Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 12 September 2012

Kes bangang berlaku di Malaysia, MUHYIDDIN TOLONG CEPAT!


Ini kes bangang. Ini kes bahlol. Bagaimana pihak pengurusan sekolah terlalu menekankan nama dan reputasi berbanding perasan seorang murid? 




Kenapa dengan budak dalam gambar di atas neh? Owh.. dia..? Tak boleh amek UPSR. Pihak sekolah tak bagi sebab takut jejaskan imej dan reputasi sekolah. 

Jap.

Setahu aku, pihak sekolah = guru kan?

Guru = mengajar kan?

Kalau budak tue tak cerdik, ajar.

Kalau budak tu salah, betulkan.

Kalau budak tak pandai akedemik, tolong dia, bimbing dia, untuk terokai dan kenalpasti bakat dia. Tak pandai dalam akademik bukan bererti tak pandai dalam bidang lain juga.

Bukan asingkan dia. Bukan pulaukan dia. Dan larang dia amek UPSR semata2 nak jaga reputasi sekolah. Akai ada ka takdak? Lue kata lue guru besar tapi guru besar hapa macam neh? Guru bangang ka guru besar? Meh ajar aku sat. 

Kata kosmo ;

Seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) Bukit Beruntung di sini mendakwa telah dilarang daripada menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula semalam kerana dikhuatiri boleh menjejaskan reputasi dan imej sekolah tersebut.
Bapa pelajar berkenaan, Mahadzir Mokhtar, 42, berkata, dia amat terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan guru besar sekolah itu bahawa anaknya, Muhammad Faiz, 12, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut.
"Saya telah menghubungi pihak sekolah semalam (kelmarin) untuk bertanyakan status UPSR anak saya dan berkesempatan berbual dengan salah seorang guru dan kemudian disambungkan kepada guru besar terbabit namun jawapan yang diberikannya itu cukup mengejutkan," katanya ketika ditemui di sekolah tersebut semalam.
Tambah Mahadzir, pada hari yang sama, anaknya juga telah menemui guru besar berkenaan dan diberitahu tidak perlu hadir ke sekolah.
Disebabkan sikap guru besar tersebut, anak ketiganya itu katanya, enggan hadir menduduki UPSR meskipun telah beberapa kali dipujuk.
"Perkara ini jelas menafikan hak anak saya menduduki UPSR namun lebih mengecewakan adalah sikap guru besar tersebut yang seolah-olah anak saya sahaja yang akan menjejaskan imej sekolah berkenaan.
"Saya akui Muhammad Faiz kerap tidak hadir ke sekolah kerana menghadapi beberapa masalah termasuk masalah kesihatan namun itu tidak boleh dijadikan alasan melarangnya daripada menduduki UPSR," tegasnya.


Untuk rekod, kes neh pernah berlaku di kedah dan sarawak. Nampaknya pengetua2 sekolah yang mementingkan reputasi tak takut langsung untuk berbuat demikian. Kerana apa? Kerana tidak dikenakan tindakan tegas kot.

Oleh itu aku cadangkan muhyiddin yasin selaku menteri pendidikan, tunjukkan kuasa anda, tanpa kompromi pecat jek guru besar tersebut. Ini perlu. Jangan2 ini bukan kali pertama dia bersikap bias dan kurang ajar terhadap pelajar2 sekolah. Pengetua macam neh jangan dibagi can. Pecat dan halau terus dari sekolah tersebut. Sama macam dia buat kat pelajar tersebut, kita buat balik kat dia. Tengok apa dia rasa.

Kebodohan boleh diubati. Cikgu2 hanya perlu luangkan masa untuk mengubati kebodohan tersebut. Bukan halau mereka kalau pelajar mereka bodoh. Cikgu yang halau pelajar mereka yang bodoh adalah lebih bodoh dari pelajar itu sendiri. 

Sekurang2nya pelajar yang bodoh itu sanggup ke sekolah dan berani amek upsr walaupun sedar diri tak pandai mana berbanding cikgu yang menghukum satu2 pelajar tanpa memberikan mereka peluang untuk mencuba. 

Sekarang siapa sebenarnya yang bodoh? Orang bodoh yang mahu berusaha untuk pandai atau orang pandai yang menghalang orang bodoh untuk berusaha? Lue fikirlah sendiri.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...