Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 16 Julai 2012

Belajar menipu cara PAS KEDAH.

Duduk dulu. Dengar penjelasan pas kedah berhubung isu neh. Fahamkan penjelasan mereka satu persatu. Bila ko baca dan baca akhirnya ko akan nampak dan faham apa yang lompang disitu. Kalau pas kedah nak oren tetapi azizan taknak oren takpe lah. Mengaku aje lah terang2. 

Ataupun kalau dengan pas kedah sekali2 taknak oren pun takpe. Mengaku aje terang2. Woii pas pusat dan mazlan aliman, kami taknak oren oke. Ko nak oren ko punya pasal. Kami ada pandangan lain mengenai saham felda. Hormati hak dan pandangan kami. Kita memang separti tetapi tidak semestinya kita sependirian. Simple.

Ini tidak. Sudah lah oren ke sana ke sini atas nama perjuangan pas membela peneroka. Sekali gedebukkkkk.. 



Pas dituduh oleh umno tidak konsisten dalam perjuangan mereka. Depan peneroka lain, belakang peneroka main saham.

Puiiiiiii..

Tapi takpe. Meh kita berlapang dada. Meh aku cakap kenapa pas kedah berbohong. Lepas neh pas kedah nak cakap apa cakaplah. Aku sebenarnya takda hal kalau pas kedah ada pendirian yang lain. Sepatutnya luahkan secara terang dan nyata. Jangan berselindung. Kalau sungguh berbeza pendapat dengan pas pusat, cakap terus terang.

Biarpun umno akan amek kesempatan sebarkan spekulasi kekonon nya pas kedah tak sehaluan dengan pas pusat pun takpe der. Janji korang lebih tahu apa yang berlaku. Normal lah tue der kita berbeza idea dan pendapat. 

Tapi yang tak berapa nak normal tue ialah pas kedah menipu pas pusat. Pas pusat tue mak bapak pas kedah. Kalau anak2 = pas kedah tak suka direct je cakap tak suka. Cakap tak suka tak semestinya melawan. Cuma menyatakan pendirian jek. Itupun susah ka?

Memang susah kot berbanding memperdayakan pas pusat. Jelas kenyataan di bawah neh ialah kenyataan yang cukup sukar nak dipercayai ;


Siapa pengerusi PKNK ? MB Azizan. So MB Azizan taktau apa2 yang berlaku di PKNK ka? Bukan kah PKNK kena laporkan kepada pengerusi setiap perjalanan syarikat termasuklah kepada mana dan siapa mereka melabur?

Kalau tidak buat hapa duduk tercongok jadi pengerusi kalau takde kuasa untuk menyelia dan memantau PKNK? Boneka kah? Then, penjelasan dari SETPOL kedah pula menyatakan ;


PPKB bagi kertas cadangan dekat MB sebab MB kedah pengerusi PPKB. Bila MB baca mb terus tolak. Takmo2. Takmo ini saham. So sebagai pengerusi PPKB, PPKB kena bagi kertas cadangan kepada MB untuk mohon kelulusan. Oke.

So apa sebab aku kena fikir yang lain bila ia melibatkan PKNK? Bukan kah MB kedah juga ialah pengerusi PKNK? Kalau pun PKNK ada unit pelaburan sendiri atau apa sekalipun bukan kah MB kedah = pengerusi PKNK? Bagaimana seorang pengerusi tidak mengetahui perjalanan syarikat yang dia pengerusikan? Atau, adakah penulisan FMT tue berupa satu tuduhan? MB kedah bukan pengerusi PKNK? Jika ya ada maafnya. Tapi kalau tidak, memang kelakar bhai.

Beginilah aku punya idea senang jek. Aku tidak jumud dalam berpolitik. Bagi aku sesiapa boleh sokong sesiapa dan sesiapa juga tidak boleh sokong sesiapa. Pas kedah boleh sokong penjualan saham felda meskipun pas pusat tidak menyokong nya.

Mengekang ideliasm ataupun pendapat sebenarnya tidak membawa kebaikan kepada sesiapa pun. Dari dulu lagi aku tak faham satu benda. Kenapa semestinya dan sewajibnya pas, pkr dan dap harus dilihat bersama2 dalam semua isu? Tak boleh ke kalau berbeza pendapat dan pendirian dan sekaligus menghormati perbezaan tersebut?

Kemon. Pas, pkr dan dap mereka ada pembawakan masing2. Begitu juga pas di setiap negeri. Mereka ada pembawakan masing2. Perkara yang tidak jelas halal, haram, betul, salah sebenarnya tidak perlu diselarikan.  Lantak p lah kalau pun pas kedah sokong saham felda. So what? Nanti kalau felda rugi [bukan doakan oke] ko yang rugi. 

Tapi dengar citer sekarang saham felda sedang naik. Jadi boleh larh dianggap sebagai pas kedah bersama2 PKNK sedang mengaut keuntungan di atas apa yang berlaku. Betul tak? 

Sebenarnya dalam isu neh yang tidak dapat dimaafkan ialah bukan kerana PKNK membeli saham felda. Bukan juga kerana PKNK berselindung mengenai pembelian tersebut, juga bukan kerana MB Azizan tidak bersama2 dengan tuntutan oren. Samada MB kedah terlepas pandang, tak buat kerja mahupun terlewat dapat tahu ia bukan isu. 

Tetapi kerana MB Azizan tidak berterus terang dengan kita. Ia lebih baik jika kita dapat tahu terus dari mulut MB. Meskipun selepas itu kita mungkin akan bertikam lidah tetapi ia tetap lebih baik daripada musuh yang sampaikan berita tersebut wahai MB Kedah. Dan apabila musuh yang sampaikan berita tersebut, jangan lah sesekali berharap pandangan manusia itu akan kekal seperti dulu. Fikirkan. 

Beli buku MPHONLINE secara ONLINE kini! 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...