Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 9 Ogos 2012

Pasar Mini Bangladesh di Malaysia.


Sumber gambar : rujuk sini

Pening jap aku tengok. Nak ulas pun rasa cam serba salah. Cuba bayangkan kalau orang kita buka pasaraya di london.. apa kita nak cakap? Takan kita expect orang london untuk pertikaikan hak rakyat malaysia berniaga di sana pula?

So dari segi perniagaan, aku tak fikir ia perkara yang kita patut dan boleh argue. Pasal rezeki neh luas. Kat mana2 pun boleh kita cari asal sahaja ia halal bagi umat islam dan tidak mengacau hak orang, bagi orang bukan islam. Meniaga adalah sumber / punca rezeki yang paling banyak diterokai oleh mana2 manusia di dunia neh beb.

So tak salah pun nak meniaga kat mana2. Apa pun aku rasa punca yang menyebabkan orang rasa nak komplain isu neh bukan sebab nak mendengki pada peniaga2 bangladesh atau apa oke. Sebaliknya rakyat malaysia dah bengang sebab ;

1. Kebanjiran warga asing di malaysia = banyak sangat sampai sesak. Ada ketikanya rasa macam berada di bangladesh dan indonesia pula bila berjalan2 di sekitar kl. Cuba fikirkan.

2. Merebut hak rakyat malaysia. Bagi contoh isu subsidi gula. Kerajaan dok komplain2 yang subsidi meningkat tapi takan kerajaan lupa yang warga asing yang hidup di malaysia pun perlu makan dan perlu minum. So jika mereka dapat membeli gula sama seperti rakyat malaysia, apa pointnya? 

Mereka tak perlu membayar apa2 cukai, melainkan untuk hidupkan permit mereka.. tapi kita perlu membayar segala2nya di malaysia neh, kos nya lebih tinggi dari nilai permit warga asing.. so kenapa pula layanan kerajaan kepada mereka, sama jek macam layanan kerajaan kepada kita?

Racist? 

Bukan. Aku percaya, di mana2 negara pun, kerajaan mereka akan mengutamakan kebajikan rakyat mereka tanpa mengabaikan kebajikan orang luar. Apa yang ingin aku nyatakan disini ialah apa salahnya jika kerajaan menjaga kebajikan seme pihak dan bukan hanya pihak2 tertentu jek yang kerajaan pentingkan. 

3. Merebut peluang pekerjaan. Orang cakap melayu malas. Meniaga sikit komplen lebih. Apa salahnya bangladesh meniaga sebab dorang rajin. Tapi tak boleh juga nak komplen seme peniaga macam tue. Sebab peniaga2 melayu neh ramai yang malas merasuah or bodek majlis untuk dapatkan lesen or tapak perniagaan. Memang mereka nak meniaga tapi kalau suruh rasuah dan bodek mereka takmao. 

So disebabkan mereka takmo bodek + rasuah, maka mereka di anggap malas.. sedangkan ada di sesetengah tempat yang kita tahu bangladesh dan myammar tak boleh masuk or berniaga disitu.. tapi apsal dorang ada? Jangan anggap aku suka fikir negatif. Jawapannya ialah rasuah. Itu yang tepat.

Ada juga kes yang mana, ada orang2 melayu + ahli majlis, bersetongkol agihkan tapak sesama mereka untuk meraih keuntungan dan meminggirkan peniaga2 melayu yang sebenar. Pendek kata ada pelbagai masalah yang peniaga melayu hadapi di malaysia neh.. tapi ramai orang suka tuduh2, suka lempar pandangan negatif, instead of bantu mereka.

Tak seme orang melayu itu malas dan bukan seme yang malas itu melayu beb. Cuba lar jangan suka2 cakap ala melayu.. malas.. biasala.. aku kadang2 rasa nak pijak jek mulut2 orang yang suka cakap macam tue. Sebab?

1. Ko doakan orang2 melayu = MALAS.

2. Ko buruk2 bangsa sendiri tak kena gaya dan situasi. 

Cuba ko cakap, owhh sesetengah melayu memang malas.. neh tidak.. alah melayuuu.. memang larh malas.. aku pernah taw berdebat dengan member aku pasal neh.. dia yang melayu tulen dok kutuk2 bangsa sendiri sampai tak bagi ruang.. compare dengan aku yang campur neh.. alamak aiii.. tengok situasi arh nak kutuk2 orang malas pun. Jangan generalisekan seme kes adalah sama beb.

So disebabkan masalah2 neh bercampur aduk + isu2 semasa yang membebankan = maka tak pasal2 kita memandang negatif bila warga bangladesh meniaga di malaysia.. bukan aku nak salahkan umno memanjang der.. tapi tengoklah. Sapa yang tadbir negara neh? Kalau pr yang tadbir, pr juga yang aku salahkan. Siyes.

Bagi aku kelemahan penguatkuasa, kelemahan orang yang mendokong undang2, kelemahan orang yang sepatutnya memantau seme perkara neh larh menjadi punca rakyat malaysia jadi stress tak pasal2 dengan seme isu. Untuk itu, sudah sampai masanya vote pr in, vote bn out. Ayat biasa den.

kah kah kah

Ubah sebab kita dah parah neh. Kalau dibiarkan boleh mampos. Fikir2kan.  

Isu peniaga melayu : rujuk sini juga.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...