu kita hanya akan meminta sesuatu yang kita tiada dari Allah swt. Contohnya aku ada kereta proton so takan la aku nak minta Ya Allah swt permudahkan rezeki ku agar aku dapat beli proton sama sebijik seperti yang aku ada sekarang? No. Sudah tentula tidak. Kita minta apa yang kita tiada. 
Jadi di malaysia rakyat tidak hidup dalam suasana aman dan sejahtera. UMNO tahu. Sebab tue umno berdoa begitu. Dan itupun satu perbuatan yang bagus kerana akhirnya umno mula belajar terima hakikat. Pintu dibuka seluas-luasnya kepada umno kalau mereka ingin berubah ke arah kebaikan. 
Jangan risau, biarpun doa itu akan mengkaramkan umno dan bn, kami akan paut tangan2 umno dan bn untuk tidak karam bersama parti umno. Kami tak benci individu oke. Kami pun tak benci parti. Kami benci sikap je. Harap umno faham le. Anyway, thanks ek, akhirnya sudi juga korang berdoa meminta kesejahteraan walaupun selama ini korang asyik berkata malaysia neh aman jek. Ini satu usaha yang aku puji. Syabas kepada UMNO.  

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...