Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 30 November 2012

Jawapan kepada Maaf Najib.


Sebelum ini aku berkeras dan bertegas tidak mahu maafkan najib. Dan ramai yang marah dan sound gua. Katanya ini bukan sikap seorang muslim. Kita saling memaafi. Ini baru contoh yang betul. Dia dah minta maaf at least dia melepaskan ego dia. Perlu ke kita bersikap ego untuk tidak memaafkan dia?

La.

Ego pula yang ko pandang?

Tak maafkan itu ego?

Yang minta maaf itu tak ego?

Aku tak maafkan sebab aku akan sentiasa mengungkit kesalahan umno. Aku bukan taknak maafkan tetapi apa guna aku maafkan dia jika selepas ini aku akan sentiasa bahkan berterusan mengungkit kesalahan2 lampau bn?

Tujuan najib minta maaf ialah minta kita berhenti mengungkit dan membangkitkan kesalahan lampau. Ini maksudnya dia minta kita lupakan terus apa yang telah berlaku. Buat buku baru. Bina perhubungan baru. Itu tujuannya. 

Dan kalau korang rasa korang boleh dipersilakanlah. Aku tak boleh.  Aku hanya bersikap jujur dan meluahkan apa yang aku rasa. Jika korang rasa korang ialah muslim yang baik dan lebih islamik dari aku yang taknak maafkan najib, dipersilakanlah. Bukan aku halang laluan ko ke syurga pun.

Najib, jawapan kepada permohonan maaf ko adalah sama dari aku. Aku tidak maafkan ko. Aku tidak juga maafkan bn dan umno. Jika maaf boleh selesaikan masalah apa guna nya bn saman orang? Apa guna nya ada PDRM? Apa perlunya institusi kehakiman di malaysia? Apa sebab jadi peguam, polis dan hakim? Untuk apa undang2 itu?

Jika kesalahan ko kecik umpama ko terbaling batu kat aku aku fikir aku boleh maafkan ko. Tetapi kesalahan ko besar dan berat. Kesalahan bn amat dasat dan sukar untuk aku melepaskan dan melupakan seme perkara itu. Aku terasa di aniaya dan aku benar2 dizalimi di bawah pentadbiran ko. Aku dah gunakan segala ruang dan peluang untuk bercakap dengan ko.

Time ko minta apa pandangan rakyat terhadap bajet 2012 dan 2013 aku siap tulis karangan untuk ko dalam blog ko, dalam google yang ko sediakan platform untuk berinteraksi. Aku buat apa yang aku boleh buat. Aku siap promosi lagi. Ini usaha aku untuk mendekati ko dan ikut cara ko buat kerja. Aku cuba peluang itu dan akhirnya segala idea aku dibakolsampahkan bahkan idea majoriti dibakolsampahkan oleh bn, macam biasa.

Time ko buat polisi2 bodoh dan bebal aku ulas dalam blog. Aku bercakap dengan ko. Cara baik ada cara tak baik pun ada tetapi majoriti cara baik sebab aku tetap hormat ko sebagai pm malaysia. Ada ko nak heran? Haram.

Time ko merepek dan meroyan pun aku ulas dan bidas. Aku tegur segala perbuatan ko dengan segala pengetahuan yang aku ada. Cara baik dan tak baik tetapi majoritinya adalah cara baik sebab ko tetap umat islam di mata aku. Ada ko nak kesah? Haram juga.

Time ko difitnah aku tetap bekap ko walaupun aku tak suka cara kerja ko.

Dan sekarang ko minta maaf seolah2 apa2 yang ko buat itu boleh dicuci dengan lafaz maaf?

Maaf selepas melakukan penyelewengan dan pembaziran sehingga menyusahkan rakyat malaysia?

Maaf selepas membiarkan rasuah oleh kroni sendiri terlepas?

Maaf selepas melakukan pindahan polisi zalim dan menganiaya rakyat?

Maaf selepas melakukan fitnah secara terbuka di depan tv?

Maaf selepas menjadi penyebab rakyat dibantai polis?

Maaf selepas buang duit merata2 untuk projek2 kroni yang tak menguntungkan rakyat?

Maaf selepas menaikkan harga gula, minyak dan barangan asas?

Maaf selepas mengadai hak orang melayu?

Maaf selepas melakukan penindasan ke atas umat islam?

Maaf selepas melakukan kezaliman yang amat dasat terhadap rakyat marhaen?    

Di jepun presiden mohon maaf dan letak jawatan najib. Itu tanda mereka ikhlas dan bertanggungjawab. Di malaysia ko minta maaf dan suruh orang undi ko?    

Maaf. Aku yang nak minta maaf dengan ko najib. Maaf sebab aku taknak maafkan ko. Aku bersedia berjumpa ko di akhirat sana. 

Dengan ko, dengan polis yang bantai aku, dengan polisi2 kementerian yang menzalimi aku, dengan menteri2 yang jahat yang menyebabkan aku teraniaya secara langsung dan tidak langsung, seme aku bersedia nak jumpa kat akhirat kelak. 

Biar ko datang melutut dan merayu pun aku tetap bertegas tidak mahu maafkan ko. Sebegini tegas aku lakukan bukan kerana aku ego tetapi kerana luka yang bn pahat dalam ahti terlalu dalam dan terlalu jauh. Maaf tidak boleh menyembuhkan luka walaupun ia mungkin boleh mengurangkan rasa duka. 

Jadi najib, kita selesaikan urusan maaf ini depan Allah swt. Biar Allah swt tentukan samada kekerasan aku yang enggan maafkan ko benar ataupun maaf-undi ko yang betul. Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...