Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 10 Ogos 2012

RON 97 naik seposen malam neh.

Aik..

Heboh di facebook depa kata minyak ron 97 naik seposen berkuatkuasa tengah malam neh. Tengok bawah sat ;


Aku petik dari wall zunar. Rujuk sini.

Aku dah check beberapa online news tapi takde satu pun di antara mereka yang update pasal kenaikan minyak ron 97 neh. Aku heran juga dari mana depa tahu? Orang dari station minyak ka yang bagitau? 

Seperti yang kita tahu ron 97 ikut harga minyak global. Boleh turun dan boleh naik. Sebab kerajaan dah lama apungkan harga ron 97 di malaysia. Dan sejujurnya aku pun tak guna ron 97 neh. Baik untuk motor atau untuk kereta. Memang guna ron 95 jek. 

Aku oke jek guna ron 95. Tapi lain orang lain situasinya so aku takmo cakap apa2 bagi pihak korang sebab prestasi kenderaan dan penilaian masing2 terhadap kenderaan sendiri pun berbeza2 kan. Cuma kalau minyak naik macam biasa lah menonong jek peniaga sibuk naikkan harga barang.

Walhal belum tentu mereka seme guna ron 97 pun. Yang guna diesel pun sibuk naikkan harga barang. Yang takde kaitan pun sibuk naikkan harga barang dan macam biasa juga lah orang2 macam aku walaupun tak gunakan ron 97 sekali lagi tak pasal2 jadi mangsa keadaan akibat kenaikan harga minyak.

Demm..

Punca?

1. Kegagalan pihak berkuasa pantau pantau dan pantau

2. Kegagalan pihak yang ada kuasa macam menteri untuk memastikan anak buah dia buat kerja betul2.

3. Kegagalan pengamal undang2 untuk menghukum peniaga2 yang benar2 bersalah dan tamak haloba.

So walaupun aku tak guna ron 97 tetapi akhirnya aku tetap akan terbeban. Tak perlu beli minyak ron 97 pun. Tak perlu. Cukup je dia naik seposen dan tak pasal2 barang lain seme meleret2 naik. Yang naik seposen, yang naik ron 97, tapi yang tak pakai ron 97 pun turut sama terjejas.

Dalam erti kata lain tak perlu tunggu pakai ron 97. Tak perlu tunggu ron 95 naik, asal minyak naik jek, tak kira apa jenis sekalipun, satu malaysia tetap jadi mangsa. Macam biasa. Haizzzhh apa pun tak bolehh.. nak dekat2 raya neh beb. Kemon larh bien.. jangan larh buat lawak.

Harap2 sangat info neh palsu.. mohon kekawan semak isu neh then update aku oke. Bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...