Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 19 Julai 2012

Allah swt mengarahkan kita ke putrajaya - Nik Abduh Nik Aziz.

 

" Tiada ada suatu perjuangan yang lebih suci daripada perjuangan orang-orang pas. Penyokong dan pejuang pas menuju putrajaya. Kerana apa tuan-puan semua? Kerana ini adalah perjuangan suci. Mengapa kita mahu ke putrajaya? Sila jawab? Tuan-puan semua kenapa kita mahu ke putrajaya? Jawapannya ialah kerana Allah swt mengarahkan kita ke putrajaya. Allah swt mahukan kita merampas kuasa itu daripada musuh Allah swt dan musuh kita. Inilah perjuangan yang suci, yang semua, kita ingin memberitahu rakyat malaysia, dalam perhimpunan hijau ini.."

Orang2 pas akan faham. Walau apa pun yang diperkatakan oleh Nik Abduh, orang2 pas + penyokong2 pas pasti akan faham. Walau bagaimana sulit, dalam dan sinis sekalipun ucapan Nik Abduh, orang2 pas + penyokong2 pas pasti mampu faham.

Aku boleh faham. Kerana aku ialah penyokong pas. Walaupun aku kritik pas secara terbuka tetapi pas ialah parti yang aku sokong. Aku ialah penyokong pas dan ucapan Nik Abduh neh aku boleh faham. Bahkan aku juga faham kepada ucapan Nik Abduh yang seperti berikut ;

"Kuasa yang Allah swt hadiahkan kepada manusia.. kita serahkan kepada orang yang paling berhak. Siapakan orang yang paling berhak tuan-puan semua untuk memegang kuasa neh? Siapakah orang yang paling berhak? Datuk seri Najib ataupun DS Abdul Hadi? Kita kata DS Abdul Hadi kerana dia lah pemimpin kita yang mengajak kita beriman kepada Allah swt.. "

Bukan perkara baru atau perkara yang sedang dibincangkan siapakan PM andai PR berjaya amek alih putrajaya. Bahkan ia telah menjadi info umum bahawa dsai = PM andai PR berjaya menduduki putrajaya. Perkara ini telah disepakati sejak dulu bahkan ia masih kekal sehingga ke hari neh.

Jadi tindakan mengelirukan penyokong2 pas + pr tidak sepatutnya dilakukan. Bercakap pasal calon pilihan kita seme pasti ada. Bahkan aku juga ada. Dan memang jawapan dia bukan dsai pun. Tapi apa guna nya masing2 bercakap pasal orang tue orang neh layak, orang tue lebih dan etc2 sedangkan keputusan telah pun dimuktamadkan dari awal lagi? Bahkan, kepimpinan pas sendiri bersetuju mencalonkan dsai. Takan Nik Abduh tatau?

Sebab tue larh aku berpendapat cakap2 seperti neh tak manis dibuat oleh orang2 yang berpengaruh dalam pas or dalam pr. Kadang2 cakap2 kita tue tak membantu pun bahkan akan mengelirukan lagi penyokong2 pr.

Cuba fikir, anak tgna sendiri tidak bersetuju dsai sebagai calon pm, tetapi memilih TGHH sebagai calon pm, apa yang orang akan sangka? Apa yang orang akan fikir dan cakap? Tak payah tunggu orang sangka, aku sendiri dah fikir bukan2. Hey, betul ka dsai tue gay dan suka liwat orang sebab tue nik abduh tolak dia?

Nah.. 

Kesan persepsi jangan disangka ringan. Dan yang lebih menakutkan bila nik abduh menggunakan perkataan Allah swt mahu kita merampas putrajaya...kemon.  Ahli2 + pejuang2 + penyokong pas sudah tahu apa yang Allah swt mahu kita buat dan tidak mahu kita buat.

Tetapi orang atas pagar dan orang di luar pas mereka tidak tahu. Mereka akan rasa hey what happened to that person? Why is he talking like that? Is he insane or what? Allah swt mahu kita ke putrajaya? 

Actually statement tue sepatutnya difahami seperti berikut 

"Allah swt mahu kita berjuang, untuk mempertahankan keadilan dan mengangkat islam di bumi yang tidak mengamalkan islam meskipun mereka itu orang yang mengakui muslim, di malaysia kita perlu menjadi kerajaan yakni menduduki putrajaya bagi mengubah seme tue. Untuk mengubah yang jahil kepada islam, yang batil kepada haq, inilah yang orang islam perlu buat selaras dengan apa yang disampaikan kepada kita menerusi Alquran, iaitu selagi kita hidup, kita kena mempertahankan kebaikan dan menolak kejahatan selaras dengan prinsip islam itu sendiri"

Tapi tak seme orang akan faham sebegitu. Lebih2 lagi orang yang fikir pas = jahat = sesat  = tak betul. Kalau dia dengar jek benda tue dia automatik akan menambahkan lagi persepsi negatif ke atas pas. Dan jika itu berlaku siapa nak kita salahkan? Takan salahkan orang yang ditipu oleh bien pula? Mestilah akhirnya diri kita juga yang harus kita persalahkan.

Hello, oleh kerana kita ada internet, kita tahu yang mana satu betul dan tidak betul, itu bukan alasan untuk kita cakap orang yang ditipu itu sebagai jahil. Kita tak hidup sebagaimana mereka oke. Mana kita tahu mereka orang miskin yang tiada akses internet? Mana kita tahu mereka orang yang tak reti guna komputer? Mana kita tahu bahawa mereka tiada peluang untuk mencari kebenaran? Kita tatau wooo..

Nabi saw mengembangkan islam pun dengan cara mendekati orang. Nabi saw tak duduk disatu tempat dan orang mai tanya, islam tue apa Nabi saw? Tidak. Nabi saw mengembangkan dakwah dan ajaran islam. Nabi saw selaku utusan Allah swt, pergi dari satu tempat ke satu tempat untuk berdakwah. Dari orang tatau, orang jadi tahu.

Situasi yang sama boleh diaplikasikan ke atas kita pada hari neh. Orang tidak tahu. Instead of mengecam umno bagi surat pos untuk kempen2 kepartian, hantar surat layang, gunakan banner dan etc2, sepatutnya kita tiru strategi mereka. 

Mereka guna pos untuk berkempen? Fine, pr juga boleh. Mereka buat banner besar2 citer pasal BRIM? Fine, pr juga boleh. Tiada apa yang tidak boleh. Kenapa mengiklankan manifesto pr merupakan satu kesalahan disini? 

Sedarlah, ada yang baik dari umno bila kita tiru, kita takan rugi. Tapi ada yang buruk dari umno bila kita tiru, kita memang bodoh. Contohnya dua ucapan di atas. 

Meskipun orang2 pas boleh faham tetapi jangan expect orang di luar pas akan faham. Ini kerana sasaran sebenar kita bukanlah orang2 dalam pas. Sebaliknya orang2 di luar pas. Jika kita tak reti nak aim sasaran yang tepat, macam mana kita boleh masukkan gol ke gawang yang betul der? Lue fikirlah sendiri.  

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...