Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 13 September 2012

Debat TALAM : Pakatan rakyat kalah, MCA menang. 1-0.

Sapa nak tengok video mengenai kekecohan dalam majlis debat anjuran mca di antara mp labis Chua Tee Yong dengan Pakatan rakyat selangor dalam isu TALAM?

Bagi yang belum tengok meh tengok jap kat bawah neh. Ada dua video ;

Video pertama ;


 

Dan video kedua ; 


 

Kekecohan bermula begini ; 

1. Wakil MB selangor hadir ke majlis debat.

2. Dorang hadir on time.

3. Tapi majlis debat dilewatkan dari jam 8 malam ke 8.30 malam atas sebab2 yang tidak dapat dipastikan.

4. Then bila majlis nak mula, khalid ibrahim tak sampai2 lagi.

5. So MP Labis ketika itu pula berkata dia hanya nak berdebat dengan MB Selangor. Bukan nak berdebat dengan wakil2 MB.

6. Setelah berbincang dan apa seme, nampaknya MP Labis tetap bertegas mahukan Khalid Ibrahim dan bukan wakil2nya lalu MP2 dan wakil2 dari PR selangor keluarlah dari dewan. Nak buat macam mana. Dah orang taknak debat dengan kita, nak tunggu apa? Blah je la.

7. Keempat2 wakil dari PR  ialah ;

- Faekah

- Tony Pua

- Dr Dzul

- William  Leong

And time nak keluar tue la berlakunya kekecohan. Aku tatau kenapa ada sorang lelaki yang tiba2 mengamok. Tapi dia orang pakatan rakyat. Berdasarkan pemerhatian aku la. Nampaknya tiba2 dia marahkan sesuatu. Secara terperincinya aku tatau siapa yang dia marahkan.

Namun ada pula lelaki pro mca yang potpet2 cakap orang gila orang gila. Hak eney. Kalau aku kat situ mao kena teranjang dengan kaki aku tak pasal2. Saja nak kasi suasana havoc bertambah kacau.

8. Yang aku pelik, kain rentang dan banner seme terpampang muka khalid ibrahim. So mana khalid ibrahim? Ada atau tiada dia nyatakan persetujuan untuk berdebat?

9. Ikut berita yang pernah aku baca dulu then bila aku google2 aku tak jumpa, cuma jumpa petikan berita tersebut dari salah satu blog, rujuk sini, khalid pernah menolak untuk berdebat dalam isu TALAM. Pernah keluar di freemalaysiatoday tak silap aku.

10. So jika ini benar, ini bermaksud memang khalid taknak berdebat dari awal pun. Sebab tue dia hantar wakil dia.

11. Kenapa khalid taknak berdebat tu aku tak pasti. Tapi aku fikir dia rasa dia tak qualified untuk berdebat2 kot. Kalau suruh buat kerja pentadbiran dia oke. Tapi kalau nak suruh dia bercakap atas pentas dan pongpang2 dia mungkin tak mahu. Boleh jadi dia rasa dia tak berkebolehan untuk berbuat demikian.

12. Jika ini sebabnya aku fikir dia tak boleh terus bersikap begini. Sebagai MB, dia kena juga turun padang dan menjelaskan apa sebenarnya dalam isu TALAM.

13. So jika perdebatan ini boleh membuka minda rakyat untuk memahami apa sebenarnya yang PR selesaikan dalam isu TALAM, so why not?

14. Soal gagap ke apa ke itu belakang citer. Biarlah penyokong2 bn nak kutuk2 macam2. Mulut dorang kan mulut tempayan. Sama macam penyokong2 pr gak. Mulut tempayan. Dah tak boleh nak elak da dari kutuk mengutuk sesama kita.

kah kah kah

15. Sejujurnya sedikit sebanyak apa yang berlaku semalam agak memburukkan reputasi PR yang lantang berdebat. Meskipun rakyat boleh memahami kenapa wakil2 pr tarik diri dalam perdebatan semalam kerana wakil dari mca tidak mahu berdebat dengan mereka, tetapi susah nak fahamkan rakyat kenapa khalid tidak hadir dalam perdebatan semalam. 

Takan lah wakil dari mca tak diberitahu khalid ke bangkok?

Dan takan lah khalid tak alert himself ada perdebatan malam itu?

And kalau pun dia taknak berdebat kenapa dia tak warn awal2 jangan babitkan nama dia dan jangan bannerkan wajah dia?

Perkara mengenai perdebatan neh dah kecoh di media. Ia dah diwar2kan. Aku percaya team khalid ibrahim mesti dah alert dengan perkara tersebut awal2 sebelum majlis perdebatan itu bermula. Suka tak suka, kena terima juga. Dalam perdebatan mengenai TALAM neh pakatan rakyat kalah. 

Bukan kalah selepas berdebat. Tetapi kalah sebelum berdebat. Tak salah pun kalau khalid ibrahim sendiri turun padang dan berdebat. Tak petah bercakap macam dsai pun takpela. Janji berani datang berdebat, daripada tak muncul langsung. Kan, orang dah sangka macam2. Nak salahkan siapa? Persepsi rakyat bukan flat. Ikut topic juga. Cuba faham.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...