Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 11 Ogos 2012

Luahan atuk, nenek, mak, bapa, adik, abang, kakak POLIS.

Sedih.

Muka nages ada kat bawah neh ;


Ramai orang selalu bekap2 polis bila polis terajang + lempang + sepak orang awam. Ramai juga orang selalu cakap padan muka sapa suruh pergi. Nasib larh sendiri yang cari nahas. Dan tak kurang juga yang selalu tulis komen kalau taksuka polis nanti kalau kena rompak apa bagai jangan report polis oke.

Bengang.

Muka cebik ada kat bawah neh ;


Luahan atuk, nenek, mak, bapa, adik, abang, kakak polis akan membongkar kebebalan hujah2 tersebut. Ingat luahan anak polis = yang bekap polis2 jahat jek wujud meh? Luahan atuk, nenek, mak, bapa, adik, abang, kakak polis = yang bekap polis2 baik + rakyat yang dibelasah polis jahat pun ada taw.

Jap. 

Amek mood sedih + drama swasta luahan anak polis ari tue. Baru boleh sembang kencang bhai..

Semalam ada orang padanmukakan aku sebab aku bagitau aku kena belasah time bersih 2. Dia cakap sapa suruh pergi. 

Dalam dunia neh kita ada kiri, kanan, kedua2nya atau tidak memilih kedua2nya. Bila ada orang pilih kiri, jangan kita sibuk jatuh hukum sebab pilih kiri tetapi tanyalah kenapa pergi kiri. Hujah sapa suruh pergi tue dah meletakkan ko di tahap bodoh. Sapa suruh pergi bukan isu. Kenapa nak pergi itu baru isu.

Bila ko dah tahu jawapan kenapa mereka pergi maka ko boleh faham kenapa polis tak patut belasah kami. Jika kami langgar undang2, polis juga tak boleh belasah kami. Apatah lagi kami tidak langgar undang2. Lagi lah polis takde hak nak belasah kami.

Aku neh anak seseorang. Aku neh ada keluarganya. Aku neh juga ada perasaan. Bukan polis jek ada keluarga. Bukan polis jek yang ada perasaan or bukan polis jek anak seseorang. Oleh kerana kami seme ada maka apa sebab polis2 yang membelasah kami tak boleh fikir sebelum membelasah kami?

Sebesar mana lah jenayah kami? Hanya berdemo saje. Demo merupakan satu jenayah ka? Bila masa? Orang2 yang berdemo itu sedang berjuang untuk "KESELAMATAN" masing2 tapi apa sebab PDRM menjadikan suasana yang tidak selamat kepada lebih2 tidak selamat lagi? 

Apa hak PDRM nak bantai aku hanya kerana aku bersuara yang aku tidak melakukan kesalahan? Apa hak PDRM tepis tangan aku hanya semata2 aku rakam perbuatan biadap korang terhadap aku?

Ko cakap ko amanah. Kalau ko amanah apasal ko takut dirakam? Ko cakap ko ikut undang2. Kalau ikut undang2 kenapa ko halang aku merakam? Kalau tindakan ko belasah, main kepala aku itu betul, apasal ko cuak tak bagi aku rakam?

Aku angin dengan dua tiga kerat polis yang tak sedar diri. Polis muda2 yang berlagak sochai. Maaf cakap. Kasar pada ko tapi kasar ko pada aku, ko juga kena peduli. Sebab ko yang salah bila mengasari aku. 

Aku hanya defend diri aku. Bahkan seme pendemo bersih juga hanya defend hak mereka. Hak mereka yang dicabuli oleh pdrm. Tapi napa tak tengok bab tue tapi bila kami kena belasah korang pakat2 ejek dan hina kami. Bodoh ke korang? Tak malu ke korang amek BRIM sedangkan yang kena belasah tue kami?

Aku tak malu cakap. Bahkan aku bangga. Aku selalu ulang cakap. Waima kepada kawan2 umno aku. BRIM yang korang dapat tue hasil pengorbanan aku yang kena belasah dengan polis time bersih 2 ari tue. Bahkan hasil pengorbanan seme peserta2 BERSIH 2. Takde bersih tak merasa lah korang BRIM. Aku yang kena belasah pun tak dapat bhai.

Tapi korang yang padanmukakan aku mungkin dapat. Dan masih tergamak nak padanmukakan aku setelah aku berdemo untuk mempertahankan hak korang? 

Pertama. PDRM memang dibayar gaji untuk menjaga keselamatan rakyat malaysia. So walaupun aku pergi demo dan komplain layanan polis terhadap aku, jika berlaku kecurian pada bila2 masa, maka aku ada hak untuk laporkan pada PDRM. Sebab? PDRM = jaga keselamatan orang awam.

Aku = orang awam. Tanggungjawab PDRM untuk menjaga keselamatan aku tidak berhenti hanya semata2 aku seorang peserta demo. Belajar fahami fakta. 

Aku berdemo = kes lain.

Polis jahat belasah orang awam = kes lain.

Polis bertanggungjawab jaga keselamatan penduduk = kes lain.

Bila ko tak faham fakta, maka ko cenderung bagi hujah longkang. Sebab tue hujah2 seperti padanmuka sapa suruh pergi, kalau tak pergi duduk rumah kan bagus dan balbalbal tue wujud. Kalau dibawa ke zaman kemerdekaan, korang2 neh di anggap talibarut penjajah. Pengecut.

