Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 17 Julai 2012

Mohon MB Kedah jangan guna akta OSA.


Jangan MB, jangan. Jangan sesekali berniat menggunakan akta tersebut. Di saat pas kedah sedang bergolak kerana isu ;

1. Akta Auku = Mahasiswa Kuin.

2. Kelab malam house bar + penari lucah = yang diluluskan di bawah pas kedah tanpa pemantauan dan tiada tindakan sehingga ke hari neh [sehingga artikel neh ditulis].

3. Pembelian saham felda = di saat OREN menentang penyenaraian saham felda.

Aku tatau SAMADA BENAR atau PALSU dengan apa yang diperjuangkan oleh ketua pemuda gerakan = Tan Keng Liang tetapi akta OSA bukan akta yang harus digunapakai oleh MB Kedah untuk menanggani permasalahan tersebut. Kalau nak guna akta hasutan or akta fitnah oke. Tetapi bukan akta OSA. Sebab akta OSA neh kita dah banyak kali sound kerajaan pusat. Mereka gunakan akta OSA bila kita dedahkan dokumen2 rasmi kerajaan.

So kalau kerajaan negeri juga menggunapakai akta yang sama kat mane lah lagi kami nak campakkan muka kami neh wahai mb kedah. Berfikirlah ke dalam sikit. Walaupun pas kedah itu tidak maksum dan belum lagi mencapai ke tahap yang boleh dibanggakan seperti pas kelantan dan dap penang tetapi kita masih mahu pas di kedah.

Oleh kerana dokumen yang didedahkan itu benar iaitu ;

1. Kenaikan rumah kos rendah sebanyak 60%

2. Orang luar / asing tidak boleh memiliki rumah di kawasan kulim dan kuala muda

Maka perjelaskan sahaja kepada rakyat apa rasionalnya di sebalik keputusan tersebut. Kadang2 kita tak boleh fikir bahawa rumah kos rendah di kl standard harga rm45,000 maka di luar kl pun ia berharga rm45,000 pun bhai.

Mungkin ia lebih murah dari apa yang kita sangka so disinilah mb kedah kena explain apa yang berlaku. Menutup mulut orang dengan akta OSA bukanlah satu keputusan yang tepat. Kerana walaupun mulut ketua pemuda gerakan boleh ditutup, tetapi persepsi rakyat tidak akan berhenti disitu. 

Bahkan dokumen yang telah tersebar juga tidak akan hilang disitu. Cara terbaik, jelaskan, fahamkan orang yang tak faham, dan buktikan bahawa keputusan tersebut sememangnya rasional. Bai. 

Berita berkaitan SINAR HARIAN.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...