Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 17 Mei 2012

Tarian Punggung Untuk Anwar Ibrahim dan Mat Sabu.


Oke. Ini dah sangat memalukan. Aku ingatkan selepas dikritik teruk pakcik2 neh maybe akan berfikir sejenak dan owhh tak sepatutnya aku melakukan hal tersebut. Lihat betapa teruk aku dikritik. Malahan beberapa ahli parlimen bien juga mengkritik tindakan aku termasuklah khairy jamaluddin.

Tapi.. 

Nampaknya sangkaan aku jauh meleset. Tersasar. Tersilap. Demm.

Pakcik tolong lah pakcik, tolonglah. Pakcik tue dah larh berbangsa melayu beragama islam pula tue. Tolonglah tunjukkan contoh yang baik kepada kami seme pakcik tolong larh weh pakcikk... 

Tolong jangan menjatuhkan maruah bangsa melayu dan muslim dengan melakukan kerja2 tak senonoh macam neh. Tolong larh pakcik fikirkan maruah keluarga dan anak bini pakcik. Jangan pula kerana pakcik mereka sampai tak boleh nak keluar rumah akibat malooooo..

Baca bawah neh beb ;

Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom berkata senaman kedua ini ditujukan khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu (Mat Sabu), Thamrin Tun Ghafar, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan Datuk A Samad Said.

“Senaman tarian ini akan dibuat pada waktu terdekat dengan beberapa gimik menarik,” katanya ketika dihubungi FMT.


Bagaimanapun ketika ditanya mengenai pemilihan lima individu terbabit, Mohd Ali menegaskan ia sebagai memberi peringatan kepada mereka agar tidak menganggu gugat keharmonian negara.


Katanya, operasi senaman tarian itu nanti masih sama namun ia akan diadakan serentak di hadapan rumah pemimpin yang berkenaan.


“Tunggu dan lihat kita akan adakan satu tarian dahsyat. Senaman tarian ini lebih tajam dan akan dibuat di hadapan rumah mereka serentak dalam masa terdekat ini.


“Tujuannya siapa makan cili dia terasa pedasnya. Ia juga sebagai peringatan supaya jangan ulangi tindakan untuk merosakkan negara,” katanya.


Ketika ditanya mengenai gimik menarik itu, Mohd Ali berkata ia sesuatu yang istimewa dan mempunyai kaitan dengan daun.
-FMT-


Gimik? Dasat? Tajam? Itu cuma ayat yang klise. Padahal sebenarnya ia lebih MEMALUKAN dari sebelum2 neh kot. Adoii apalah nak jadi dengan bangsa melayu yang berperangai macam pakcik neh. 

Bukan sahaja takde rasa malu selepas dikritik hebat malahan berdegil nak melakukan sesuatu yang lebih dasat dari tarian punggung. Hey pakcik, tidak kah ko faham maksud MALU? Sesiapa tolong explain kat pakcik neh apa maksud MALU sebenarnya.. aihhzz..

Ameno : Gile nak tunjuk punggung kat orang kot. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...