Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 7 Ogos 2012

Manoharan minta maaf.


Sebentar tadi adun dap alam shah Manoharan Malayalam dah minta maaf kepada LCW di twitter miliknya. Rujuk screenshot kat atas neh. Itulah kenyataan maaf dia terhadap LCW. Well, selaku penyokong LCW aku takmo komen apa2 pasal neh. 

Bagi aku hak LCW larh nak terasa ka nak maafkan ka apa ka. Aku hormat jek. Cuma bagus juga sikap MANO kali neh sebab sudi minta maaf walaupun semalam dia tetap beria2 pertahankan diri dia. Bagi aku pemikiran dan perasaan manusia itu bukan statik bahkan flexible. Mungkin semalam dia tak nampak kesilapan dia tapi hari neh dia dah nampak dan dah faham.

Kalau begini, isu neh sepatutnya dah selesai. Tetapi dia tetap dalam pemerhatian aku. Dan sejujurnya aku tetap takmo undi dia andai dia bertanding di kawasan aku. Tak peduli larh dia bawah dap ka, bn ka bebas ka apa ka aku tetap takan undi dia kalau dia berada di kawasan aku.

Bagi aku, PR ada ramai wakil2 rakyat INDIA yang lebih baik dan berkaliber dari dia. Cari lah seseorang yang macam P.kamalnathan tue. Ramai orang mungkin tak setuju dengan aku sebab dia pro bn kan. Tapi aku tak nilai orang sebab dia pro bn or pro pr dan sebagainya. Dari apa yang aku nampak, apabila seseorang yb itu buat kerja, maka dia layak dinilai berdasarkan kerja dia, bukan kerana dia mewakili parti apa dan apa.  

So harap dap fikir2kan. Sambil2 tue jangan lupa gantikan sekali kerusi nga kor ming tue. Pasai aku juga akan menyeru orang jangan undi nga kor ming. Kepentingan rakyat adalah paling utama. Bukan parti. Itulah pendirian orang yang takde parti. Oke bai.  

Gambar printscreen : sumbangan rakan facebook.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...