Jangan marah. Aku cakap benda betul. Orang yang hanya duduk rumah, tunggu orang lain buat perubahan untuk dia, goyang kaki tapi berani sembang kencang. Tak malu ke or takde maruah?

Kalau ada maruah first place memang takan berani cakap merepek2 sebab tatau situasi sebenar. Takde sapa2 paksa ko pergi bersih tapi dalam masa yang sama hormat je lah pendirian orang yang pergi dan faham lah juga kes bahawa polis takde hak untuk belasah orang awam.

Tak kena kat ko boleh larh ko cakap. Sembang kencang kutuk2 kami macam2. Polis anjing ko nampak. Bersih yahudi plus kafir ko tak nampak. Polis hanjing polis jahat apa masalah? Bersih kafir, haram plus yahudi dengan aku2 sekali kena. Aku di anggap kafir takpe. Aku takde perasaan. Bersih takde perasaan. 

Polis jahat jek ada perasaan. Polis jahat jek perlu diberikan pertimbangan akal. MAYBE ada sebab mereka membelasah. Tetapi takde sebab untuk rakyat memberontak. Takde sebab untuk rakyat berdemo. Takde sebab untuk rakyat meluah perasaan. Takde sebab untuk rakyat bersuara?

UMNO plus yang merepek2 pro KERAJAAN berdemo takde hal. Tapi segala apa benda yang tak ngam dengan kerajaan bila berdemo jadi haram? Bila sokong jadi berdosa? Tak pun jadi yahudi or kafir laknat? PDRM tak kacau pula. Yang kami, PDRM kacau sentiasa dengan pelbagai alasan pula? 

Pertimbangan korang dari awal dah lagi dah senget. Tapi ko nak aku tengok ia sebagai adil. Aku boleh tengok. Tapi aku nak anggap adil tak boleh la. Aku tengok memang tengok tapi tengok dengan fakta kes. Aku tak bekap seseorang or anti seseorang hanya kerana label parti. Tapi mesti ada hujah dan keterangan.

Dalam kes neh kami di pihak yang dianiaya. Berapa banyak medium yang polis gunakan untuk fitnah kami? Tak cukup dengan berita, kini dengan iklan dan dokumentari pendek. Hina sangat ka perjuangan kami? Keji sangat ka bersih neh? Susah sangat ke nak faham matlamat kami? Tak reti nak bertolenrasi ka?

Cakap benda betul aku boleh terima. Macam isu bersih 3. Aku boleh terima. Tapi cakap benda fitnah bagaimana? Ingatlah sket. Polis belasah orang awam. Belasah tangan kami. Tolak kepala kami. Pukul kaki kami. Tarik tubuh badan kami. Setiap kesakitan kami bukan percuma. Ia akan berbalas. Polis pinjam sekarang. Allah swt akan tolong gantikan kelak. Cepat dengan lambat jek. 

Aku berani jamin 99.9% peserta bersih ikut undang2. Tolak baling botol dan berbahasa kesat. Mereka marah. Aku pun marah juga. Mana mungkin polis yang sepatutnya jaga keselamatan kami boleh bertindak kejam ke atas kami? Apa hak polis untuk memperlakukan peserta2 bersih macam penjenayah sedangkan penjenayah sebenar pun tak dilayan sedemikian rupa?

Memang takde hak. Sebab tue polis makin terkantoi sejak akhir2 neh. Kan aku dah cakap. Belasah rakyat tue bukan percuma der. Pinjaman seme tue. Allah swt akan balas balik. Ko tunggu lah. AKu tak lupa polis main kepala aku. Dan aku percaya takde mana2 peserta bersih yang kena belasah juga akan lupakan kekasaran polis ke atas mereka.

Sedar tak sedar disebabkan aku dibelasah oleh polis ketika berdemo, aku jadi fobia dengan polis tak pasal2. Setiap kali nampak polis, flashback aku dibelasah naik. Oleh itu jangan salahkan persepsi aku bila aku nampak polis aku fikir aku nampak penjenayah. Seme tue tak terbentuk dengan sendiri. Ada kisah disebalik kejadian. 

Takde sapa anggap seme polis = penjahat. Tapi polis yang belasah orang awam memang penjahat. Takan yang tue pun tak faham2 lagi? Nak kena terangkan berapa banyak kali baru boleh sebati dalam akal fikiran korang? Takde sesiapa menyeru benci kepada PDRM tetapi benci perlakuan jahat oleh sesetengah polis jek. So berhenti spin seolah2 kami membenci PDRM sedangkan itu bukan fakta.

Ingatlah, bukan peserta2 bersih jek yang marah bila korang belasah kami, bahkan polis2 yang baik pun turut marah sekali. Kerana sikap korang baru jek memburukkan imej pdrm keseluruhan di mata rakyat. Disebabkan perangai jahat sesetengah polis, maka polis baik jadi mangsa persepsi tak pasal2. 

Dan ingat juga. Adik beradik polis baik, ahli2 keluarga polis baik bahkan polis2 yang baik pun tak bekap perbuatan polis jahat. Atuk, nenek, mak, bapa, adik, abang, kakak, pakcik, maksu, sepupu, anak sedara, pak sedara, nenek sedara, sedara bau2 bacang, family angkat, mak tiri, bapa tiri, sahabat handai dan apa seme kepada POLIS pun bersetuju dengan luahan neh. Fikirk2an ye.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...