Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 26 November 2012

UZAR dan MAZA bekap doa dizalimi oleh PAS ke atas BN.

Dua tokoh ilmuan ini menjelaskan kefahaman mereka dari sudut agama. Memang la orang2 umno dan bn takan boleh terima sebab dorang kalau boleh sampai ke dalam isu2 kandungan doa orang lain dorang nak kawal macam dorang kawal teks khutbah jumaat.. macam dorang kawal apa yang boleh didoakan dan apa yang tak boleh didoakan oleh imam2 lantikan kerajaan seperti itulah dorang nak kawal kita. 

Gila keji weh. Keji.

Kat bawah neh kenyataan dua tokoh agama mengenai doa yang didoakan oleh adik TGNA yang mencetuskan konflik dan kontroversi padahal ia isu remeh temeh sahaja. Isu remaja yang buang kewarganegaraan demi artis korea pun lebih besar dari isu neh. 

Yela.. begitu fanatiknya sesetengah remaja demi artis korea yang najib sendiri promosikan budaya tersebut.. bukan kah ia sesuatu yang perlu kita fikirkan kenapa ek dorang fanatik dan blablabal.. dorang ialah generasi muda yang akan memimpin negara neh oke. Kita takmo dorang terpekik terlolong atas jalan depan konsert dan apa bagai.. kang negara ketandusan mereka2 yang berkaliber untuk memimpin dek gilakan hiburan..


Sumber : sini

Bagaimana pun aku tak bersetuju dengan tajuk artikel. Yang lebih tepat doa orang2 yang dizalimi. PAS kelantan, rakyat malaysia ada di antara kami dizalimi oleh kerajaan dan itu adalah hak kami untuk berdoa apa2 kerana tidak puas ahti dengan apa yang dilakukan ke atas kami.

Jika korang kata korang tak dizalimi itu adalah hak korang sebab korang bercakap atas apa yang berlaku ke atas korang. Aku takmo generalisekan seme situasi adalah sama seperti situasi aku tetapi masalahnya sekarang bn dan umno cuba generalisekan seme situasi sama macam situasi dorang. Itu yang silap dan salahnya. 

Hanya kerana ko tak rasa bn menzalimi ko itu tak bermaksud bn tak menzalimi mana2 orang. Ia hanya kerana ko je rasa bn tak menzalimi ko. Mewakili diri ko. Bukan aku mahupun mana2 pihak yang lain. 

Situasi neh mudah kalau la penyokong umno berfikiran panjang. Cara dia terima la hakikat bahawa pengalaman2 ko mewakili diri ko dan jangan sesekali campakkan ia ke atas orang lain. 

Lagi satu.. aku tak nampak sebab apa bn perlu takut kepada doa ini. Hak berdoa hak umat manusia dan hak makbulkan doa hak Allah swt. Jika bn takut Allah swt makbulkan pergi mohon kepada Allah swt bukan meroyan marahkan PAS. Sepertimana PAS bebas berdoa, umno juga bebas berdoa, kan?

Baca dan fahamkan penerangan panjang lebar dua tokoh ilmuan di atas kat link2 yang diberikan ;

http://www.sinarharian.com.my/nasional/dr-asri-doa-kehancuran-dibolehkan-jika-dizalimi-1.107047

http://www.sinarharian.com.my/nasional/zaharuddin-lebih-baik-doakan-individu-atau-organisasi-dapat-petunjuk-1.107057

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...