Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 26 November 2012

Inilah wajah cikgu yang dipecat sebab sokong PR!

Laa

Yang p dengar ceramah tue sapa suruh? Kan dah kena pecat. Habis la ko dah takde kerja da. Dah kena buang la katakan. Tue la lainkali sokong la bien. Jangan memandai2 nak p dengar ceramah pakatan rakyat. Elok la ko kena buang. Padan la muka. 

Confirm.

Confirm itu ayat penyokong umno yang happy melihat cikgu tersebut dipecat angkara umno. 

Confirm penyokong2 umno sedang booooo kan cikgu tersebut kerana dia dipecat atas sebab menghadiri ceramah pakatan rakyat yang turut menjemput dsai untuk berucap ketika itu. Ini gambar cikgu cun yang dipecat secara melulu oleh bn yang suka cuak ;


Baca bawah sat ;

Kerana menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, seorang kakitangan sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Qatrun Nada Latfi, yang bertugas sebagai guru sementara di Labuan telah menerima notis pemecatan sebulan.

Beliau menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 September 2012.

Qatrun Nada telah disiasat dan menerima notis pemecatan yang akan berkuatkusa pada 1 Disember ini. 

Walau bagaimanapun, notis yang diterima beliau pada 24 Oktober itu tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan secara terperinci.

Sebelum pemecatan tersebut, Qatrun Nada menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai orang kuat UMNO Labuan pada 9 Oktober 2012.

Dalam panggilan itu, individu berkenaan memberi amaran kepada Qatrun Nada agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang. 

Tidak lama selepas panggilan itu, Qatrun Nada dipanggil ke pejabat JAWI Labuan untuk disiasat mengenai kegiatan luar beliau pada 22 Oktober 2012.

Sumber : sini

Ini betul2 kerja gila. Apa yang orang nak buat di luar waktu bertugas pun ko nak pantau? Bodoh ke apa? Itu hak masing2 la nak sokong mana2 parti politik pun. Ko sibuk dah kenapa? Janji dia tak bawa dalam kelas sudah la. Lepas habis waktu berkerja kalau dia nak kempen untuk pr sekalipun hak dia la.

Tapi takpela. Korang buat begini sebenarya yang rugi korang juga. Korang yang pupuk kebencian ke atas diri korang [umno]. Tak payah nak salahkan pembangkang konon pr yang hasut la apa bagai la.. padahal tindak tanduk korang menghasilkan benci orang awam terhadap korang..

Ini juga memudahkan kerja orang2 seperti aku.  Dalam pada aku menyeru seme orang kempen sokong pr korang geng2 umno juga telah membantu aku secara tak langsung ble korang kempen jom benci bn.. terima kasih ek.. jasa mu ku kenang oke.

kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...